BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Terkini!!! Link pengiraan dan pekeliling ssm baru jpa

SBPA Batal, SSM Ditambahbaikan, setuju?


  • Total voters
    0
ari ni ari khamis... semalam ari rabu... so kena kencing lagi.. tunggu rabu depan je plak.. :)) :)) :))
 
huhuhuuu...bilo laaa agok2 nyooo kito akan dpt gaji baruuu???? tgh penign nok wat loan niii...takut x dpt jahhh...loan wat doh...huhuhuhuuu
 
huhuhuuu...bilo laaa agok2 nyooo kito akan dpt gaji baruuu???? tgh penign nok wat loan niii...takut x dpt jahhh...loan wat doh...huhuhuhuuu

buat loan ari rabu bro mesti lulus:)paid
 
CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700-RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54

2012/02/22
PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga
RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk

Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700,

Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000),

Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500),

Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan

Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).


"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah
RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800
," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.
"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.
Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA
 
aku dpt info 2/3 peruntukan gaji SBPA sekarang dinikmati oleh JUSA & hanya 1/3 dinikmati oleh lain2 gred....psl tu cuepacs nk selaraskan gaji...dia bg 2 pilihan naik gaji gred lain @ potong gaji gred JUSA....
 
Back
Top
Log in Register