BTC USD 81,307.0 Gold USD 4,023.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS part 2 dr Maha

BerkatNiaga

Banned
Messages
1,491
Joined
Oct 20, 2008
Messages
1,491
Reaction score
13
Points
25
1. Saya ingin jelaskan sekali lagi kenapa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Inggeris.

2. Tidak seperti matapelajaran lain, sains dan matematik adalah ilmu yang berkembang dan bertambah sepanjang masa.

3. Tiap hari berpuluh kertas melapurkan hasil kaji selidik yang dibuat di seluruh dunia. Hampir semua kertas ini disediakan dalam bahasa Inggeris.

4. Kita boleh terjemah sains rendah kedalam bahasa kebangsaan. Tetapi ini tidak akan menolong kita memahami teori dan aplikasi advanced science dalam ciptaan dan pembuatan barangan yang canggih seperti alat telefon, senjata moden, roket dan stesyen satelit angkasa, pesawat terbang perang dan penumpang, kapal selam, laser, microcip dan ratusan lagi barangan kegunaan tertentu dan harian.

5. Untuk semua ini kita perlu sains yang canggih dan terkini hasil kajiselidik pakar ilmu sains seperti Albert Einstein dengan teori relativitinya, Enrico Fermi, Oppenheimer, Edward Teller, Werner Heisenberg dan lain-lain.

6. Saya boleh senarai seribu nama lagi dan berpuluh ribu hasil penerokaan, pengkajian mereka yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu namun ilmu ini peting untuk kemajuan kita.

7. Untuk memahami tulisan mereka dalam bahasa Inggeris kita memerlu kelulusan Phd dalam bahasa Inggeris dalam bidang-bidang khusus. Tidak ramai saintis yang belajar dalam bahasa Melayu yang boleh mengguna bahasa Melayu untuk tujuan ini. Setahu saya tidak ada banyak buku berkenaan tajuk-tajuk ini dalam bahasa Melayu.

8. Pengajaran sains perubatan menggunakan buku Inggeris walaupun syarahan dibuat dalam bahasa Melayu. Untuk post-graduate studies dalam pelbagai kepakaran perubatan bahasa Inggeris digunakan. Kalau ada pensyarah yang boleh bersyarah dalam bahasa Melayu dalam bidang-bidang pakar ini, mereka akan terdiri daripada yang belajar kepakaran ini dalam bahasa Inggeris.

9. Mungkin ada yang belajar sains di peringkat rendah dalam bahasa Melayu dan mampu mengikuti syarahan dalam bahasa Inggeris diperingkat ijazah pertama. Tetapi untuk kelulusan yang lebih tinggi penguasaan bahasa Inggeris di perlukan.

10. Sudah tentu untuk ambil bahagian dalam seminar dan konferens antarabangsa, untuk berhujah, bahasa Inggeris di perlukan.

11. I was not ignorant for 20 years. Even after I realised the usefulness of English I had to wait until people also realised it. Otherwise they will fight tooth and nail to prevent the change from taking place. Even now they are fighting.

12. Singapore has progressed like a rocket because they have no opposition parties. Without criticisms by the opposition they will not know if they were doing something right or wrong.

13. Now Singapore is in deep recession because of having made investments in America. So they may use English for their education but they can still go wrong. But we want to use English only for science and mathematics and these two subjects are based on truths and logic - not on how clever you are in making decisions or explaining things.

14. I think in English when I want to speak or write in English. I think in Malay when I want to talk, write or discuss in Malay.

15. I am a Malay not because of the language I use when thinking or dreaming. I am Malay because ethnically, lingually, culturally and religiously I am a Malay and I regard Malaysia as my homeland.

16. Saya tidak ingin bangsa saya ketinggalan hanya kerana nasionalisme kita terhad kepada kefasihan bercakap dalam bahasa sendiri. Nasionalisme saya meliputi kejayaan bangsa saya yang setaraf dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Jika untuk ini kita terpaksa menguasai bahasa Inggeris dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, sepertimana orang Arab belajar bahasa Greek untuk mendapat ilmu orang Greek, sepertimana orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab untuk mempelajari ilmu orang Arab pada kurun ke-15 Masihi, saya rela berbuat demikian.

