BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua 28Juta rakyat malaysia akan dikenakan cukai berbading Sejuta pada masa sekarang

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
Malaysia Perlu Fikir Perkenalkan GST, Kata Idris

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu memikirkan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia penting bagi melebarkan asas cukai kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Katanya rakyat Malaysia perlu menerima bahawa "kita perlu melaksanakannya kerana waktu itu kerajaan akan mempunyai wang yang mencukupi untuk kegunaan semua pihak, terutama sekali golongan miskin."

"Bagi melebarkan asas cukai, kita perlu mengenepikan cukai jualan dan perkhidmatan dan menggantikannya dengan GST. Kini, hanya sejuta daripada 28 juta rakyat Malaysia membayar cukai."

"Apabila dilaksanakan GST kelak, kesemua 28 juta rakyat Malaysia akan membayar sedikit cukai yang akan membolehkan dikurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan dan begitulah caranya kita akan mendapat wang yang mencukupi untuk membantu rakyat miskin," katanya semasa menjawab soalan hadirin semasa sesi "GTP+ETP=A Better Quality Life" di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2011 di sini.

Sebab itulah 143 negara telah melaksanakan GST, kata Idris.

Ketika ditanya mengenai kadar inflasi, Idris berkata: Menurut Bank Negara Malaysia, asalkan kadar itu tidak melepasi 5.0 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, ekonomi kita masih elok."

Katanya pemotongan subsidi telah dilaksanakan bagi memastikan ia memberi kesan paling minimum berikutan kenaikan harga komoditi global.
 
agak2 lah nak bantu rakyat miskin, kata je lah nak bantu menteri MISKIN... wait menteri pon rakyat gak kan? :eek:
 
sembang je nak bantu golongan miskin..duit zakat bilion2 siap umum lagi kutipan..dgn bank rakyat dgn bank islamic lagi byr zakat duit tu kemana??? kenapa ramai gak org miskin makan siput bulbie dlm tv3 bersamamu tu? kenapa rancangan tu dah xde dah? ustaz2 yg jaga zakat aku nak pesan korg jwb lah esok dgn Allah kerana korang dipertanggungjawabkan utk bantu golongan miskin.tapi korg buat kemut.mcm tu jugak pemimpin jgn nak tipu lah bantu golongan miskin..kalau baru nak sembang pasal bantu org miskin apa sebelum ni duit x pernah ada ke? komisen berbilion2 tu dah lebih dari cukup utk bantu rakyat yg miskin.GST hanya berjaya kumpul 2 billion setahun..yg hilang sbb rasuah berpuluh2 billion x sedar pulak..lagi nak susahkan rakyat nak kumpol duit 2 billion setahun tu? deris jala ni pun satu hal..sejak jadi org bn ni makin hebat membodek.
 
nak tolong rakyat miskin atau nak penohkan poket golongan tertentu??? :-? :-? :-?
 
korek jgn x korek..pru13 nanti tau la ko langit tinggi rendah..
 
Malaysia Perlu Fikir Perkenalkan GST, Kata Idris

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu memikirkan untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia penting bagi melebarkan asas cukai kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Katanya rakyat Malaysia perlu menerima bahawa "kita perlu melaksanakannya kerana waktu itu kerajaan akan mempunyai wang yang mencukupi untuk kegunaan semua pihak, terutama sekali golongan miskin."

"Bagi melebarkan asas cukai, kita perlu mengenepikan cukai jualan dan perkhidmatan dan menggantikannya dengan GST. Kini, hanya sejuta daripada 28 juta rakyat Malaysia membayar cukai."

"Apabila dilaksanakan GST kelak, kesemua 28 juta rakyat Malaysia akan membayar sedikit cukai yang akan membolehkan dikurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan dan begitulah caranya kita akan mendapat wang yang mencukupi untuk membantu rakyat miskin," katanya semasa menjawab soalan hadirin semasa sesi "GTP+ETP=A Better Quality Life" di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2011 di sini.

Sebab itulah 143 negara telah melaksanakan GST, kata Idris.

Ketika ditanya mengenai kadar inflasi, Idris berkata: Menurut Bank Negara Malaysia, asalkan kadar itu tidak melepasi 5.0 peratus dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, ekonomi kita masih elok."

Katanya pemotongan subsidi telah dilaksanakan bagi memastikan ia memberi kesan paling minimum berikutan kenaikan harga komoditi global.


:(scam:(scam:(scam
 
M
"Apabila dilaksanakan GST kelak, kesemua 28 juta rakyat Malaysia akan membayar sedikit cukai[/B] yang akan membolehkan dikurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan dan begitulah caranya kita akan mendapat wang yang mencukupi untuk membantu rakyat miskin,:(scam:(scam:(scam:(scam
 
oleh itu jadilah golongan miskin..kita ramai2 pakat bina rumah buruk..:))

barulah gomen bantu...
 
Back
Top
Log in Register