BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Laporan audit padam kerugian berbilion ringgit'

shukriain

Junior Member
Messages
51
Joined
Sep 28, 2010
Messages
51
Reaction score
0
Points
6
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian "berbilion ringgit" yang didakwa "hilang atau dipadamkan begitu sahaja" daripada Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Laporan audit negara kita sudah teliti, dan kita akan adakan penjelasan menyeluruh di seluruh negara kerana berbillion ringgit yang hilang (atau) yang dipadamkan begitu sahaja.

"Projek yang berkesan untuk rakyat termasuk rumah guru dan tentera yang tergendala turut diberikan kemaafan sebegitu rupa dan beberapa bukti yang lain," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen petang ini.

Laporan audit berkenaan dibentangkan di parlimen semalam – dua minggu selepas pembentangan belanjawan 2013.

Kelewatan itu sekali lagi menerima kritikan keras daripada pemimpin Pakatan memandangkan tindakan sama dilakukan tahun lalu.

Sedangkan, laporan berkenaan dibentangkan bersama dengan belanjawan seperti amalan sebelum ini.
 
kalau bagi pendidikan percuma..kemain lagi dipunya goreng.
rupa ke sini duit tu dicampakkan.
baik punya pusing....

pelabur => mahu pendidikan percuma.
 
selagi ada myanmar, nepal, filipina, bangla, indon dan lembu selagi tu umco menang..
 
terang2 duit negara kene songlap...tapi ada makcik2 umno kisah? x perihatin betul...
 
makcik2 tu dapat rm500.... leh guna sepanjang tahun....

pemikiran hulu banat je yang seronok dapat RM500 dan tak hirau langsung pasal kenaikan itu ini.
 
Back
Top
Log in Register