BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Campur tangan PM sebabkan kedudukan Petronas menurun

mohd nimat

Active Member
Messages
1,226
Joined
Dec 1, 2009
Messages
1,226
Reaction score
0
Points
20
KUALA LUMPUR 24 Oktober: Campur tangan kerajaan dalam Petronas menyebabkan agensi penilaian antarabangsa Fitch Ratings pada September lalu menurunkan penilaian prospek masa depan syarikat petroleum itu kepada negatif, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, akibat dari penurunan tersebut, penarafan Petronas yang sebelum ini antara yang terbaik di dunia juga dijangka diturunkan dalam masa terdekat.
“Ia menyebabkan Petronas terpaksa bayar faedah lebih tinggi melalui pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dan akan diambil,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Rafizi, ketika mengumumkan penurunan itu, Fitch Ratings menyuarakan kebimbangan tentang terlalu banyak campur tangan kerajaan yang menyekat kebebasan Petronas.
“Ini adalah kali pertama dalam sejarah Petronas apabila syarikat penarafan antarabangsa suarakan kebimbangan mengenai kestabilan kewangan dan reputasinya di mata pelabur.
“Campur tangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keputusan libatkan Petronas beri kesan buruk kepada Petronas,” katanya.
Bekas Pengurus Kanan Petronas Carigali itu berkata, Petronas dari dulu lagi tidak bersetuju kerajaan Umno BN memberikan subsidi gas kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP).
“(Selain itu) Ketika Najib mula jadi Perdana Menteri, beliau tukar strategi Petronas (yang beroperasi selama) 20 tahun untuk dapatkan sumber di luar negara.
“Pada masa syarikat minyak seluruh dunia cuba dapatkan sumber luar negara untuk kegunaan masa depan, Petronas diarah untuk fokus kepada sumber dalam negara yang akan habis satu hari nanti,” kata Rafizi.
Hadir sama dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly berkata, Petronas tidak harus berada sepenuhnya di bawah kuasa Perdana Menteri, sebaliknya perlu dikembalikan kepada Parlimen.
“Ini ternyata perkembangan yang sangat mengecewakan. Justeru Petronas harus dikembalikan di bawah Parlimen, seperti yang kita cadangkan dalam Buku Jingga,” jelasnya.
Gagal ambil alih syarikat Kanada
Dalam pada itu, Rafizi menuntut Najib, individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Petronas menjelaskan kegagalan beliau sehingga usaha syarikat itu membina rizab luar negara terbantut.
Minggu lalu, kerajaan Kanada menyekat usaha Petronas untuk mengambil alih Progress Energy Resoures (PER) yang memiliki rizab gas sebanyak 1.9 trilion kaki padu dan rizab tanah 1.25 juta ekar di seluruh Kanada.
Kementerian Industri Kanada pada Jumaat lalu memberi tempoh 30 hari kepada Petronas untuk membuat penerangan tambahan dan serahkan jaminan selanjutnya.
“Petronas berada sepenuhnya di bawah PM…maka kegagalan Petronas adalah kegagalan PM…Justeru beliau (Najib) sekurang-kurangnya perlu keluarkan kenyataan untuk menjelaskan kegagalan ini.
“(Malah) kegagalan ini turut sahkan pandangan reputasi Petronas di peringkat antarabangsa yang telah terjejas,” kata
Rafizi lagi.
 
Bekas Pengurus Kanan Petronas Carigali itu berkata, Petronas dari dulu lagi tidak bersetuju kerajaan Umno BN memberikan subsidi gas kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP).

lps tu jual kat tnb..tnb takleh buat apeer...cekik pengguna..
 
Aku stuju artikel ni
 
sumber????sumber????sumber????sumber????
 
kerajaan yg ada skrg mana boleh pakai dah
nak x nak mesti kena tukar jugak
 
kerajaan yg ada skrg mana boleh pakai dah
nak x nak mesti kena tukar jugak

WELCOME BACK bro....:)cgrock itu belum campurtangan Rosmah lagi tuuu.. mau dibelinya Petronas Syarikat Swarovski utk batu PERMATA kekekek :)
 
petronas ni kerajaan ke,glc ke atau swasta ke ,mana satu mau ikut telunjuk pm ?
 
Dptkan maklumat lain sblm menghentam..

Kegagalan kat kanada bukan terhadap petronas je..

Tahun lepas, comp gergasi mana ntah lupa plak, gagal ambik sykt baja kanada..

La ni petronas...

Dikhutiri, comp gergasi dr china pun kena gak.. Company china ni lagi ratus billion nilai dia..
Petronas x smpi 20 bill...

Isu kanada sbb kerajaan kanada campur tangan.. Bukan sbb najib yg campur tangan..

Nanti aku carikkan link ye...
 
Back
Top
Log in Register