BTC USD 81,388.6 Gold USD 4,359.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asteroid 'accident' mewujudkan komet tiruan

fareastz

Active Member
Messages
1,672
Joined
Oct 8, 2009
Messages
1,672
Reaction score
39
Points
30
cometasteroid-580x319.jpg
Berita di laman-laman web di internet sejak awal bulan ini begitu sibuk berbincang mengenai sebuah objek pelik yang ditemui pada 7 Jan 2010 lepas.

Pengumuman oleh teleskop LINEAR sebelum ini menyatakan bahawa sebuah 'komet' baru telah ditemui di kawasan orbit Asteroid Belt dan diberi nama P/2010 A2 (LINEAR) oleh IAU Minor Planet Center.

Namun, beberapa minggu selepas itu, apabila lebih banyak cerapan dibuat, objek yang pada asalnya disangka sebuah komet semain hari semakin menampakkan kepelikannya, dan lebih bercirikan sebuah asteroid. Lebih pelik ialah tiada sebarang tanda-tanda sebuah nukleus atau kepala yang jelas kelihatan, tidak seperti komet-komet biasa.

Laman web Universe Today melaporkan, besar kemungkinan objek ini ialah perlanggaran daripada 2 buah asteroid!Para saintis sedang cuba mendapat lampu hijau untuk menggunakan 2 buah teleskop yang sedang berada di angkasa, iaitu Hubble dan Spitzer, untuk merakam objek pelik ini.

Berita penuh di Sky & Telescope dan Universe Today

(Foto:P/2010 A imaged by Dr. Robert McMillan at Kitt Peak, Arizona. Credit: Spacewatch/U of Arizona)
 
kalau die mai singgah, aku nk pnjm die nyer papan luncur tu... ehehehehehe...
 
ni kena panggil fantastic 4 ni suh cek jap!
 
kalau singgap mesia, kapt kit ada, kabi kusi kabi gam pon ade, hahaa
 
misteri yg x terungkai ni
 
Back
Top
Log in Register