MAIDIN
Super Active Member
- Messages
- 8,164
Paid Membership
- Joined
- Feb 21, 2008
- Messages
- 8,164
- Reaction score
- 447
- Points
- 81
Assalamualaikum
setelah beberapa bulan kita berbincang konsep trading overlay di thread sebelum ini dan thread tersebut ada bercampur dgn beberapa version dan cara trade overlay yg berbeza , maka saya mengambil keputusan untuk pisahkan teknik ini supaya pembaca dan trader dapat lebih memahami dan focus untuk traditional overlay di thread ini dan supaya tak bercampur aduk dan menyebabkan kekeliruan di kalangan trader dan berulang ulang persoalan yg sama .
maka marilah kita buka bersama thread traditional overlay ini dgn bacaan " Bismillahirrahmanirrahim "
==============================================
Traditional Overlay
Kaedah trading :
masuk 2 pasangan sekaligus
pasangan satu : BUY GU SELL EU
pasangan kedua : SELL GU BUY EU
misalnya pasangan pertama dah - 100 pips , maka kita buka second layer dgn posisi dan lot yg sama , dan jika second
pun cecah -100 pips , kita bukak third layer pulak , begitulah seterusnya . ( maksud pasangan cecah -100 pips ialah begini,
jika GU dapat +150 pips dan EU -250 pips , maka net dia pasangan mendapat -100 pips ) .
sedangkan untuk pasangan kedua , jika pasangan pertama minus -100 , secara tidak langsung pasangan kedua ini pasti dalam keadaan
floating profit kan . maybe +93 pips atau +90 pips kan . ada 2 pilihan yg kita boleh buat disini :
1. close je profit tu , ambik takat tu je atau
2. biarkan je floating tu nak bertambah naik atau turun
( saya kekadang close dan kekadang biarkan je , ikut mood )
kalau tindakan saya ialah close dan ambik profit tu , maka tindakan saya seterusnya ialah ada 2 pilihan :
1. terus buka pasangan baru berdasarkan yg close tadi atau
2. tunggu dulu tengok pasangan yg lawan arah tadi turun sikit floting minusnya .
( ikut selera masing masing , takde kewajiban untuk ikut cara tertentu )
jadi dgn cara ini , kita akan terus menerus kutip profit di layer layer overlay tersebut .
persoalan yg selalu ditanyakan juga adalah " bila nak settle kalau asyik bukak layer je dan dua arah pasangan " !!
jawapan saya ialah :
sekiranya anda dah boring kutip profit dan nak bersihkan semua float yg ada dan taknak ada float lagi , ana perlu berbuat begini :
tunggu sampai salah satu pasangan dah profit secukupnya atau cukup makan atau kaw kaw , close pasangan tersebut dan jgn
buka new position lagi pada pasangan tu . sedangkan pasangan yg satu lagi , ikuti je sampai clear hingga ke layer pertama.
kondisi semasa :
Pasangan satu = dah 4 layer
Pasangan kedua = 1 layer
Pasangan kedua dah dapat +58 pips , close je pasangan kedua tu dan jgn buka lagi , jadi tinggal 4 layer di pasangan pertama
kan . so tunggu je 4 layer tu makin berkurang dan berkurang sehinggalah layer pertama dia pun profit . atau biarkan layer
keempat tu jgn tutup sehingga keseluruhan basket 4 layer tu cecah target profit yg diimpikan dan close serentak keempat empat
layer sekaligus . begitulah kesahnya .
perkara yg paling penting di traditional overlay ini ialah :
1. JAGA Money Management dan jangan tamak
2. MM sesuaikan dgn modal anda
lebih baik konsisten 10-15% dan trade dalam keadaan tenang berbanding hati sentiasa dok ingat kat PC je , nak buat ape lain pun payah . Lot EU untuk tahun ni harus lebih besar berbanding lot GU .
( jika ada yg tertinggal nanti , saya akan tambah lagi insyallah )
http://www.4shared.com/file/mlu4zsrH/OverLayChart.html = indi chart overlay
http://www.mediafire.com/file/unpj6vcmh1zbaj6/Overlay = EA overlay
jika link tu rosak atau takleh nak download atau salah indi atau salah EA , bagitau saya ya .
Last edited:
