Salam, saya terpanggil untuk bagi pendapat untuk tread ini, bila lihat banyak tread yang bertanyakan tentang masalah boleh ke grafik untuk Laptop di tukar.
Sebelum tu nak tanya TT, pertanyaan tu tukar Grafik ke atau Upgrade grafik.Kalau tukar grafik chipset (GPU) yang rosak, boleh dilakukan, tapi dengan chipset model yang sama la, tak boleh tukar chipset yang lain.
Hmm, jika persoalan tu , untuk upgrade Grafik pula.Dibawah ini jawapan saya.
Biasanya, apa yang sudah kita ketahuai, untuk Laptop, hardware yang biasa dan senang untuk upgrade adalah Ram, Hardisk atau Processor.
Jawapan untuk Soalan ini adalah: Boleh jika spesifikasi Laptop memenuhi ciri yang berikut:
1) Laptop perlu ada slot MXM.Kalau takda lupakan la, niat tersebut.
Apa itu slot MXM. (MXM) adalah singkatan daripada Mobile PCI Express Module. Iainya seperti PCI-E x16 interface pada desktop PC
MXM interface ini telah diperkenalkan oleh Nvidia untuk menjadi interface bagi laptop GC untuk beberapa tahun dahulu tapi hanya tak banyak model yang dikeluarkan oleh pengeluar-pengeluar Laptop yang menggunakan teknologi ini.
Walaubagaimanapun, tidak seperti PCI-E x16, MXM ini banyak type, Type IV cards hanya boleh fit pada Type IV interface di motherboard dan tidak untuk motherboard type lain .
JENIS MXM CARD
1) MXM type I (value cards): HD 3450 and 9300M GS
2) MXM 2.1 type II (mainstream card): Nvidia GeForce 9600m GT ddr3, ATI HD 3650, ATI Radeon 4670 512MB ddr3 / 1GB DDR2
3) MXM 2.1 type III/HE: Nvidia GeForce GTX 280m, Nvidia 9700M GT , ATI Radeon 4870
4) MXM 2.1 type IV : 9800M GTX
Version terkini (Q4 2011):
5) MXM 3.0 type A: Nvidia Quadro 2000m, AMD Radeon 6770m GDDR5
6) MXM 3.0 type B: Nvidia GeForce GTX 680m, AMD Radeon 7970m
7) Rare/nonstandard MXM 2.1 type II cards: Asus g60 GTX 260m & GTS 360m, Toshiba GT 240m
Ada beberapa hal, yang korang kena faham, risiko jika korang nak upgrade GC korang ini.
1) Warranty mungkin akan void serta merta, apabila korang cuba buka dan upgrade laptop
2) Mencari GC ini agak sukar dipasaran Malaysia, walaupun tidak mustahil
3) GC mungkin tidak compatible dengan motherboard Laptop korang walaupun TYPE MXM card yang hendak digunakan sama famili dengan card MXM asal.
4) BIOS update mungkin dapat solve problem compatibiliti tersebut, tapi upgrade BIOS update juga ada risiko nya.
5) Heatsink perlu berada betul-betul diatas chipset.
7) Walaupun korang boleh Power-ON dan boot Windows, GC mungkin akan mengalami overheating ,kerana laptop tidak di designed untuk menggunakan GC yang baru korang upgrade itu.