BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perintah Allah supaya beriman kepada Pembawa Cerita & Kitab Hadis?

Status
Not open for further replies.
Pubin , ko dah bagi hujah nko dkt 1st page macam2, sekarang nie aku nak kau cakap betul2. Aku nak outcome dari hujah nko. Nko nie menolak 100% hadis ke atau ikut macam papabaik.

Papabaik dah buat pengakuan yang dia tidak menolak hadis 100%, tetapi menolak hadis sahih yang bertentangan dengan alquran. Ko pulak mcm mane?.cuba explain betol2....

Sekali lagi ini untuk pubin...aku nak kau jelaskan !!!
 
org nak kaedah qjjl SWT pelihara Al-Quran, jwpannyer beriman ajer lah...

tengok.. kan aku dah cakap..
jawapan daripada seorang berfahaman atheist dengan kad pengenalan bertulis "Islam" (Secularism)
mana boleh terima instruction simple2 daripada Allah..
semua dia nak question.. :eek:
 
tengok.. kan aku dah cakap..
jawapan daripada seorang berfahaman atheist dengan kad pengenalan bertulis "Islam" (Secularism)
mana boleh terima instruction simple2 daripada Allah..
semua dia nak question.. :eek:
ok last sblm aku masuk tido...

x kisah ler Islam sekular, islam duakular, tigakular kerr..

nko anggap ler aku atheist yg dtg jumpa dgn nko dgn niat nak memeluk Islam...

aku kater " Wahai Syiekh! klu nko blh buktikan bhw Al-Quran yg ader skrg nih sama dgn Al-Quran zmn Nabi Muhammad, aku masuk Islam"...

aper jwpan nko??? subuh nnt bg jwpan straight forward...
 
sudah la pubin, senang la hang sembahyang 3 waktu ja, senang nak pi shopping teman bini
 
pubin nie bagi macam2 hujah pasal hadith, tapi dia pun takda pendirian yang jelas pasal hadith, kalau kau tolak hadith 100% katakan saja....so senang kita nak berhujah, kau pun susah nak spin.

papabaik pun dah nak kena check mate, last2 dia tegaskan pendirian dia tidak percaya hadith sahih yang bertentangan dengan alquran. Tapi sempat lagi dia tukar pendirian bukan tolak hadis...tapi tak endah...haha...spin lagi...kau pulak mcm mane pubin...jelaskan dulu pendirian ko atau outcome ko pasal hujah2 ko berkenaan hadiths....tak percaya 100& ...katakan saja....
 
Sekali lagi ini untuk pubin...aku nak kau jelaskan !!!

jawapan dah jelas kat belakang tu..
semak-semak sendiri..
yang pastinya, ikut apa yang jelas dalam al-Quran
dan perluaskan Islam, jangan sempitkan...
kembali kepada al-Quran dan cukuplah sekadar label "Muslim" dan "Islam"
bawa kesedaran ini...

"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar..." (Al-Maidah:101)

itu nko cakap ler...
tapi kalau dalam ASWJ
cerita hadis dah jadi sumber nombor dua..
siap kalau Allah cakap riba tak boleh, cerita hadis cakap boleh..

dan kalau setakat cakap nko baca2 macam tu. .
aku pun sama, refer pada hadis just untuk dapatkan "idea" mengenai "keseimbangan dan keadilan"..
yang mana boleh pakai ler...dan
bukan setakat cerita hadis, apa2 buku pun aku refer utk compare maksud "keseimbangan dan keadilan"
"keseimbangan dan keadilan" yg sesuai dgn zaman semasa
takda aku limit diri aku untuk mencari ilmu...
tetapi just untuk perbandingan sendiri saja...dan

Allah sekadar melarang kitab selain kitab Allah dijadikan neraca keadilan..
sepertimana cerita hadis dipergunakan pada hari ini (surah luqman:6)
sehingga mengubah maksud sebenar ayat-ayat Allah
Allah kata riba tak boleh, cerita hadis kata boleh

tetapi tidak mungkin Allah melarang "tindakan yang adil"
walau daripada mana sumber sekali pun
sebab agama Islam adalah agama "keadilan"
sepertimana terbukti dalam semua ciptaan makhlukNya...
semuanya seimbang dan adil... takda cacat celanya

Betul ni bro.