17. Bagi saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak berbeza daripada menghantar penuntut kita ke Eropah atau negara-negara Arab untuk menuntut ilmu tertentu dalam bahasa-bahasa mereka. Mereka pergi sebagai orang Melayu dan mereka kembali dengan ilmu yang diperolehi juga sebagai orang Melayu. Mereka tidak menjejaskan ke-Melayuan bangsa. Sebaliknya mereka mempertinggikan maruah dan martabat bangsa.
 
Ini salin dari mana? Siapa pengarangnya?

Mana pautannya?

Kenapa buat 2 jalur?

Jalur Mahathir+PPSMI sebelum ini sudah banyak fakta aku beri sebagai hujah balas.

Kau malas baca?
 
Bukti PPSMI Gagal​

Kajian 1​

Kajian oleh PEMBINA​

Laporan Eksekutif Tahap Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid​

Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

Dengan Usahasama

Universiti Putra Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Universiti Sains Malaysia
Universiti Utara Malaysia
Universiti Teknologi Mara
Malaysia Universiti Teknologi Mara Sarawak
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2009

LAPORAN EKSEKUTIF

1. Tajuk

Tahap Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris (PPSMI) Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal insan.

2. Objektif Kajian


Bertujuan untuk menilai status pelaksanaan PPSMI oleh guru-guru dan implikasinya ke atas pengajaran dan pembelajaran, serta pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Secara khususnya objektif kajian bertujuan untuk:

(i) Mengukur tahap kompetensi guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

(ii) Menilai kesediaan dan penerimaan guru melaksanakan PPSMI serta tahap komunikasi mereka dalam Bahasa Inggeris.

(iii) Menilai kecekapan guru dalam menggunakan teknologi komputer (TK).

(iv) Menilai prestasi murid termasuk kebolehan dan keupayaan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik serta kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

(v) Menilai peratus sumbangan penguasaan dan kemahiran Bahasa Inggeris murid-murid melalui PPSMI.

(vi) Menyampaikan dapatan kajian sebagai maklum balas membantu pihak penggubal dasar membuat keputusan.

3. Maklumat Kajian

3.1. Kajian dijalankan di Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) di seluruh negara, meliputi bandar, pinggir bandar, luar bandar, pulau dan pedalaman termasuk SK Orang Asli.

3.2. Sampel Kajian terdiri dari sembilan puluh (90) buah Sekolah Rendah, iaitu 58 SK, 10 SK (FELDA), 5 SK (PULAU), 3 SK (ASLI), 2 SK Pendidikan Khas, 7 SRJKC dan 5 SRJKT.

3.3. Bagi Sekolah Menengah (SM), Sampel Kajian terdiri dari tujuh puluh (70) buah sekolah, yang meliputi Sekolah Menengah Kebangsaan (44 SMK), SMK FELDA (5), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (4 SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (4 SBP), Maktab Rendah Sains Mara (5 MRSM), Sekolah Menengah Teknik (4 SMT) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Conforming (4 SMKC).

3.4. Bagi Sekolah Rendah (SR), kajian dibuat terhadap murid-murid Tahun 5 (Kohort 2, 2004 PPSMI) bagi subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan menggunakan ujian standard.

3.5. Bagi Sekolah Menengah, kajian dibuat terhadap pelajar-pelajar Tingkatan 4, bagi subjek Sains dan Matematik (Aliran Sastera). Matematik Tambahan, Fizik 1, Fizik 2, dan Kimia 1 serta Kimia 2 bagi Aliran Sains dengan menggunakan ujian standard, termasuk Bahasa Inggeris.

3.6. Seramai 553 orang guru dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri, 186 SR dan 367 SM. Sementara bilangan pentadbir, iaitu Pengetua, atau Penolong Kanan Sekolah Menengah seramai 70 orang dan Sekolah Rendah 90 orang.

3.7. Jumlah bilangan murid sampel kajian, ialah 15.089 orang yang terdiri daripada kawasan Bandar 5404 orang (35.8 %), Luar Bandar 9388 orang (62.2 %), Sekolah Pedalaman 109 orang (0.7 %) dan Sekolah Pulau 188 orang (1.3 %).
 
Last edited:
sambungannya...

