BTC USD 76,674.9 Gold USD 4,348.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perbezaan Antara Broker Market Maker, Bucket Shop, ECN/STP, Regulated, Unregulated

abuali

Fun Poster
Messages
345
Joined
May 2, 2008
Messages
345
Reaction score
3
Points
15
Salam.
Saya masih kurang jelas apa yg dimaksudkan dengan jenis-jenis broker ni.
Boleh otai2 bg penjelasan..
 
Boleh tak bg cadangan broker jenis mana yang patut saya trade...
Sblm ni trade kecil2an jer... jadi tak amik kisah sgt pasal broker ni..
Bila nak serius dlm bidang ni baru terpikir semua ni..
 
errr... fxprimus pure stp. bleh baca website atau thread
 
Nie kesimpulan dari aku .... semua sama jer .....

cuma skang nie aku stick pada yang PILIHAN RAMAI hehehehe :D

Instaforex ...:D
 
pecahan dia.

regulated vs unregulated
regulated broker ni biasanye audited by badan2 yg mengawal process pengendalin forex dalam negara tersebut sepert FSA, CYsec, NFA etc.. any irregularities seperty menggunakan duit client utk rolling syarikat adalah salah bg regulated broker, pengunaan bank end plugins utk delay/modified price adalah SALAH.

kekurangan: TIADA LOCAL DEPOSITOR
kelebihan: ade segregated acct, keselamatan terjamin. sesetengah tu insured and ada trustee macam fxprimus.

unregulated ni, broker sekadar letak certain fund utk rolling, buka syarikat, berdaftar dengan 100k pon dah cukup, beli software dari metaquotes atau lagi senang jadi whitelabel.
kelebihan: urusan duit kluar masuk senang sebab ada local depo.
kekurangan: kalau tutup, tutup skali dgn acct kita.




market maker vs STP/NDD

Market maker ni adalah broker yg menjadi buyer or seller kita. dia adalah pasangan kita. duit kita tak kluar ke real market di mana bila kita Jual EURUSD, kita jual eur nak beli usd, ada org lain nak beli eur nak jual usd. dalam konteks STP, mungkin bank la ye.
market maker x salah kalau dia ada cukup kewangan seperti MIG, Oanda, DuetchBank... ini adalah contoh market maker. di mana dorg cuma pakai Feed dari ECN utk execution. mostli dorg pakai MARKET ORDER utk masuk post. no slippage should occur sebab price filled at best offer.

kalau dorg pakai Instant order, bermakna price MUNGKIN dah di filter and delayed sebab dia nak bg kita price apa yg kita click.

market maker yg kecik2... sangat bahaya sebab bila trader banyak menang, dorg akan keurangan modal pusingan dan TERPAKSA membuat trick utk melambatkan trader untung, mengurangkan keuntungan malah MERUGIKAN trader. sebab, apabila kita menang, broker rugi.

macam mana cara nak mengenali true STP? True NDD?
senang je.. x de rules scalping. order kita boleh masuk and terus popit. kdg2 x nampak spread pon..


bucketshop = bucketing iatu process pemgumpulan lot2 kecik utk di hantar kepada liquidity provider. liquidity provider adalah tergolong dalam bigger broker, or bank. certain small broker yg STP/NDD dia automatekan lot mini/micro/nano utk di jadikan standard and send to bigger broker/bank. bank tak beli/jual lot selain standard lot.


tu secara ringkas... panjang cerita broker ni..
kalau broker sendiri boleh cerita kan bagus
 
skng ni trader duk fokus tang DePo LaJu WDraw Laju Server LajU Takder Reqoute time nk OP CLOSE sumer tuh.. FBS ada jawapannya.. :)paid
 
nak tau jugak berapa puluh ribu usd bro nak labur dan berapa banyak requote bro nak tempuhi... :D

Kena bgtau ker brp nak depo...klu nak serius depo pun kena serius la jgk..
Pasal reqoute (Sbb tu tanya pendapat otai2)sbb tak mau la loss sbb kena main dgn broker.Pernah kena dgn 1 broker ..
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14835
USD / JPY
156.222
GBP / USD
1.33606
USD / CHF
0.82446
USD / CAD
1.39858
EUR / JPY
179.398
AUD / USD
0.71197
Back
Top
Log in Register