BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IHP Naik 3.3 Peratus Tahun Ke Tahun, 0.3 Peratus Bulan Ke Bulan

malayneums

Active+ Member
Messages
4,853
Joined
Feb 29, 2008
Messages
4,853
Reaction score
4
Points
25

IHP Naik 3.3 Peratus Tahun Ke Tahun, 0.3 Peratus Bulan Ke Bulan

grafCPI_Mei2011_BM.JPG


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Mei meningkat 3.3 peratus tahun ke tahun, dan meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan, demikian menurut Jabatan Perangkaan di dalam satu kenyataan.

Bagi tempoh Januari-Mei, katanya inflasi meningkat 3.0 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Berasaskan tahun ke tahun, indeks bagi makanan dan bukan makanan bagi Mei menunjukkan peningkatan masing-masing 4.5 peratus dan 2.8 peratus.

Berasaskan bulan ke bulan, indeks bagi bukan makanan meningkat 0.4 peratus manakala indeks bagi makanan dan minuman bukan beralkohol terus tidak berubah, katanya.

Bagi tempoh Januari-Mei, katanya indeks makanan dan minuman bukan beralkohol dan bukan makanan masing-masing meningkat 4.5 peratus dan 2.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.



-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/listfeatures.php?pg=2

seperti biasa, IHP, inflasi & harga makanan masih terendah berbanding tahun depan...:">:p:))

jabatan perangkaan tipu ke? tgk dlm graf dari tinggi ke rendah tapi bila masa makanan jadik murah?#:-S
kpd yg berkenaan, sila pastikan korang sediakan tambahan duit utk kenaikkan tiap2 bulan.. xbyk, 0.3 peratus jer pon.. masih tak membebankan....:-?

perbandingan lengkap dan rujukan sila ke web jabatan perangkaan
 
Last edited:
bagus TT...akan aku masukkan kedalam thread GEMPAR!Ancaman BANKRUP Bukan Lagi FANTASI!Fakta Dari Global Financial Integrity (GFI)
 
peningkatan masih rendah berbanding negara jiran...:(scam
 
bagus TT...akan aku masukkan kedalam thread GEMPAR!Ancaman BANKRUP Bukan Lagi FANTASI!Fakta Dari Global Financial Integrity (GFI)
banyak betul koleksi ko ni.hahaha.
nanti dh blh keluar buku bgtau aku.nk jugak.haha
 
IHP...tau nama tapi tak tahu detailnya..:">
 
IHP...tau nama tapi tak tahu detailnya..:">

secara ringkas;


Indeks harga pengguna atau IHP (Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang bagi tahun semasa.

IHP mengambil kira "bakul" barangan dan perkhidmatan secara am, dikelaskan berpandu kepada "Klasifikasi Penggunaan Individu Mengikut Tujuan" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations “Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP)”). Berikut adalah 12 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diambil kira dalam pengiraan IHP:

Bakul barangan dan perkhidmatan
Wajaran (2005)
Makanan dan Minuman Bukan Alkohol
31.4
Minuman Alkohol dan Tembakau
1.9
Pakaian dan Kasut
3.1
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
21.4
Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
4.3
Kesihatan
1.4
Pengangkutan
15.9
Komunikasi
5.1
Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
4.6
Pendidikan
1.9
Restoran dan Hotel
3.0
Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan
6.0
Jumlah
100

Nota: Wajaran diatas bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia.

boleh rujuk kat sini;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Indeks_harga_pengguna

http://www.scribd.com/doc/35090885/Indeks-Harga-Pengguna

http://www.bebas-hutang.com/info-ringkas-berkenaan-inflasi/

http://mygoldbar.blogspot.com/2010/11/tutorial-ekonomi-indek-harga-pengguna.html
 
Back
Top
Log in Register