BTC USD 80,819.5 Gold USD 4,353.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Besar Melaka: Pusat Islam Ke-3 Selain Pasai & Patani

TokCu

Legendary Member
gem
Messages
11,155
Joined
Jul 25, 2011
Messages
11,155
Reaction score
542
Points
161
Pulau Besar telah mula didiami oleh orang selat atau orang laut sebelum tahun 1400 masihi lagi, iaitu sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Malaka ditubuhkan. Sejak ianya diterokai, Pulau Besar sudah pun berperanan sebagai pusat bekalan air bersih kepada para nelayan dan juga pedagang yang melalui Selat Melaka.


Dakwaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan banyak perigi lama yang dianggarkan berusia lebih ratusan tahun di sekeliling pantai Pulau Besar dan kedudukan perigi-perigi itu pula hanya beberapa meter dari kawasan pantai. Pulau Besar dikatakan mempunyai ratusan buah perigi, namun kebanyakkannya sudah tertimbus dan tidak boleh digunakan lagi.


Oleh kerana kedudukan pulau ini hanya terletak beberapa kilometer dari Pelabuhan Melaka, maka terdapat pedagang, pengembara dan pendakwah yang telah berminat untuk mendiami pulau ini. Antaranya adalah Syeikh Ismail yang digelar Sultan Ariffin dan telah didakwa penduduk tempatan dari keturunan Rasulullah SAW dari sanad Hussein bin Ali (Cucu Rasulullah SAW). Beliau bersama pengikutnya telah menetap di Pulau Besar dan membina sebuah penempatan kecil untuk menyebarkan ajaran Islam.


Selain Syeikh Ismail, pulau ini juga didiami Syeikh Yusuf As-Sidiq yang merupakan seorang Guru Sufi yang tinggi ilmunya serta menghafal beribu-ribu hadith Nabi Muhammad SAW. Tidak dapat dipastikan tahun kelahiran beliau namun beliau antara ulama yang turut serta di dalam rombongan Syeikh Ismail. Beliau merupakan guru kepada Syeikh Ismail.


Sebelum Islam datang ke Melaka, penduduk Melaka dipercayai berfahaman Hindu-Budha atau penganut anunisme kerana Sultan Melaka yang pertama iaitu Parameswara dipercayai penganut Hindu. Mengikut teks ‘Sejarah Melayu’ yang dikarang Tun Sri Lanang, Sultan Melaka mendapat mimpi mengenai kedatangan pedagang Islam yang akan berlabuh di Pelabuhan Melaka. Sebaik sahaja mereka tiba, mereka akan melakukan sesuatu (solat) di tepi pantai. Baginda Sultan telah menitahkan Bendahara dan pasukannya menunggu di tepi pantai untuk memastikan samada mimpi yang dialami oleh Baginda itu benar atau tidak. Dengan kuasa Allah SWT, apa yang Baginda mimpikan itu benar-benar terjadi sehingga membawa kepada pengislaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan seluruh tanah jajahannya.


Biarpun terdapat pelbagai versi mengenai teori kedatangan Islam ke bumi Melayu, namun perkara seperti itu sememangnya tidak dapat dielakkan kerana penulis dan pengkaji sejarah pada masa silam biasanya akan menulis sesuatu sejarah itu berlandaskan kepada pemahaman (akal) mereka yang sangat terbatas. Bagaimanapun, kebanyakan pengkaji sejarah kedatangan Islam ke bumi Melayu bersetuju yang penyebaran Islam di bumi Melayu adalah melalui tasawuf; yakni melalui keluhuran dan kesucian budi pekerti para pendakwah silam, yang jelas begitu sejiwa dengan tradisi dan juga resam orang Melayu.


Tidak seperti kedatangan ajaran Kristian ke rantau ini yang melalui proses peperangan dan kekerasan; yang mana ianya dilihat begitu bertentangan dengan sifat Melayu yang bersopan-santun dan berbudi-pekerti. Oleh sebab itu, biarpun Alam Melayu dijajah ratusan tahun oleh pendakwah Kristian, namun ianya tidak mampu menukar kepercayaan Alam Melayu untuk menganut ajaran Kristian.


Oleh kerana Pulau Besar sudah terkenal sebagai pusat bekalan air bersih di kalangan pedagang dan pengembara, maka ia telah muncul sebagai tempat yang paling strategik untuk para pendakwah Islam memperkenal dan mengembangkan ajaran Islam. Peranan Pulau Besar sebagai pusat bekalan air bersih turut diakui oleh Ma Huan, seorang pembantu Laksamana Cheng Ho dalam bukunya YING YAI SHENG LAN (1451), yang telah menyebutkan Pulau Besar digelar Pulau Air @ Wu Shu oleh para pedagang China.


