BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kerajaan BN tiada hasrat beri air percuma

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak berhasrat untuk mengusulkan kepada kerajaan program pemberian air "1,000 liter pertama percuma" kerana ia menggalakkan pembaziran.

Timbalannya, Noriah Kasnon, berkata caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada bagi semua negeri.

"Kementerian mengambil pendekatan ini ke arah mendidik dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah demi memastikan kelestarian sumber air untuk diwarisi generasi akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Marcus ingin tahu cadangan kerajaan untuk mengadakan program pembekalan air secara percuma kepada pengguna dan pendekatan yang diambil untuk menangani isu kadar Air Tidak Terhasil (NRW).

Noriah berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama dengan operator-operator air telah meningkatkan aktiviti-aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan bagi membendung kes kecurian air melalui penyambungan haram yang turut menyumbang kepada peningkatan NRW di sesebuah negeri.

Katanya, SPAN juga telah menetapkan supaya setiap operator air mempunyai program penurunan kadar NRW yang sistematik.

"Program tersebut perlu dilaksanakan mengikut jadual dan Indeks Petunjuk Utama (KPI) yang telah ditetapkan supaya pengurangan kadar NRW di setiap negeri dapat mencapai sasarannya.

"Komitmen kerajaan ini diteruskan lagi dalam "Rolling Plan" 1 Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan siling sebanyak RM324.3 juta dan jumlah ini tidak termasuk peruntukan dalaman yang disediakan oleh setiap operator untuk menangani kadar NRW masing-masing," katanya.

Beliau menyeru setiap operator air di negara ini untuk memberikan komitmen yang berterusan kepada program-program pengurangan kadar NRW yang ditetapkan.
 
dia ingat rakyat malaysia ni *****2 semua nak membazirkan air..:)):))
 
yela tu....
xnk bg air ckp xnak rakyat membazir
xnk bg letrik ckp xnk rakyat membazir
xnk bg minyak ckp xnk kena seludup minyak subsidi
kepala lanciau la
 
mana blh bagi free..
tunggu la dulu..
dekat2 dah tak ada sokongan nanti.. blh la turun sikit harga utk modal pancing undi..
 
mana blh bagi free..
tunggu la dulu..
dekat2 dah tak ada sokongan nanti.. blh la turun sikit harga utk modal pancing undi..

betul la tuh..dah dekat2 nnt mcam2 bg silap2 kete pn bg free :eek:
 
mana blh bagi free..
tunggu la dulu..
dekat2 dah tak ada sokongan nanti.. blh la turun sikit harga utk modal pancing undi..
betui2.ko mencarut ke sampai kena infraction?:D
 
apa sahaja untuk rakyat = membazir, merugikan negara, negara bankrup
apa sahaja untuk kroni = menguntungkan negara, membangunkan negara

wat the heck! :))
 
apa sahaja untuk rakyat = membazir, merugikan negara, negara bankrup
apa sahaja untuk kroni = menguntungkan negara, membangunkan negara

wat the heck! :))

hah.. yg ni point dia.. amik ko..

BN chaitttt...
 
Kalau untuk rakyat semua membazir.

Kalau bina Litar Sepang,katanya akan
menarik minat pelancong luar.
Kalau dibeli kapal selam rosak,katanya
perkara normal.
Kalau dinaik dan diselaras harga gula,
minyak masak dan petrol katanya kita masih
rendah berbanding negara jiran dan mengutamakan
rakyat.

Kalau kita;rakyat marhaen ditempeleng,diterajang,
dibelasah katanya sayang.
Kalau nak beli ubat,nak bagi air bersih,
nak bagi peluang pendidikan percuma,
nak bagi rumah mampu milik,semuanya katanya
membazir.

Dangkal sungguh otak kamu kera-jaan.
Sungguh!
 
Back
Top
Log in Register