4. Dapatan Kajian

4.1. Kajian mendapati sejumlah 39.3 peratus guru (73″ orang) Sekolah Rendah dan 13.2 peratus guru (49 orang) Sekolah Menengah masih belum berpeluang menghadiri taklimat asas PPSMI. Keadaan ini telah berlanjutan, dan jika tidak diberi perhatian, akan menyebabkan prestasi pengajaran guru tidak berkualiti.

4.2. Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikal dan merupakan masalah utama untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru belum yakin sepenuhnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris, terutama sekolah di Luar Bandar. Kajian mendapati 39.3 peratus guru (74 orang) Sekolah Rendah dan 25.3 peratus guru (93 orang) Sekolah Menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Walaupun mereka gagal, mereka terus mengajar dan masih menerima elaun Bayaran Insentif Subjek Pendidikan. Kedudukan ini membimbangkan kerana ia memberi kesan terus kepada pedagogi serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

4.3. Kajian mendapati masih terdapat guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yang tidak berkelayakan atau tidak tergolong sama ada mempunyai opsyen pertama 1.6 %, (3 orang) atau opsyen kedua 4.8 % (9 orang) dalam bidang Sains atau Matematik yang mengajar mata pelajaran PPSMI. Di samping itu sejumlah 1.4 peratus (5 orang) guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah yang tidak berkelayakan dalam bidang Sains atau Matematik terus mengajar mata pelajaran PPSMI. Amalan ini sepatutnya tidak berlaku secara berterusan kerana mata pelajaran PPSMI mementingkan konsep dan istilah dengan huraian secara saintifik dan tepat serta bukan sekadar mengajar murid dengan menggunakan bahasa Inggeris.

4.4. Secara keseluruhannya prestasi pengajaran dan pembelajaran guru PPSMI dalam bilik darjah adalah pada tahap sederhana (skor min 5.44) atau 54.4 peratus. Justeru usaha untuk meningkatkan Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) memerlukan usaha yang berlipat ganda, iaitu lebih daripada 20 peratus untuk mencapai tahap baik atau melebihi 30 peratus pada tahap cemerlang dalam asiJek permulaan, penyampaian, penggunaan dan interaksi murid dan guru dalam Bahasa Inggeris dan penggunaan serta kemahiran menggunakan Teknologi Komputer. Bagi melipat gandakan usaha ini berkemungkinan mengambil masa lebih daripada 10 tahun bagi mencapai matlamat PPSMI.

4.5. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru PPSMI mempunyai kompetensi pada tahap sederhana (min = 5.79) dalam melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna jurang kompetensi agak besar (42.10%) untuk diperbaiki bagi menjadi guru yang cekap dan berkualiti.

Akibatnya pengajaran guru tidak bermaya, kaku, gagal menyampaikan isi pengajaran dengan tepat dan berkesan, menjemukan, lebih banyak membaca nota, buku teks atau menggunakan papan tulis. Gagal menghurai atau mengolah isi pengajaran dengan baik. penggunaan bahasa bercampur aduk:

(i) Dwi bahasa - Bahasa Melayu/ibunda melebihi Bahasa Inggeris.

(ii) Dwi bahasa – Bahasa Inggeris melebihi Bahasa Melayu/ibunda.

(iii) Tidak terdapat guru menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya .

4.6. Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan Teknologi Komputer adalah pada tahap sederhana (skor min = 6.04). Dalam erti kata lain guru-guru masih kurang menggunakan bahan Teknologi Komputer atau menggunakannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. penggunaan teknologi komputer dalam PPSMI ini dianggap oleh guru-guru Sains dan Matematik tidak banyak membantu murid dalam memahami isi kandungan pelajaran dan proses pengajaran pembelajaran mereka.

4.7. ‘Roh’ atau tulang belakang PPSMI adalah terletak pada bahu pentadbir sekolah. Mereka memainkan peranan penting yang dipikul dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru serta pencapaian akademik murid. Kajian mendapati pentadbir yang prihatin dengan Teknologi Komputer, mengaktifkan peranan panitia dalam PPSMI dan melaksanakan pemantauan ke atas pengajaran guru-guru memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi murid.