Setelah Kesultanan Melayu Melaka terbentuk dan mencapai era kegemilangannya, Pulau Besar terus menjadi tumpuan kapal-kapal pedagang untuk mendapatkan bekalan air dan kayu api sebelum meneruskan pelayaran mereka ke destinasi seterusnya. Lama-kelamaan, Pulau Besar bukan sahaja dikenali sebagai pusat bekalan air bersih, malah ianya turut dikenali sebagai tempat untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama setelah pulau ini didiami ramai pendakwah Islam.


Tempat Tinggal Pendekar dan Hulubalang Silam

Menurut cerita orang-orang terdahulu, pulau ini telah dibuka dan diterokai oleh orang laut yang sememangnya suka tinggal di kawasan pantai dan tepi laut. Mereka ini menjalankan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber makanan dan juga pendapatan mereka. Ada juga di kalangan mereka yang menjalankan kegiatan negatif seperti menjadi lanun yang merompak hasil nelayan dan juga kapal-kapal pedagang yang lalu-lalang di Selat Melaka.


Orang laut juga dikatakan mempunyai perwatakan yang ganas serta memiliki kepandaian dalam ilmu persilatan dan pembinaan kapal. Kehandalan mereka bersilat dan berenang begitu menggerunkan para nelayan yang mencari rezeki di laut dan juga kepada pedagang yang melalui Selat Melaka. Kisah keganasan yang dilakukan oleh orang laut ada diceritakan dalam teks Hikayat Hang Tuah dan juga Sejarah Melayu.


Oleh kerana Pulau Besar telah menjadi penempatan orang laut pada waktu dahulu, maka ramai yang telah datang ke pulau ini untuk mempelajari ilmu persilatan daripada guru-guru silat yang mendiami pulau tersebut. Terdapat beberapa nama pendekar besar yang dikatakan mendiami pulau ini seperti Panglima Lidah Hitam, Pendekar 7 Beradik, Tok Janggut dan Tok Putih. Diceritakan juga, ada di kalangan pendekar-pendekar yang tinggal di Pulau Besar ini yang mengamalkan ilmu hitam sebelum para pendakwah Islam tiba ke pulau ini.


Dari atas bukit Pulau Besar, kita akan dapat melihat kawasan Bandar Melaka dengan jelas. Maka tidak pelik jika dikatakan sejak dahulu lagi Pulau Besar telah dijadikan salah satu tempat untuk para pembesar dan pengawal Kesultanan Melayu Melaka mengawasi perairan Selat Melaka. Pada waktu itu, jika seseorang itu ingin menjadi pengawal atau hulubalang Istana, sudah tentu seseorang itu harus memiliki ilmu berlawan atau mempertahankan diri yang hebat.


Dipendekkan cerita, selain dijadikan pusat tinjauan perairan Selat Melaka untuk kerajaan silam Melaka, ianya turut dijadikan tempat untuk merekrut dan melatih hulubalang yang baru. Mungkin juga Laksamana Hang Tuah yang bertugas menjaga armada laut Sultan Melaka selalu datang ke pulau ini untuk mengatur sendiri kedudukan pertahanan negeri Melaka. Sehingga kini pun, Pulau Besar turut dijadikan tempat ‘penamat’ latihan untuk beberapa pertubuhan silat di negara ini.


Di atas puncak bukit Pulau Besar, terdapat seketul batu besar yang terbelah dan dikenali sebagai ‘batu belah’ oleh penduduk tempatan. Bahkan, di beberapa tempat lain juga terdapat beberapa batu yang ‘seolah-olah’ di belah oleh ‘sesuatu alat yang sangat bertenaga’. Penduduk tempatan percaya, batu-batu yang terbelah itu adalah peninggalan pendekar-pendekar lama yang menguji ilmu mereka. Sejauhmanakah kebenaran dakwaan ini, wallahu a’lam.




SIAPA SULTAN AL-ARIFFIN SHEIKH ISMAIL?

1. Nama sebenar beliau ialah Ismail bin Abdul Qadir bin Syeikh Abdul Jabbar bin Syeikh Abdul Kadir al-Jailani. Gelar tambahan ‘Sultan al-Ariffin Sheikh’ adalah penghormatan yang diberikan kepada beliau oleh muridnya di dalam tradisi Sufi. Beliau adalah Sheikh Tariqah Qadiriyyah, Naqsyabandiyyah, Shattariyyah dan Jistiyyah.