Jgn jadikan kitab / cerita lain sebagai penentu/neraca/Furqan.
Jadikan Quran sebagai penentu/neraca/Furqaan.

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Ai... kami tidak membezakan antara diri kami, kerana rukun iman kami sama - kami percaya kpd Allah, kpd Rasul/Nabi, kpd kitab kitab Allah, kpd malaikat, dan hari kiamat.

Yg aku tgk geng2 GAFAQ yg ada mazhab macam2.... ape tu.. syafie, hambali, dll... bergolongan sampai .. dan yg syiah golongan 3... elok.. pecah2kan umat Islam.. tahniah perawi2 sekalian.


:D

kalau Rasulullah saw hidup zaman niee.. .
dia pun akan 100% suruh follow al-Quran..
perintah sikit pun jangan ada elemen menduakan Allah, agama yg suci
abis ler geng GAFAQ gelar dia anti hadis dan yahudi.. hehehe..

Itu lah yg puak2 GAFAQ ni tak sedar.

KALAU RASULULLAH MASIH ADA SKRG NI,
AGAK2 DIA SURUH IKUT PERAWI2 KE ATAU DIA SURUH
IKUT KITAB AL QURANUL KARIM?

Cer jawap sikit soalan ni. Korang berdebat berapi2
mempertahankan cerita2 perawi. Alangkah baiknya
korang berapi2 mempertahankan kalamullah?

FIKIR!

Betul lah tu. Tak terang lagi penerangan saya tu?

Kamu rasa pubin dll TOLAK hadith sbb dia TAK ENDAHKAN hadith. tu jer...
Saya pun TAK ENDAHKAN hadith... tapi TAK ENDAHKAN tak sama dgn TOLAK.

Contoh saja ni, jgn sensitif ye:
Macam saya ada sekor kucing kat area taman saya ni.. dia suka sgt berak kat
laman saya. Tapi saya TAK ENDAHKAN dia. Bila dia berak, saya buangkan saja tahi dia.
Tapi takde pulak saya nak TOLAK dia masuk longkang, atau sbgnya.

Boleh faham penerangan ini?

ni iklan murahan.. hehe
nko ingat semua orang yang tak mau pakai hadis ikut dia ni ker? hehehe..
kalau beriman dgn Pembawa Cerita pun dah tak nak
apatah lagi nak ikut fahaman pelik2..
semua orang yang nko suka2 label sebagai sebagai anti hadis dan kaitkan sesuka hati (fitnah)
takder matlamat lain, tetapi..
semata-mata nak ikut al-Quran, perintah Allah dan ucapan Rasulullah saw yg tulen
semuanya tidak mahu langsung mencampurkan apa-apa elemen syirik.. agama yg suci

dan apa yang nko buat, akan menggelapkan terus hati nko daripada kembali ke jalan Allah
sampai nafas terakhir nko..
nko dah ler tinggal separuh umur
perintah Allah untuk beriman dengan Pembawa Cerita pun takda lagi
bahaya.. kalau disesatkan oleh Allah
gelap masa depan..
tak percaya? pergi baca al-Quran... hehehe
dan lagi kalau tersama pendapat, nasiblah..
yang pentingnya.. apakah Allah perintah di dalam al-Quran.. :))

fabrication.jpg

Kenapa wujudnya ayat-ayat “Mutasyaabihaat”?

Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan malaikat, dan
Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan
yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan
orang-orang kafir itu
supaya orang-orang yang diberi Kitab boleh percaya dengan yakin, dan
supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya; dan
juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu; dan
supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata:
Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?

Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan
memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya
; dan
tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.
Dan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia
(Al-Muddaththir:31)


Wahai orang-orang yang beriman!
JANGANLAH kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan
jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran
tentulah akan diterangkan kepada kamu.
Allah maafkan dari perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran)
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar
(Al-Maidah:101)

pendapat peribadi:
apabila seseorang itu gemar bertanya perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran
itu adalah satu "petanda" dia bukan orang beriman
ini kerana orang beriman berpegang kepada "JANGANLAH" (larangan), dan
tidak menanyakan perkara yang tidak dinyatakan di dalam al-Quran

Wahai orang-orang yang beriman
apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang
maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan
kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan
sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan
basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan
jika kamu junub maka bersucilah dengan mandi wajib; dan
jika kamu sakit atau dalam pelayaran, atau
salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau
kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih
iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan
tetapi Ia berkehendak membersihkan kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu
supaya kamu bersyukur

(Al-Maidah:6)

SEBALIKNYA...

Wahai orang-orang yang beriman!
JANGANLAH kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai)
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu
Telahpun nyata kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan
apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi
Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu memahaminya
(Al-i-’Imran:118)

rujuk pendapat peribadi di atas:
"orang-orang yang bukan dari kalangan kamu" di atas ialah "orang-orang yang tidak beriman", dan
termasuklah orang yang "bertanyakan perkara yang tidak dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran"
ciri-ciri orang tidak beriman = "Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu"


bagi yang mudah, pilih yang susah
dah ada yang susah..
last sapa-sapa pun tak boleh nak ikut dan asyik jadi hipokrit.. :D

Perpecahan umat Islam kerana pelbagai tafsiran hadis

Berbeza dengan al-Quran, tafsiran tanpa menggunakan hadis akan mengakibatkan perintah Allah menjadi jelas dan seluruh umat berhimpun serta berpegang kepada satu tafsiran. Selainnya umat Islam juga akan bersifat lebih terbuka kerana Allah memberikan kebebasan agama.

fabrication.jpg


Namun itu dan melalui hadis, terdapat pelbagai tafsiran sehingga umat berpecah belah. Bukan setakat itu, malahan fatwa di Malaysia sendiri berbeza daripada negeri dengan negeri lain. Jika pada zaman Rasulullah saw agama Islam itu luas dan boleh diterima oleh bangsa daripada pelbagai latarbelakang serta nilai kemasyarakatan, sebaliknya pada hari ini, agama Islam itu menjadi tersangat sempit.

Jika dahulunya agama Islam mudah berkembang, pada hari ini malahan mereka yang berbangsa cina dan india tidak tertarik lansung untuk memeluk agama Islam walaupun telah ratusan tahun bermasyarakat dengan orang Islam. Agama Islam itu telah disempitkan, dan pada hari ini, agama Islam menjadi teramat sempit sehingga orang Islam sendiri tidak lagi dapat berpayung di bawah agama Islam.

Umat Islam dilarang sama sekali menggunakan akal dan akan dilabelkan sebagai kafir apabila mempersoalkan hadis. Ini kemudiannya cuba dikuatkuasakan oleh undang-undang. Akhirnya Islam berpecah-pecah menjadi puak dan madzhab mengikut tafsiran hadis masing-masing, yang mana tujuannya ialah untuk menyempitkan agama melalui peraturan-peraturan yang sangat ketat. Akhirnya umat Islam akan berperang sesama sendiri dan tidak dapat mempertahankan serangan orang kafir. Golongan-golongan yang kecil ini akan tewas dengan serangan orang kafir dan menjadi hamba kepada orang kafir.

Jika Islam bercirikan sebegini, maka semenjak dahulu lagi ianya tidak dapat dikembangkan kerana mengandungi peraturan-peraturan yang teramat ketat. Berbeza dengan cerita dongeng, Allah Taala memberikan kebebasan di dalam al-Quran dan agama Islam itu menjadi tersangat mudah dan luas. Pelbagai bangsa tanpa mengira latarbelakang masyarakat dapat menganuti agama Islam. Ini kerana mereka dapat melihat nilai-nilai kehidupan yang sama dan lebih baik terkandung di dalam agama Islam. Allah Taala malahan memaafkan mana-mana perbuatan salah yang tidak terkandung di dalam al-Quran supaya agama itu menjadi luas dan boleh dikongsi oleh pelbagai bangsa yang berlainan pemikiran dan cara hidup.

