BTC USD 86,219.6 Gold USD 4,166.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Umrah Persendirian (DIY) salah di sisi undang-undang Arab Saudi

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
umrah.jpg.transformed.jpg


PUTRAJAYA: Pelaksanaan umrah persendirian atau lebih dikenali dengan umrah DIY (Do-IT-Yourself) adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Kerajaan Arab Saudi. Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata mana-mana individu yang melakukan umrah DIY boleh ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

"Kerajaan Arab Saudi mewajibkan jemaah yang berada di Tanah Suci berdaftar dan diurus oleh syarikat pengendali umrah yang sah atau lebih dikenali sebagai muassasah. "Ada pihak yang berkongsi pengalaman kejayaan mereka mengerjakan umrah secara DIY terutama melalui media sosial," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kawal Selia Umrah Bil 3/2017, di sini, hari ini.

Mas Ermieyati berkata, umrah DIY membabitkan kos yang rendah tanpa mengambil pakej umrah syarikat pengendali umrah. "Bagaimanapun, kementerian mengingatkan pelancong yang dikategorikan sebagai Pengembara Bebas (FIT) tidak terpakai bagi tujuan umrah," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/283809
 
Last edited:
pulak dah..baru bercita-cita nak buat umrah DIY ni..
 
Jauh beza umrah DIY ni. Backpacker style
 
klu x bg backpakers buat pe arab saudia luluskn visa depa??
 
Memang murah umrah DIY ni. Kalau plan awal2 dapatkan tiket flight masa offer RM2900 pun dah cukup. Siapa nak jimat kos bolehlah buat DIY ni.
 
alahai... tak boleh ke??
dah rancang dah..
 
klu x bg backpakers buat pe arab saudia luluskn visa depa??

Travel agent terlibat sekali dalam benda ni.

Undang- undang arab saudi wajibkan visa kena ambik dengan travel agent.

Sepatutnya travel agent tu uruskan visa dan uruskan sekali umrah tu.

Tp ada travel agent yg buat visa je, tapi urusan umrah buat sendiri (backpacking/DIY). Bab ni tipu kerajaan arab saudi ler.
 
Travel agent terlibat sekali dalam benda ni.

Undang- undang arab saudi wajibkan visa kena ambik dengan travel agent.

Sepatutnya travel agent tu uruskan visa dan uruskan sekali umrah tu.

Tp ada travel agent yg buat visa je, tapi urusan umrah buat sendiri (backpacking/DIY). Bab ni tipu kerajaan arab saudi ler.

ooo.. ni kes TA la yg x jujur.. :-?
 
TUDbuku.jpg

Sinopsis:

Rindu bertamu.. Nekad untuk merungkai rindu berada di Baitullah dan Bumi Haramain, kurang setahun selepas umrah ziarah kali pertama, dengan izin Allah penulis berada di sini lagi. Tabarakallah.
Kali ini pergi menunaikan umrah secara DIY tanpa menggunakan agensi pelancongan. Berserah dan bertawakkal hanya padaNya.
Ikuti pengalaman penulis selama 14 hari dan tip-tip menunaikan umrah secara perancangan sendiri; dari tempahan tiket penerbangan, hotel, visa dan pengangkutan.

Dengan kos RM2000++ …

murahnye kos.. klu dgn TA 2x ganda kot.. :o
 
Back
Top
Log in Register