2. Sheikh Ismail dilahirkan pada 17 Rabiul Awwal 867H/1463M di Baghdad dan meninggal dunia di Pulau Besar, Melaka pada 17 Rabiul Awwal 925H/1520M ketika berumur 58 tahun.

3. Beliau adalah cicit kepada Sultan al-Awliyaa Sheikh Abdul Qadir Jilani (470H/1077M – 561H/1166M). Sheikh Abdul Qadir adalah keturunan ke 14 dari RasuluLlah s.a.w. Maka Sheikh Ismail adalah keturunan ke 18 dari RasuluLlah s.a.w.

4. Sheikh Ismail beserta gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan abangnya Sheikh Ibrahim beserta 13 orang yang lain dari Baghdad sampai ke Pulau Besar pada 1495M. Mereka adalah peneroka yang pertama yang membuka Pulau Besar untuk dijadikan pusat perkembangan dakwah di Alam Melayu. Kemudiannya beberapa lagi para pendakwah datang dari Syria, Yaman dan Semenanjung Arab sehingga jumlahnya seramai 43 orang yang menghidupkan Pulau Besar sebagai Pusat Perkembangan Dakwah Alam Melayu.

5. Menariknya, kesemua 43 pendakwah ini (ada yang mengatakan kesemuanya wali Allah belaka) meninggal di Pulau Besar. Cuma makam yang telah dikenal pasti hanyalah 4 makam iaitu Makam Sheikh Ismail, Sheikh Yusuf, Sheikh Ibrahim dan Sarah (anak Sheikh Yusuf yang berkahwin dengan Sheikh Ibrahim).

6. Sheikh Ismail dikatakan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki, dua perempuan. Malangnya maklumat mengenai mereka belum diketahui setakat ini.

7. Sejarah kedatangan Sheikh Yusuf dan rombongan ke Pulau Besar amatlah menarik untuk difahami.Ketika beliau berumur 7 tahun, bapanya telah bermimpi agar pergi menziarahi Makam RasuluLlah s.a.w. Ketika di Makam RasuluLlah s.a.w., mereka telah diarahkan oleh Baginda agar pergi melakukan dakwah ke Alam Melayu. Adapun bagaimana komunikasi ini berlaku, samada melalui mimpi atau ilham tak usah kita polemikkan di sini.

9. Sheikh Ismail dan rombongan seramai 16 orang pertama kali sampai di Pulau Besar pada tahun 1495M ketika berumur 32 tahun. Mereka segera menjadikan Pulau tersebut sebagai Markas Dakwah dan Tarbiah. Di Pulau Besar ajaran Islam berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai di seluruh Kepulauan Melayu termasuk India, Samudera Pasai, Champa dan Kelantan. Antara murid beliau yang sangat masyhur ialah Raden Maulana Makhdum Ibrahim (Sunan Bonang) serta Raden Paku (Sunan Giri).


10. Ketika kehadiran mereka di Pulau Besar, Kesultanan Melayu Melaka ketika itu diperintah oleh Sultan Mahmud Syah (1488 – 1528M), Sultan yang terakhir sebelum Melaka jatuh ketangan penjajah Portugis pada 1511.

11. Dikatakan juga dua orang Wali Songo atau dalam Bahasa Melayu Wali Sembilan yang terkenal dengan penyebaran Islam di Pulau Jawa, iaitu Sunan Bonang dan Sunan Giri pernah datang untuk berguru di Pulau Besar dengan Sheikh Ismail. Berkat ilmu yang dipelajari, kedua mereka pulang ke Pulau Jawa, lantas membuka pesantren atau pondok bagi tujuan penyebaran Islam di Pulau Jawa yang masih dikuasai oleh Kerajaan Majapahit yang menganut agama Hindu/Buddha.http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=457554

13. Sheikh Ismail kembali ke RahmatuLlah pada tahun 1520 ketika berumur 58 tahun setelah mengabdikan diri dengan amanah dakwah
 
Last edited:
Panglima Lidah Hitam

*Nama sebenarnya ialah Baginda Zahiruddin.
*Berasal dari Padang Pariaman, Minangkabau, Sumatera, Indonesia.
*Orang pertama perkenalkan silat Lintau di Indonesia dan seterusnya di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-16.
*Nama asal Parit Sakai hingga Parit Jamil, Muar dikenali sebagai Padang.
*Pertempuran angkatan Panglima Lidah Hitam dan kumpulan lanun berlaku di muara Sungai Muar pada 1716
*Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Samad Idris pernah melawat dan merasmikan bangunan baru makam Panglima Lidah Hitam pada 1977.

