Orang sakit dikehendaki mengerjakan solat mengikut apa cara
yang termampu. Sekiranya tidak mampu berdiri bolehlah solat
sambil duduk. Jika tidak mampu duduk maka hendaklah mengiring
di atas rusuk kanan/kiri dan menghadapkan dada dan mukanya ke
arah kiblat. Jika tidak boleh mengiring maka hendaklah melentang
dengan kakinya menghadap kiblat dan kepala diangkat sedikit.
Dalam keadaan tidak mampu melakukan ruku’ dan sujud maka
solatlah dengan isyarat kepala sahaja atau dengan mata apabila
tidak mampu dengan kepala. Seterusnya dengan hati sahaja
sekiranya tidak mampu dengan mata.
Dalil Rukhsah Solat
Maksud Hadis:
Dari Imran bin Hashin (r.a) telah berkata Adalah aku
menghidap buasir maka aku bertanya Rasulullah s.a.w.
dari hal solat, maka berkata Rasulullah s.a.w. Solatlah
dalam keadaan berdiri, maka jika kamu tidak mampu,
hendaklah kamu duduk, jika kamu tidak mampu maka
hendaklah kamu mengiring..
( Riwayat al Bukhari )
Cara Solat Sambil Duduk
Duduk menghadap kiblat mengikut keselesaan pesakit. Sebaik-baik solat duduk ialah duduk iftirash seperti dalam gambar
Takbiratul Ihram seperti gambar di atas
Membaca al-Fatihah
Ketika ruku’ hendaklah menundukkan kepala hingga sampai paras lutut setentang dahi dengan hadapan sujud. Sekiranya tidak mampu, hendaklah tunduk yang dapat membezakan dengan perbuatan sujud.
Ketika I’tidal hendaklah diangkatkan kepala semula sambil mengangkat tangan seperti takbiratul ihram, kemudian meluruskan kedua-dua tangan seperti pada gambar diatas
Membaca doa Qunut bagi Solat Subuh
Sujud dilakukan seperti biasa. Sekiranya tidak dapat sujud seperti biasa, hendaklah menundukkan kepala lebih sedikit daripada had ruku’. Sekiranya masih tidak mampu , memadai
membezakan antara ruku’ dan sujud.
Duduk antara dua sujud
Membaca Tahiyyat
Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kanan.
Melafazkan salam dengan berpaling muka ke kiri
sumber:http://tahajjud.net/cara-solat-ketika-sakit-secara-duduk/