BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai koperasi sebagai alat berniaga

putra1234

Legendary Member
gem
Messages
11,572
Joined
Mar 8, 2010
Messages
11,572
Reaction score
1,184
Points
191
salam warga CG. aku nak trylah buka thread kat sini. lebih kepada santai.

selalu aku nampak orang melayu yang berniaga ni ada masalah nak kumpul modal dan cari tempat nak cari barang yang murah. nak beli barang murah, kena banyak, tapi orang kita tak cukup modal. contoh yang aku nampak, barangan komputer. ada client aku yang daftar mof, dgn sales setahun 2juta, 80% mof. hanya 60% sales yang dia buat sendiri, dgn beli barang dari low yat. siapa yang dominate kat sana? korang sendiri fikirlah. 40% lagi, dia hanya makan 5%, sebab dia sub ke cina. ni kenyataan. kerja yang dibuat hampir keseluruhan hardware, dgn sebahagian installation hardware tu sendiri.

orang melayu sendiri suka memekak kata cina dominasi ekonomi. kenapa diaorang boleh dominasi? kalau korang perasan, kat low yat sana, harga barangan kat sana hampir semua sama harga dari setiap kedai ke kedai yang lain. dan harganya lebih murah dari mana2 kedai it luar low yat. ni aku cerita retailerla. bukan distributor. inipun berdasarkan pemerhatian aku sebagai pengguna. macam aku beli laptop sebelum ni 3biji, dari kedai dan booth yang berbeza. tapi, bila bayar dia akan bawa aku kat tempat yang sama. pelik juga.

keadaan camni, aku terpikir kenapa peniaga2 melayu, yang memang bersepah masuk tender gomen, dgn status buminya takde dalam low yat. jangan cerita salesman melayu kat low yat tu. diaorang salesman je walaupun ada booth.

dipendekkan cerita, kenapa tak buat koperasi? koperasi ni tak macam koperasi biasa yang korang jumpa tepi jalan, yang bisnesnya takde lain selain bagi loan kat staff gomen. koperasi ni spesel sikit. memang untuk berniaga. jadi ahlinya, hanya orang yang berniaga saja.

koperasi pada dasarnya akan ada 2bisnes, yang dijalankan oleh 2subsidiari penuh.

1)pusat pembelian secara bulk kepada peniaga yang menjadi ahli tu sendiri.

2)buka kedai dan booth kat low yat untuk pecahkan dominasi cina.

ahli2 koperasi ni, hanya untuk ahli yang serius sahaja, iaitu peniaga yang ada sdn. bhd. katalah, ada seribu ahli online dan offline. setiap ahli sumbangkan modal RM1k. modal ni akan digunakan untuk tujuan no.2. harga jualan akan dipastikan sama dgn harga peniaga lain kat sana, dan kalau boleh lebih rendah.

untuk tujuan no.1, ahli2 boleh buat order secara berkala melalui koperasi. contohla. seribu ahli ni berdaftar dgn MOF, dgn jualan min. RM300k setahun. kos barangan, 90% dari jualan. kalau beli bulk, ada further discount, katalah lagi 15%. jadinya, kos barang dah jimat 15% dan menaikkan margin. dipendekkan cerita, daripada korang beli kat low yat, korang beli dari diri korang sendiri, iaitu koperasi.

sebenarnya, benda ni boleh elakkan ali baba. sebabnya, kalau dah modal tak cukup, korang ali babakan jelah kat koperasi.

ni cerita lebih kuranglah. lagi 1, jangan anggap ni racist. anggap ini penyatuan, tapi bukan persatuan yang dah macam ahli politik aku tgk. jangan tengok gelas tu separuh kosong, tapi tgk gelas tu separuh penuh. hanya perlu untuk penuhkan sahaja.

aku nak tgk, berapa ramai melayu2 yang setuju nak buat benda ni. atau korang lebih suka pong pang 2x kata cina rampas hak korangla, inilah itulah, tapi kenyataannya, korang sendiri tak sanggup bersatu.