"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar..." (Al-Maidah:101)

DSC01732%2Bcopy.jpg


Perintah Allah mengenai kebebasan beragama dan pendapat di dalam Al-Quran

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (2.256)

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka. Akan tetapi sesiapa yang berpaling serta ia kufur ingkar, - Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka, Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka. (88.21-26)

Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman? Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami. (10.99-100)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk, maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau bukanlah menjadi wakil yang menguasai mereka. (39.41)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya”. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (18.29)

fikir-fikirkanlah....
ini adalah hasil daripada tafsiran hadis yang berbeza-beza..
bukan hasil daripada al-Quran
tetapi daripada sumber cerita-cerita hadis...

quranhadis.jpg
 
Last edited:
ok last sblm aku masuk tido...

x kisah ler Islam sekular, islam duakular, tigakular kerr..

nko anggap ler aku atheist yg dtg jumpa dgn nko dgn niat nak memeluk Islam...

aku kater " Wahai Syiekh! klu nko blh buktikan bhw Al-Quran yg ader skrg nih sama dgn Al-Quran zmn Nabi Muhammad, aku masuk Islam"...

aper jwpan nko??? subuh nnt bg jwpan straight forward...

guru nko siapa? Sam Harris? Richard Dawkins? Karl Marx? :eek:
 
Peritah Allah untuk beriman dengan Pembawa Cerita? Ada?

MCM NI KER AYAT JAWAPAN??.. TAK GI SEKOLAH BDAK NI KOT..:eek::eek:


HANYA NKO N THE GENG MENDAKWA KAMI BERIMAN DGN PEMBAWA CERITA.. CUBA BUKTIKAN SECARA ILMIAH/FAKTA YG KAMI BERIMAN DGN PEMBAWA BERITA..
KELIRU SAKAN BDAK GAH NIH.. ASAL LAFAZ MELAYU PERCAYA JER DIA HANTAM BERIMAN.. APABILA KITA MEMPERCAYAI KATA2 SESEORANG ITU BENAR ADAKAH IANYA MEMBAWA MAKSUD BERIMAN PADA ORG TU??..
MCM MN FAHAMAN NKO TERHADAP IMAN NIH?.. APA MAKSUD IMAN?.. MAKIN MELALUT TAK TENTU ARAH DAH..





... Jangan tak tahu ...


GAH = Golongan Anti Hadis = Gelap Akal & Hati ...
:)paid
 
cuba fikir dan guna kembali akal dengan sewajarnya..

* dikemaskini dari masa ke semasa

Indeed, the worst of living creatures in the sight of Allah
are the deaf and dumb who do not use reason
(Al-Anfal:22)​

PENGENALAN

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan
Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan
Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu

(Al-Maidah:3)
b
Sejauh manakah kebenaran ayat ini kepada diri anda? Adakah agama Islam itu disempurnakan semasa Rasulullah saw atau disempurnakan oleh pembawa cerita dan imam-imam hadis Persia melalui "tugas-tugas memilih cerita" lebih kurang 250 tahun selepas kewafatan Rasulullah saw?

collection.JPG

"...Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya...” [...] (al-Kahfi:29)

DI ANTARA KESAN NEGATIF PENGGUNAAN HADIS

alhaqqa.png

Setelah kemunculan cerita hadis pada zaman Bukhari dan imam-imam hadis semasa Pemerintahan Abbasid, umat Islam telah mula jatuh secara berterusan sehinggalah ke hari ini. Jika diteliti kembali maka kita akan menyedari bagaimana cerita-cerita ini digunakan untuk mengubah maksud sebenar ayat-ayat Allah supaya pemimpin dari kalangan orang munafik dan kafir berupaya menjadi pemimpin kepada umat Islam (iman on paper). Cerita itu sendiri bersifat seperti "pembolehubah" atau "virus" kepada al-Quran. Ini kerana manipulasi ke atas sistem Islam secara kasarnya hanya membukakan kepada dua pintu, iaitu samada melalui pintu "al-Quran"; ATAU melalui pintu Rasulullah saw (iaitu melalui cerita hadis), dan mereka berjaya memecah benteng melalui "pintu berkaitan Rasulullah saw". Maka itu seluruh jentera pentadbiran dikerahkan agar penggunaan cerita-cerita hadis dijadikan sebagai kaedah tunggal dan utama.


