BTC USD 84,268.9 Gold USD 4,157.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bank Negara serbu 6 syarikat

dalam kes nie tak rasa BNM scam.... mereka jalankan tugas yg betul laaa kiranya.... kompeni2 macam nie ibarat api dalam sekam..... depa yg akan buat forex nie busuk kat msia.... ambik deposit... platform buat sendiri..suka2 buka, suka2 tutup..


banyak kompeni macam ni sebenarnya... modus operandi??? guna kengkawan cari kengkawan.... bagi komisyen.... janji macam2... citer untung jer... lepas tu habuk pun tarak..


TAHNIAH BUAT BNM..
(Yg ok, jangan laaa g serbu lakkkk.. kalau cam tu naik pulok laaaa sepanduk SCAM..) hehehee
 
Last edited:
Harap2 la jangan kena tutup pulak web broker2 kat overseas baru nak cari side income.. huhu..
 
Ref No: 08/08/06

Embargo: Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia Membuat Serbuan Terhadap Enam Buah Syarikat yang Disyaki Menjalankan Urus Niaga Mata Wang Asing Secara Haram

Pada 18 Ogos 2008, Bank Negara Malaysia telah membuat serbuan terhadap AFS Global Holdings Sdn Bhd, Reed Corporation Sdn Bhd, Sigma Platinum Sdn Bhd, Wisdom Spectrum Sdn Bhd, Maxficient Consultancy Sdn Bhd dan Practical Support Sdn Bhd di bawah Seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953. Akta tersebut melarang mana-mana orang, selain peniaga yang dibenarkan iaitu institusi kewangan berlesen, untuk membeli atau meminjam sebarang mata wang asing daripada, atau menjual atau memberikan pinjaman sebarang mata wang asing kepada, mana-mana orang lain selain peniaga yang dibenarkan. Mana-mana orang atau syarikat yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 4 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 akan, atas sabitan, dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Serbuan ini dibuat di premis syarikat-syarikat tersebut di Kuala Lumpur dan Selangor berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan yang dipromosikan melalui internet, telefon atau seminar, yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan atau dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menerima deposit atau berurusan dalam urus niaga mata wang asing. Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit terdapat di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my.

Orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia untuk sebarang pertanyaan dan nasihat lanjut di alamat dan nombor telefon berikut:

Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (BNMLINK)
(Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tingkat Bawah, Blok D,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

BNMTELELINK: 1-300-88-5465 atau
E-mel: [email protected]



Bank Negara Malaysia
19 Ogos 2008

© Bank Negara Malaysia, 2008. All rights reserved.

aku tolong translate kan kekekeke
 
company ni diaorg appoint pekerja utk cari inverstor n buat mcm2 janji manis cakap forex ni naik ke turun ke boleh buat duit...bab loss tu cakap minima jer....tp bila investor dah loss dan diorg report la kat BNM tu yg kena raid tu....tp aku pernah borak dgn trader bank...dia cakap mungkin akan ada broker yg berlesen kat malaysia ni satu hari nanti sb dah ramai retail trader kat malaysia ni...so broker bleh buat duit la...sb yg loss lebih ramai dr yg profit...termasuk aku yg tgh mencari profit utk cover loss yg dulu2...biar pun sikit2
 
company ni diaorg appoint pekerja utk cari inverstor n buat mcm2 janji manis cakap forex ni naik ke turun ke boleh buat duit...bab loss tu cakap minima jer....tp bila investor dah loss dan diorg report la kat BNM tu yg kena raid tu....tp aku pernah borak dgn trader bank...dia cakap mungkin akan ada broker yg berlesen kat malaysia ni satu hari nanti sb dah ramai retail trader kat malaysia ni...so broker bleh buat duit la...sb yg loss lebih ramai dr yg profit...termasuk aku yg tgh mencari profit utk cover loss yg dulu2...biar pun sikit2


pelan2 bro....live fx ni perlukan pengalaman snirik..


jiran den pun dah selamat kuarkan usd 14k....


p/s: pong sma gak den psan....pelan2....nak cepat kaya....bahaya life fx ni....nak cepat melingkup sng jek....

moral of the story.....trade le snirik....pandai pun diri snirik


:)cgrock ...:)cgrock ....
 
Exchange Control Act 1953 (Revised - 1969) (Act 17) PART II - GOLD AND FOREIGN CURRENCY

Section 4. Dealings in gold and foreign currency.

(1) Except with the permission of the Controller, no person, other than an authorized dealer, shall, in Malaysia, buy or borrow any gold or foreign currency from, or sell or lend any gold or foreign currency to, any person other than an authorized dealer.

(2) Except with the permission of the Controller, no person resident in the scheduled territories, other than an authorized dealer, shall, in Malaysia, do any act which involves, is in association with, or is preparatory to, buying or borrowing any gold or foreign currency from, or selling or lending any gold or foreign currency to, any person outside Malaysia.

(3) Where a person buys or borrows any gold or foreign currency in Malaysia or, being a person resident in the scheduled territories, does any act which involves, is in association with, or is preparatory to, the buying or borrowing of gold or foreign currency outside Malaysia, he shall comply with such conditions as to the use to which it may be put or the period for which it may be retained as may from time to time be notified to him by the Controller.

-------------------------------------------

Trade at our own risk...pandai2 le cover....

Don't go straight .. U go belok-belok....
 
semua dah mcm nak disekat sekarang nie... apa lagi yang tinggal eik...
 
pak abbas kau punta komen cam tak siuman je..BNM hanya protect rakyat yang rata-rata masih jahil dlm.pelaboran fx dll..tahniah BNM ...merdeka..merdeka..merdeka..
 
Back
Top
Log in Register