4.8. Daripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa murid-murid di kawasan bandar mengatasi rakan-rakan mereka di kawasan Luar Bandar dalam 10 mata pelajaran (kecuali mata pelajaran Fizik 1 dan Kimia 1) dengan perbezaan markah purata antara 3.30 hingga 19.73.

4.9. Status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid:

(i) Sekolah Rendah: Didapati sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.

(ii) Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.

(iii) Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya 2 mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.

Oleh itu dapatan melalui analisis regresi berganda yang ditunjukkan di atas, jelaslah bahawa sumbangan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hanya mampu menyumbang pad a tahap paling minimum, iaitu kurang daripada 4 peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara kese.luruhannya. Dari segi perkiraan “cost -benefit analysis” dalam konteks pelaburan pendidikan jangka masa panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan dan sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Dengan ini disarankan supaya diberhentikan dasar PPSMI. lanya juga harus diterokai pendekatan alternatif pengajaran Bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit dan praktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikkan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri.

4.10. Urutan pencapaian murid mengikut peringkat dan jenis sekolah adalah seperti berikut:

(i) Berdasarkan susunan pencapaian murid rendah daripada tinggi ke rendah bagi ketiga-tiga mata pelajaran menunjukkan pencapaian murid SK berada tempat ketiga, di mana SJK (C) sentiasa mendahului dan lain-lain jenis sekolah sentiasa ketinggalan. Turut terserlah, ialah pencapaian SK (FELDA) berada di tahap yang mendukacitakan.

(ii) Berdasarkan susunan pencapaian murid Sekolah Menengah Aliran Sastera daripada tinggi ke rendah bagi ketiga-tiga mata pelajaran menunjukkan pencapaian murid SMK Comforming adalah lebih baik daripada SMK dan SMK (FELDA).

(iii) Berdasarkan susunan pencapaian murid aliran Sains daripada tinggi ke rendah bagi enam mata pelajaran aliran menunjukkan pencapaian murid sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM dan SMK Comforming mengatasi Sekolah Menengah harian. Sehubungan ini murid SMK dan SMK (FELDA) ketinggalan di belakang dan tidak dapat menguasai PPSMI.

4.11. Secara perbandingan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains dan Matematik (9 kali ujian) yang diuji dalam Bahasa Inggeris dan diuji dalam dwi-bahasa peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah Aliran Sastera dan Sekolah Menengah Aliran Sains menunjukkan pencapaian murid yang menjawab soalan dengan menggunakan medium soalan dwi-bahasa lebih baik atau mengatasi pencapaian mereka yang menggunakan medium Bahasa Inggeris dengan kelebihan skor min antara 6.94 hingga 16.45. Justeru itu adalah jelas bahawa penggunaan dwi-bahasa atau Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta ujian lebih digemari murid dan mereka dapat membuktikan penguasaan yang lebih baik dalam Bahasa Melayu. Dengan ini ditegaskan bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik amat bertepatan untuk dikendalikan dalam Bahasa Melayu di peringkat SK dan menengah, dan bahasa ibunda di SRJKC dan SRJKT.

4.12. Pad a keseluruhannya bagi Sekolah Rendah, peratus pencapaian murid yang gagal adalah lebih tinggi (29.86 - 50.56 %) berbanding dengan bilangan mereka yang mencapai tahap cemerlang (10.12 - 31.00 %). Bagi murid Sekolah Menengah aliran sastera, trenda yang sama juga berlaku di mana prestasi murid yang gaga I adalah lebih tinggi (49.44 ¬85.08 %) berbanding dengan mereka yang cemerlang (1.11 % - 20.03 %). Begitu juga bagi murid Sekolah Menengah Aliran Sains, di mana peratus murid yang gagal (24.59 - 69.96 %) adalah lebih tinggi daripada mereka yang mendapat cemerlang (0.78 - 28.06 %).

 
Last edited:
sambungannya...

4.13. Kajian PEMBINA dengan jelas mendapati sesungguhnya pelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda (double jeopardy) kepada murid-murid, terutama kepada lebih kurang 75% murid-murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid¬murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah Rendah lagi.

Buktinya, analisis sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh negara, menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009).

Tanda atau pola yang sama juga diperolehi oleh kajian-kajian yang dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Oaerah dan pihak sekolah sendiri.

