BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 ejen wang kutu dihadap ke mahkamah

tuksidang

Banned
Messages
4,972
Joined
Jul 26, 2008
Messages
4,972
Reaction score
463
Points
41
KUALA LUMPUR: Empat ejen sebuah syarikat pelaburan wang kutu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu yang dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, dua tahun lalu.
Keempat-empat mereka selaku orang kena saman (OKS) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. Rosnani Rahim, 32, yang juga pemilik Syarikat Kristal Karisma Enterprise didakwa menganjurkan wang kutu ‘Program Ekspres’ di premisnya yang beralamat di No 5-3, Jalan 15/48A, The Boulevard Shop Office, Off Jalan Sentul, di sini, antara 19 November 2008 dan 29 April 2010. Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 3 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Tiga individu lain yang turut didakwa ialah Salina Ahmad, 45, Ma’mor Kamaruddin, 45, dan Rimahyon Sanuri, 39, dan mereka didakwa mengikut Seksyen 3 akta sama yang dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka yang juga pemilik Syarikat Al Falah Global Resources didakwa bersubahat dengan pemilik Syarikat World Heritage Recources, Rahimah Rahim, 39, dan Sabbri Yusof, 49, untuk menganjurkan wang kutu iaitu ‘Program Ekspres’. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di No 3, Jalan Keluli AM7/AM, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7 dekat sini, antara 4 November 2009 hingga 29 April 2010. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Steve Chin Yun Cheong manakala keempat-empat OKS diwakili peguam Mohd Yunos Shariff. Mahkamah kemudian menetapkan 11 November ini untuk sebutan semula kes.
 
HUH,,, lebur laa duit org2 yg labur... huhuhu
 
abg aku ada join..ajak aku masuk aku xnk sbb aku tgk mmg meragukan..haha mmg sixsenth aku btul daa.
 
Suka Tuksidang cerita2 macam nie.... Thank you for the info... :)
 
aku tak tahu lah nak cakap apa...bese klu org melayu lau buat biz skit,dah kena boikot...Sebab tulah melayu ni tak penah maju...Pikir negetif jer...Buat pengetahuan anda semua,PE yg dijalankan oleh WHR telah berjalan since 2008..Selama operasi setakat ni,rmai yg tak hampa...PE ni bukanlah sebauah biznes tetapi ia adalah sebuah Program yg di panggil program amal yg berkonsepkan Muhabbah dan Hibbah...Sistem kutu tak pakai langsung..Maka nya, owner WHR hanya di sabitkan kesalahan atas tidak mendaftarkan biznes bawah SSM saja...Then for ur information,tuduhan keatas owner WHR adalah longgar kerana pihak SSM tidak mempunyai bukti kukuh utk mendakwa WHR kerana menjalankan sistem kutu...
 
tak habis-habis menipu org ramai la dia org nih!
 
emmm kalau tak tipu pun salah gak tu
 
Back
Top
Log in Register