Kemaskini macOS Catalina 10.15.6 Selesaikan Masalah Aksesori USB

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Antara masalah menjengkelkan pengguna MacBook Pro 2020 dan MacBook Air 2020 ialah aksesori USB 2.0 yang tidak berfungsi dengan baik. Antara masalah yang dilaporkan ialah sambungan aksesori USB 2.0 yang terputus-putus atau langsung tidak dapat dikesan. Kemas kini macOS Catalina 10.15.6 yang diberikan nampaknya telah berjaya menyelesaikan masalah ini.

Masalah di atas berlaku secara sambungan terus ataupun menerusi hab. Ia benar-benar menjengkelkan kerana kesemua MacBook tahun 2020 hanya dilengkapi port USB-C yang memerlukan hab untuk melakukan sambungan papan kekunci. pemancar bluetooth dan tetikus misalnya. Aneh sekali masalah ini tidak berlaku jika pengguna memasang aksesori yang menyokong USB 3.0 dan USB 3.1. Kemas kini macOS Catalina 10.15.6 boleh dilakukan secara OTA sekarang.

Apple-MAcbook-Air-2019-G.jpg


Sumber asal https://www.macrumors.com/2020/07/16/macos-10-15-6-usb-2-bug-fix/
 
Top
Log in Register