BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Run Windows10 daripada USB Thumbdrive

KasimXp

Super Active Member
Messages
5,992
Joined
Aug 8, 2008
Messages
5,992
Reaction score
26
Points
70

Lanjutan daripada tutorial RatusanRM mengenai Windows 7 atas thumbdrive, kini saya luaskan perbincangan ke Windows 10.

Prakeperluan:-

1. Windows 10 iso
2. WintoUSB boleh dapatkan disini . Free version pun dah memadai. Install perisian ini pada pc/notebook
3. Thumbdrive yang lebih besar drpd 16Gb dan laju. Saya menggunakan msata ssd 256gb yg dipasang kedalam adapter msata to Usb 3.0.
Jadi seolah-olah saya menggunakan ssd harddrive.
a) msata ssd boleh dapatkan disini.
b) adapter boleh dapatkan disini. Thumbdrive biasa pun boleh juga..

Kaedah.
1. Cucuk thumbdrive ke port USB 3.0
2. Lancarkan perisian WintoUSB
3. Pilih Windows 10 iso
4. Pilih thumbdrive
5. Pilih system partition dan boot partition.
6. Seterusnya tekan next. Tunggu sehingga selesai.
7. shutdown pc/notebook.
8. Set bioskn untuk boot usb. Save dan restart.
9. Siap.


Nota kaki
1. Berjaya memasang Microsoft Office. Pantass
2. Bila boot kali pertama, gunakan pc/notebook yang Windows 10 nya sudah diaktifkan.
3. Tutorial ini saya taip menggunakan Windows 10 yang diboot daripada USB ;)


ssd.png


IKLAN
1. Microsoft Surface Pro i5 4GB RAM 128GB SSD <<disini>>
 
Last edited:
Adapter msata yang saya gunakan adalah seperti dibawah:-

mini-pcie-mSATA-SSD-to-USB-3-0-Converter-Adapter-Enclosure-Case-mobile-hard-disk-box.jpg


mini-pcie-mSATA-SSD-to-USB-3-0-Converter-Adapter-Enclosure-Case-mobile-hard-disk-box.jpg
 
Last edited:
Bagus ni.. Nk try la nanti.. Cari barang dulu..
 
bole niaga ni pendrive siap win10. try letak harga
 
apa testimoni guna win 10
 
bole niaga ni pendrive siap win10. try letak harga

saya kongsi ilmu sahaja... pastikan windows 10 itu ada lesen ya:D.. sekurang2nya yg upgrade dari windows 7 pun dah memadai
 
TT guna usb 2.0 ke 3.0 ?
kalu cucuk ke usb2.0 laju jugak ke?
 
TT guna usb 2.0 ke 3.0 ?
kalu cucuk ke usb2.0 laju jugak ke?

Usb3.0..

kalau usb 2.0 laju juga tapi half rate la..

cthnya.. ssd tu rw rate dia 550/550 mbps.. atas USB 3.0 dia akan pi laju tu la..

tapi atas usb 2.0 dia akan kurang separuh.. tapi masih lg laju..:D
 
colok kat netbook ....jalan tak ek?
bkn pa....win netbook..dah ketinggalan zaman dah ni
camna nak upgrade..tak tau..huhu


asalkan netbook tu buleh support boot from usb.. ok je
 
Back
Top
Log in Register