Kemerosotan ini berlaku disebabkan murid-murid tidak dapat memahami dan mengikuti pelajaran dan konsep yang diajar oleh guru disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka amat lemah. Murid tidak dapat berkomunikasi dan menggunakan Bahasa Inggeris semasa berinteraksi dengan guru dan sesama mereka.

5. Kesimpulan


Justeru, kesan berganda hasil daripada sistem PPSMI mengakibatkan bilangan murid yang berkualiti tinggi (pencapaian tinggi) adalah terhad atau dalam lain perkataan bilangan mereka yang berpencapaian rendah mendominasi dalam arus perdana pendidikan peringkat menengah. Ini akan memberi kesan kepada pendidikan peringkat tertiari, di mana bilangan murid yang memasuki peringkat ini akan menurun terutamanya bagi penuntut Melayu aliran Sains.

Apa yang jelas, dari dapatan kajian ini adalah PPSMI tidak berkesan sebagai alat memperkasa modal insan murid bertaraf dunia dan setaraf dengan dunia maju. Malah dapatan kajian menunjukkan prestasi murid PPSMI dalam kalangan responden menurun dari Tahun Satu ke Tahun Enam. Prestasi murid dalam ujian dwibahasa secara signifikan lebih baik daripada prestasi mereka dalam ujian yang sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Petanda ini membawa kepada situasi atau fenomena akan wujudnya generasi terpupus “lost generation” dalam kalangan pelajar Melayu di mana mereka ini dikhuatiri tidak akan layak untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertiari, selanjutnya memupuskan golongan bijak pandai Melayu masa depan yang bakal menerajui Wawasan 2020, khasnya di dalam bidang Sains dan Teknologi. Dari setahun ke setahun, akan berlipat ganda anak-anak Melayu menganggur atau akan hanya bekerja sebagai pekerja biasa, tanpa mempunyai kemahiran disebabkan mereka gagal mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam peperiksaan awam.

Guru-guru diperhatikan tidak berupaya maju ke hadapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malah, mereka nampaknya berundur ke belakang. Mereka kekok berbahasa Inggeris, kurang yakin dalam penyampaian dan pedagogi mereka kurang berkesan serta ham bar. Mereka gagal menghidupkan interaksi antara murid - guru dan antara murid - murid. Amnya, kompetensi guru-guru PPSMI belum mencapai tahap yang diharapkan. Malah tidak terdapat guru yang menggunakan Bahasa Ingerfs sepenuhnya dalam pengajaran.

Dalam konteks pelaburan pendidikan jangka masa panjang, kajian mendapati proses pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik hanya menyumbang paling minimum, iaitu kurang daripada empat peratus terhadap peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris murid. Sumbangan ini terlalu kecil dan tidak mampu membantu mengurangkan kemunduran prestasi murid serta mengurangkan jurang perbezaan antara skor ujian dalam Bahasa Inggeris dengan skor ujian dalam dwibahasa.

Pentadbir sekolah telah menunjukkan komitmen yang signifikan, namun usaha mereka tidak dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian mendapati, pengurusan PPSMI mereka hanya menyumbang dalam aspek menggalakkan guru menggunakan sepenuhnya Teknologi Komputer, menggerakkan peranan aktiviti panitia dan melakukan pemantauan terhadap guru PPSMI. Namun, usaha ini masih belum mencukupi untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan modal insan murid yang berkualiti.

5. Usul

5.1. PEMBINA mencadangkan supaya dasar PPSMI ini DITAMATKAN dan dikembalikan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Melayu mulai peringkat Sekolah Rendah hingga ke peringkat Universiti, iaitu mengikut dasar seperti mana sebelum PPSMI diperkenalkan pada tahun 2003.

5.2. PEMBINA amat yakin bahawa untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris melalui pengajaran dan pembelajaran Matematik adalah salah dan menimbukan kerugian berganda ‘double jeopardy’ kepada murid-murid terutama murid-murid yang berprestasi sederhana dan lemah dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Oleh itu diusulkan bagi memperkasakan Bahasa Inggeris murid-murid hendaklah melalui pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menggubal, meminda atau menambahbaikan kurikulum, kaedah pedagogi dan teknik pengajaran dan pembelajaran, penambahan waktu Bahasa Ingerfs, peningkatan tahap kecekapan guru dan sebagainya.