id2 yang ultra melayu, yang kebanyakannya kerja ngan gomen, anda dijemput dgn karpet merah untuk komen dalam ni.
 
bagus koperasi ni tt. cume yang jadi masalah org2 dalam tu. kalau yang rajin buat projek, dikata nk makan sorang2. tp yang mengata dah la xnak tolong. tau nk goyang kaki masuk duit. sebenarnya kalau tau benda ni paling baik, boleh setup satu koperasi antara sesama sedara je cukup, beli umah kedai satu blok. sewakan. tp yang jadi masalah pun sedara2 ade yang xleh caya.
 
kalau macam tu bro, kegagalan melayu dalam ekonomi bukan kerana cina atau india rampas hak melayu, tapi kelemahan melayu tu sendiri. tapi personally, aku setuju dgn pendapat kau. melayu terlalu takut dengan hal2 kecik dan tak melihat dgn jauh. sebab tu cina cakap, dan memang betul, yang melayu ni hidup bergantung sepenuhnya dgn kerajaan. dari belajar sampai dah beranak.

orang yang uruskan koperasi tu, bukan orang dalam industri tu sendiri, dan tujuan utama koperasi ni sebenarnya lebih kepada 1 stop centre untuk procurement dan logistic.

apapun, kita tunggu post2 ultra melayu alias melayu racist ni.

lupa lak. aku melayu dan bukan mamak macam mat letop cakap.:)):))
 
bro,

koperasi melayu bukan MLM ker?

sebab tu aku cakap, ahlinya hanya yang berniaga serius je. maksudnya, ahli2 terdiri dari ahli yang berniaga komputer sahaja dan ada syarikat sdn. bhd. yang dah berniaga setahun minimum. yang lain, tak layak.

buat permulaan, koperasi ni aku nak spesifik kat banrang komputer dulu. taknak jadi hangat2 taik ayam.

ahli2 tak mengharapkan sangat dividen, tapi gunakan koperasi sebagai leverage untuk dapatkan barangan lebih murah dari apa yang diaorang dapat kat low yat.
 
pakai koperasi ni pun bleh buat ala hedge fund sbnrnye :p. xde risau sgt kalau amek duit org. nk kene study lg selok belok mcm mane bank rakyat naik
 
Last edited:
pakai koperasi ni pun bleh buat ala hedge fund sbnrnye. xde risau sgt kalau amek duit org. nk kene study lg selok belok mcm mane bank rakyat naik

sebenarnya bro, aku lebih tertarik dgn bisnes model kpf dan kpfb. hanya yang ada kena mengena saje yang layak jadi ahli. dan benefit tu, ahli sendiri yang dapat, bukan orang lain.

aku rasa dah cukup banyak dah koperasi yang guna bisnes model bank rakyat. banyak sangat bro. dan tak membantu peniaga melayu pun sebenarnya.
 
tunggu pengalaman orang lain pulak maybe ade pandangan yang lebih baik :-?
 
sebab tu aku cakap, ahlinya hanya yang berniaga serius je. maksudnya, ahli2 terdiri dari ahli yang berniaga komputer sahaja dan ada syarikat sdn. bhd. yang dah berniaga setahun minimum. yang lain, tak layak.

buat permulaan, koperasi ni aku nak spesifik kat banrang komputer dulu. taknak jadi hangat2 taik ayam.

ahli2 tak mengharapkan sangat dividen, tapi gunakan koperasi sebagai leverage untuk dapatkan barangan lebih murah dari apa yang diaorang dapat kat low yat.

maksud aku bro sebenarnyer perlaksanaan tuh yg gagal..bukan melayu xder modal, tp cara yg x btol..cara pengurusan yg xbtol bro..

baper byk melayu labur dlm hyip, dlm MLM..
 
Koperasi bagus. Sebab ada modal besar, so boleh buat bisnes yang besar2 yang orang2 biasa x leh buat.
 
Back
Top
Log in Register