BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Kenaikan harga gula, bahan bakar tak akan beban rakyat' - Menteri

kuhik

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
'Kenaikan harga gula, bahan bakar tak akan beban rakyat'

292x300..tlh_0.JPG


Kenaikan terbaru harga gula dan bahan api tidak akan terlalu membebankan rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe.

Menurutnya, kenaikan harga gula tidak memberi impak yang besar kepada pengguna kerana setiap isirumah hanya menggunakan purata 5kg sebulan.

Bercakap ketika sesi soal-jawab di Dewan Rakyat, beliau kenaikan (20 sen) harga gula sekilogram hanya membabitkan tambahan RM1 sebulan kepada mereka.

Ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik), timbalan menteri menjelaskan bahawa kenaikan harga bahan api juga merupakan peningkatan kecil kepada purata pengguna jalan raya. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Tan berkata kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif yang mampu membantu meringankan beban rakyat dalam menangani masalah
peningkatan kos sara hidup.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat ini termasuk memberi subsidi dan mengawal harga serta memastikan bekalan barang kawalan termasuk barangan keperluan.

"Barangan keperluan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, beras dan juga bahan api tetap dikawal menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya ketika menjawab soalan Che Uda yang ingin tahu kesan dan langkah kerajaan mengatasi masalah kadar kenaikan harga barang utama terhadap penduduk miskin bandar dan luar bandar.

Menurutnya, kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia merupakan inisiatif yang diharapkan dapat mengawal kenaikan harga barang runcit agar pengguna yang berpendapatan rendah masih mampu membeli berdasarkan kepada kemampuan dan keperluan mereka.

Kementerian juga akan meneruskan projek pengedaran barang keperluan agar penduduk pedalaman dapat menikmati harga barang kawalan pada harga berpatutan.

"Barangan seperti gula, tepung gandum, minyak masak, dan bahan api akan terus diedarkan di kawasan pedalaman di seluruh negara terutama Sabah dan Sarawak.

"Selain itu, kementerian menjalankan kempen kuasa pengguna yang mendidik mereka untuk mempraktik kuasa dalam membuat pilihan barangan," katanya.

Tan berkata pengawalan harga barang semasa musim perayaan juga dipertingkatkan supaya harga barang kawalan utama seperti daging, ayam, telur, bawang dan sayur-sayuran mencukupi dan ditawarkan pada harga ditetapkan.

"Kami juga mengadakan sesi dialog dan perbincangan secara berkala dengan industri berkaitan bagi menerangkan isu kenaikan harga dan meminta supaya industri tidak mengambil kesempatan menaikkan harga secara keterlaluan," katanya.

Kementerian turut mengarahkan 1,900 pegawai penguatkuasa untuk menjalankan pemantauan sepanjang masa dan seramai 1,300 pegawai ditugaskan untuk memantau harga di seluruh negara.

- Bernama


p/s : YES!!!!!!!!!!!! TIDAK AKAN MEMBEBANKAN RAKYAT!!!!
:))

jaga-jaga semua, harga petrol akan naik nanti :))
 
Satu rumah untung RM1. Kalau 5 juta rumah, untung RM5 juta dah. Bravo!
 
dia dah mai dah.....

what i'm given i will get back...hahahahhahahah
 
pantau je seminggu...lepas tu naik ler rege nye...rubbish laa dorang nie...
 
uik..bila naik harga ni?
 
Bo.do piang ..... habis kilang pengeluar makanan yang menggunakan gula tu guna ta.hi ke ganti gula sampai diaorang tak absorb kan kepada pengguna nanti. :(scam:(scam:(scam:(scam
 
Yahoooo gaji baru lum dapat barang dah naik hargaaaaa
 
Gula nih cam minyak lak
 
"harga gula, petrol kt malaysia masig lg terendah di kalangan negara asia tenggara." ssshhiiittt statement
 
yes!!!!!barang naik lg..haha..
dh bg BR1M wajib la ambik balik..x kn nk bg free je
 
Back
Top
Log in Register