Usul ini dibuat adalah berdasarkan dapatan kajian dan justifikasi tahap kompetensi guru serta impaknya terhadap pembinaan modal insan murid, khususnya murid Melayu, bandar mahupun luar bandar, termasuk kawasan FELDA, Pulau, Pedalaman dan Sekolah ASLI. Adalah jelas bahawa pelaksanaan PPSMI GAGAL untuk membina modal insan murid yang berkualiti sebagaimana yang dihasratkan di peringkat awal pelaksanaan PPSMI.

Ketelusan, kejujuran, keikhlasan, integriti dan akauntabiliti semua pihak, khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia adalah diharap untuk menghentikan dasar PPSMI ini demi kesejahteraan dan pembangunan modal insan murid.

-Tamat-
 
Bukti PPSMI Gagal​

Kajian​
No.2​


Dapatan dari TIMSS 2007​
Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron​


Dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2007 tentang Prestasi Pelajar 8th Grade (Tingkatan 2) Malaysia dalam Ujian Matematik dan Sains
​

Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
24 Februari, 2009.
​

Apakah dapatan Kajian Antarabangsa TIMSS 2077 mengenai Pencapaian Matematik dan Sains Pelajar 8th Grade (Tingkatan 2) Malaysia?

Malaysia adalah antara 59 buah negara yang mengambil bahagian dalam kajian pencapaian Matematik dan Sains antarabangsa bagi pelajar berumur 14+ tahun Gred 8 (pelajar Tingkatan 2) yang dijalankan oleh Trends in International Mathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades, International Study Center (TIMSS 2007), Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, USA. (Malaysia tidak mengambil dalam bahagian murid Grade 4, atau Tahun 4). Sebelum 2007, Malaysia pernah juga mengambil bahagian dalam kajian yang sama bagi tahun 1999 dan 2003. (Kajian ini dilakukan empat tahun sekali).

Pada Disember 2008, dua laporan dapatan kajian TIMSS 2007 berhubungan dengan pencapaian Matematik dan Sains ini diterbitkan. (Laporan ini dapat dirujuk dalam internet TIMSS 2007).

Kandungan item dan taraf ujian Matematik dan Sains antarabangsa ini diselaraskan untuk 59 negara (dengan persetujuan negara itu sendiri) bagi membolehkan perbandingan dibuat tentang tahap dan trend pencapaian Matematik dan Sains pelajar Gred 8 (Tingkatan 2).

Dapatan Kajian TIMSS 2007 menunjukkan yang skor purata pencapaian pelajar Malaysia 2007 untuk Matematik dan Sains menurun secara signifikan berbanding dengan skor prestasi pelajar Malaysia dalam kajian TIMSS 1999 dan 2003.

Menurut Kajian itu:

Skor Matematik untuk tiga tahun pelajar Malaysia adalah sebagai berikut:

1999 = 519
2003 = 508 (turun 11 mata berbanding dengan skor 1999)
2007 = 474 (turun 34 mata berbanding dengan skor 2003)

Skor Sains untuk tiga tahun pula adalah seperti berikut:

1999 = 492
2003 = 510 (naik 18)
2007 = 471 (turun 40)

Dalam kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS ini, ada negara yang skor purata pencapaian sampel pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Tetapi penurunan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata untuk Matematik dan 40 mata untuk Sains adalah signifikan dan terbesar sekali dalam kalangan 59 negara itu.

Akibat daripada penurunan dalam prestasi pelajar Malaysia 2007 dalam Matematik dan Sains ini, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam International benchmarks ’Advanced Benchmark (625)’, ’Highbench mark (550) dan Intermediate Benchmark (475) juga menurun secara signifikan berbanding dengan TIMSS 2003, mengikut Laporan itu. Hanya 2% pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketegori ’Advanced Benchmark’, dalam TIMSS 2007 berbanding dengan 6% dalam 2003.