Sumber : Berita Harian


Siti Sarah, isteri kepada Saiyid Ibrahim (r.a). Nama sebenarnya ialah Siti Sarah Ibn Syeikh Yusuf As-Sidiq dan merupakan seorang wanita yang sangat taat kepada agama Islam. Disebabkan kecintaan yang sangat mendalam kepada Islam, beliau turut bersama bapanya serta Sultanul Arifeen Assyaikhul As Syed Ismail (r.a) didalam mengembangkan ajaran Islam di Kepulauan Melayu.

Disifatkan seorang yang zuhud serta tinggi ilmunya. Siti Sarah sering mengikuti majlis ilmu bersama bapanya. Ada masanya ketika Syeikh Yusuf As-Sidiq terlupa sesuatu permasalahan, Siti Sarah bersuara menegur serta memperingatkan perkara yang terlupa oleh bapanya
 
perjalanan penyebaran dakwah nusantara

pasai > patani > melaka > jawa

pulau besar itulah pusat dakwah di melaka
 
Golongan ulama inilah yang banyak memainkan peranan
mempertahankan melaka dari jatuh ke tangan portugis

p/s: sayangnya hari ini kita lebih membanggakan tinggalan penjajah sedangkan kuburan ulama dibiar menjadi tempat melakukan perkara khurafat dan syirik
 
sy dah tamatkan ilmu persilatan kt tanah besar dan baru tau asal usul pulau tu,,tp yg peliknya apsal ade kubur nenek kebayan n yg plik2 la kt sane..mmg byk khurafat tp sepanjang bermalm disana xpnah nmpak cuma gngguan2 halus je byk..
 
sy dah tamatkan ilmu persilatan kt tanah besar dan baru tau asal usul pulau tu,,tp yg peliknya apsal ade kubur nenek kebayan n yg plik2 la kt sane..mmg byk khurafat tp sepanjang bermalm disana xpnah nmpak cuma gngguan2 halus je byk..

kalau tak silap TokCu
kononnya kubur nenek kebayan itu
milik seorang bernama Syarifah Rodziah binti Maulana Ishaq.
setengah pula dakwa milik isteri Hang Jebat ...

banyak kuburan ulama besar di sana
tetapi perkara khurafat sangat berleluasa
 
cita putri gunung ledang dan sultan arifin ni sy dah tahu cume tt ni lagi detail... dan cume sy thu pu3 gunung ledang tu suami nya yang sy tahu yang nama damar wulan,dan ada lagi yang tak boleh sy ceritakan,...walohualam.....sy terima kasih kepada tt kerana ceritanya lebih detail
 
Last edited:
cita putri gunung ledang dan sultan arifin ni sy dah tahu cume ni lagi detail...dan dan cume pu3 gunung ledang tu suami nya yang sy tahu yang nama damar wulan,dan ada lagi yang tak boleh sy ceritakan...walohualam.....sy terima kasih kepada tt kerana ceritanya lebih detail

sayang ... damar wulan ... aria damar
tuan tak dapat share kerana rahsia:(

takpe lah kemampuan kita sangat terhad
apatah lagi untuk mengetahui rahsia
ratusan tahun dahulu ...
 
kalau tak silap TokCu
kononnya kubur nenek kebayan itu
milik seorang bernama Syarifah Rodziah binti Maulana Ishaq.
setengah pula dakwa milik isteri Hang Jebat ...

banyak kuburan ulama besar di sana
tetapi perkara khurafat sangat berleluasa

yg lagi pelik ramai hindu yg selalu ke pulau besar ni......



:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
yg lagi pelik ramai hindu yg selalu ke pulau besar ni......



:)cgrock:)cgrock:)cgrock

ini menandakan terdapat ada yang tidak kena
terutama kepada umat Islam sendiri

tiada kesedaran bersama untuk menghalang
gejala syirik dan mencemarkan perkuburan Islam
atau apa2 bentuk pemujaan dipulau tersebut

jika orang awam (Islam) bekerjasama dengan pihak berkuasa
atau tindakan menghalang secara konsisten
tentu gejala tersebut dapat dibanteras
 
Back
Top
Log in Register