Selainnya, hadis juga bertujuan memecahbelahkan umat Islam melalui perbezaan tafsiran dan kepada kelompok kecil serta supaya musuh Islam dapat menguasai mereka. Peranan hadis adalah seumpama virus atau pembolehubah yang bertujuan menjatuhkan dan melemahkan umat Islam melalui pemisahan hubungan antara manusia dan Allah. Pada hari ini sahaja, kita dapat menyaksikan bagaimana umat Islam terbelenggu dan digari tangan dan kakinya dengan sistem-sistem orang kafir seperti capitalism dan secularism.

"...Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat (awliya, pemimpin, ikutan), kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya (awliya), maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu (maksudnya terkeluar daripada Islam dan menjadi orang Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim..." (al-Maidah:51) (penerangan)


Bagaimanakah semua ini dicapai? Bagaimana umat Islam hari ini terjerumus menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin dan ikutan (pemakaian dan pengIslaman sistem mereka)? Ya.. melalui cerita-cerita hadis. Jika di dalam al-Quran Allah "mengharamkan riba," tetapi dengan menggunakan cerita hadis, kita dapat menyaksikan perbankan Islam dan kad kredit Islam serta bagaimana wang kertas (sura akujanji hutang - IOU) dihalalkan menjadi matawang. Maksud sebenar ayat Allah telah diubah oleh "cerita pembolehubah" dan akhirnya negara dan rakyat terjerumus dengan hutang dan perangkap riba. Berbeza dengan al-Quran dan kaedah memahami isi al-Quran yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran, hanya yang benar-benar beriman menjadi pemimpin dan umat Islam akan bersatu hati, menjadi teguh dan tidak goncang dengan ancaman musuh Islam.

Oleh itu pihak musuh menyedari penggunaan hadis mesti diperketatkan dan seluruh jentera kerajaan dan keagamaan diperkukuhkan untuk memastikan cerita-cerita hadis sentiasa digunakan. Undang-undang diwujudkan untuk melantik orang tidak beriman sebagai pemimpin Islam.

Power-Pyramid-Adam-Dodson.jpg

(Seperti termaktub dalam Perlembagaan, dan lihat kedudukan "pemimpin agama," dan betapa pentingnya mereka untuk membentuk kehidupan yang anda kenali hari ini)

Cuba tanya diri anda sendiri, tidakkah anda merasa pelik melihat bagaimana orang kafir menyokong sistem ini termasuk perbankan Islam melalui penggunaan hadis, tetapi amat takut dengan amalan yang memfokuskan kepada penyucian diri dan membawa kesedaran (walaupun sekadar kesedaran melalui lirik Bob Marley)? Ya, mereka amat takut kerana cerita hadis memastikan umat Islam terus menerus menjadi keldai menanggung kitab, tetapi al-Quran memastikan umat Islam menjadi kuasa besar negara. Maka itu dengan bukti kukuh ribuan tahun kejatuhan umat Islam secara berterusan, maka sudah tibalah masanya kita bangun dari tidur dan kembali berpegang teguh kepada al-Quran untuk menjadi umat Islam yang kuat, bersatu dan teguh! Jika Rasulullah saw masih hidup pada hari ini, saya yakin 100% baginda akan mengajak semua berpegang teguh kepada al-Quran. Kenapa pula anda tidak?

quranhadis.jpg

(bersambung)
 
Last edited:
Pubin

aku baca hujah2 nko dkt 1st page, tapi tak nampak kesimpulannya..? kesimpulannya apa?...ko nak aku menolak hadith total 100% ka mcm mana?..bak kate fathul bari natijahnya apa?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register