BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sabotaj ahli UMNO sendiri punca kekalahan BN PRU12

Peecock

Active Member
Messages
1,265
Joined
Dec 6, 2007
Messages
1,265
Reaction score
2
Points
25
Ahli Umno sabotaj 14 kerusi Parlimen, 22 DUN
Nash Rahman | Apr 6, 08 1:40pm
Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, tewas di 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu kerana perbuatan sabotaj ahli Umno sendiri.

Ketika mendedahkan demikan, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, jika tidak, BN dapat mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Barisan Nasional mendapat 140 kerusi parlimen - kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Umno tewas 31 kerusi parlimen apabila hanya mampu mempertahankan 78 daripada 109 kerusi parlimen yang dimenanginya pada 2004.

Menurut Abdullah lalu, jika tida berlaku sabotaj oleh ahli-ahli Umno di 22 kerusi DUN tersebut, BN tidak akan kalah di Kedah dan Perak.

Menurutnya, semua kerusi parlimen dan DUN terbabit merupakan "kawasan putih" dan BN tidak menghadapi masalah untuk memenanginya, jika tidak berlaku perbuatan sabotaj tersebut.

Jalan siasatan

Sehubungan itu, katanya, pihak parti akan menjalan siasatan dan membuat laporan kepada jawatankuasa disiplin parti untuk diambil tindakan terhadap mereka yang terbabit melakukannya.

Abdullah memberi demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri mengadakan perjumpaan semua ketua penerangan bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara hari ini.

Beliau bagaimana enggan mengulas lanjut apabila ditanya pemberita punca ahli-ahli parti itu bertindak mensabotaj hingga calon-calon Umno kalah di 14 kerusi Parlimen dan 22 kerusi DUN tersebut.

Sebaliknya, kata Abdullah, Umno akan menjalankan siasatan terperinci mengenainya untuk diserahkan kepada jawatankuasa disiplin parti.

Dalam pilihanraya umum lalu, barisan pembangkang memenangi 21 kerusi, iaitu PAS (16, PKR (4) dan DAP (1). BN Kedah hanya menang 14 kerusi DUN.

Di Perak pula, barisan pembangkang menang 31 kerusi, iaitu (DAP (18), PKR (7) dan PAS (6). BN pula menang 28 kerusi.

BN juga tewas di Selangor dan Pulau Pinang. PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi - daripada 22 kepada 38 kerusi DUN. PKR pula menang satu kerusi DUN.

BN ditolak

Berapa ketua penerangan yang ditemui selepas majlis tersebut, Abdullah bercakap hampir dua jam memberi penjelasan kepada mereka punca-punca prestasi buruk BN, khususnya Umno dalam pilihanraya umum lalu.

Seorang daripadanya yang tidak mahunya disebut berkata, Abdullah memberitahu mereka bahawa di kawasan yang mempunyai lebih 60 peratus pengundi Melayu, 63 peratus calon BN mencapai kemenangan.

Manakala di kawasan yang mempunyai majoriti lebih 60 peratus pengundi bukan Melayu, BN hanya mencapai kemenangan 19 peratus.

"Pada keseluruhannya, BN ditolak secara drastik di kawasan bukan Melayu," katanya lagi.

Menurutnya, Abdullah juga menyebut punca-punca lain termasuklah kemerosotan sokongan pengundi kaum India terhadap BN, serta pengaruh Internet terhadap masyarakat dalam membuat pilihan mereka dalam pilihanraya umum lalu.
 
Konklusi daripada meeting Paklah dgn ketua bahagian hari ni,UMNO tetap relevan di kalangan Melayu. Kalah disebabkan sabotaj.
tetapi BN merosot teruk undi pengundi bukan melayu.
tapi tak kaji ke kenapa sabotaj?
 
bnyk la alasan.........:))
 
dah2 la tu meratapi kekalahan, buka buku baru plak
 
Konklusi daripada meeting Paklah dgn ketua bahagian hari ni,UMNO tetap relevan di kalangan Melayu. Kalah disebabkan sabotaj.
tetapi BN merosot teruk undi pengundi bukan melayu.
tapi tak kaji ke kenapa sabotaj?

Kenapa nak kaji UMNO sabotaj? Sepatutnya kaji kenapa rakyat tolak BN. Berapa kerat sangat ler org UMNO tuh nak sabotaj berbanding dengan jumlah rakyat. Nampaknya BN masih x nampak suara rakyat pada PRU 12... mereka nampak kekalahan mereka sebab sabotaj oleh UMNO sendiri.... malangnyaaaaaaaaaaaaaaa Malaysia.
 
Konklusi daripada meeting Paklah dgn ketua bahagian hari ni,UMNO tetap relevan di kalangan Melayu. Kalah disebabkan sabotaj.
tetapi BN merosot teruk undi pengundi bukan melayu.
tapi tak kaji ke kenapa sabotaj?

Die nak divert attention jer tu... sabotaj la, macam2 sebab yang ahli2 umno ni tunjukkan kpd Pal Lah...

Punca UTAMA kekalahan BN ialah kelemahan Pak Lah... semua orang pun tahu, Pak Lah jer tak tau..

Contohnya mase meeting tu, Pak Lah tanye, "Apa agaknya sebab BN kalah kat sini ye?" Takkan ketua UMNO tu nak jawab," Kitorang kalah sebab U la Pak Lah!!!"... ada brani??? hehehe.. tak mungkin... tu yang dok buat macam2 sebab, untuk mengampu jer tu...
 
haha...ni pengikut fanatik mesti percaya nye...pak lah=jailani jabar(scammers of the year 2008)..mane2 ahli JNSSB paham la..
 
Kenapa nak kaji UMNO sabotaj? Sepatutnya kaji kenapa rakyat tolak BN. Berapa kerat sangat ler org UMNO tuh nak sabotaj berbanding dengan jumlah rakyat. Nampaknya BN masih x nampak suara rakyat pada PRU 12... mereka nampak kekalahan mereka sebab sabotaj oleh UMNO sendiri.... malangnyaaaaaaaaaaaaaaa Malaysia.



Pak Lah ni tak guna pemikiran yg logik la..org sabotaj dan protes sebab lagak dan kelakuan menantu dia Khairy...pikiaq la sendiri..itu pun dalam sidang akhbar dok bela dan pertahankan Khairy...kesian org tua ni..under shadow musang berbulu ayam...

oh....menantu ku babah sayang...
 
Back
Top
Log in Register