Dalam kategori ’Highbench mark (550) peratus merosot daripada 30% dalam 2003 ke 18% dalam TIMSS 2007; dan untuk Intermediate Benchmark (475) Malaysia menurun daripada 66% (2003) kepada 50% (2007). Kemerosotan peratus pencapaian Matematik ini adalah signifikan, mengikut Laporan itu; dan secara bandingan dengan negara lain, adalah yang terbesar. Daripada segi ranking pencapaian matematik, kedudukan Malaysia jatuh daripada tangga 10 dalam 2003 ke tangga 20 dalam 2007.

Trend kemerosotan yang sama juga berlaku dalam Sains. Peratus pelajar Malaysia yang mencapai TIMSS 2007 International benchmarks ’High benchmark (550)’ untuk Sains menurun dari 28% dalam 2003 kepada 18% bagi 2007. Bagi ’Intermediate International Benchmark (skor 475)’ pula peratus merosot daripada 71% (2003) kepada 50% bagi 2007. Penurunan ini adalah signifikan, mengikut Laporan itu; dan secara bandingan dengan negara lain, adalah yang terbesar.

Secara bandingan dengan negara-negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori Matematik itu juga merosot. Dalam kategori ’Advanced Benchmark’ Matematik TIMSS 2007, hanya 2% pelajar Malaysia termasuk dalam kategori ini, berbanding dengan misalnya Chinese Taipei (45%), Korea (40%), Singapura 40%, Hong Kong SAR 31%, Japan 26%, Hungary (10%), England (8%), Russian Federation (8%), US (6%), Australia (6%), Serbia 5%, Romania (4%), Thailand (3%).

Dalam kategori ‘High benchmark 550’ Matematik pula, hanya 18% pelajar Malaysia yang tergolong dalam kategori ini, berbanding dengan beberapa negara lain seperti Chinese Taipei 71%, Korea 71%, Singapura 70%, Hong Kong SAR 64%, Japan 61%, England 35%, Hungary 36%, Czech Republic 26%, Russian Federation 33%, US 31%, Australia 24%, Serbia 24%, Romania 20%.

Secara bandingan dengan negara-negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori pencapaian Sains juga merosot secara signifikan.

Ulasan sebab

Berikut adalah salah satu ulasan Laporan ini mengenai faktor yang boleh dihubungkait dengan pencapaian Matematik dan Sains (factors associated with higher achievement in Mathematics and Science). Antara lain Laporan itu menyatakan,

“At both fourth an eighth grades, on average across countries, a large majority of students reported always or almost always speaking the language of the test at home, and these students had higher average mathematics (and science) achievement than those who reported it less frequently.” TIMSS Mathematics/ Science Report 2007, p. 7)

Ertinya dalam kebanyakan negara, pelajar yang menyatakan yang mereka belajar mata pelajaran ini dalam bahasa ibunda (home language) adalah secara puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding dengan pelajar yang menyatakan mereka belajar matematik dan sains dalam dalam bahasa asing di peringkat rendah dan menengah (8th grade).

Dengan perkataan lain, terdapat ada hubungan rapat antara pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa asing dengan kelemahan dalam prestasi Matematik dan Sains.

Peranan penting bahasa ibunda dalam pembelajaran akademik, misalnya matematik dan sains, sudah banyak dikaji. Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran kognitif akademik berkembang terutamanya melalui bahasa ibunda pada peringkat pendidikan awal. Justeru apabila pelajar cuba memperoleh bahasa asing dan terus belajar matematik dan sains melalui bahasa asing tersebut sebagai bahasa pengantar, pelajar akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang lemah (Cummins & Saville-Troike 1991; Swain 1986).

Pendidikan dalam bahasa ibunda adalah amat kritikal untuk kanak-kanak mencapai tahap kematangan mental, iaitu kemahiran memahami dan membina konsep secara konstuktivis dalam matematik dan sains.

Penjelasan ini relevan dalam konteks dapatan dan ulasan TIMSS di atas, yang menunjukkan pencapaian Matematik dan Sains pelajar yang menggunakan bahasa ibunda untuk pengajaran-pembelajaran matematik dan sains secara purata adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang belajar dalam bahasa asing. Ini adalah kerana bahasa ibunda memudahkan pelajar memahami konsep sains dan matematik yang diajarkan di sekolah.

Semua negara dalam Kajian TIMSS ini yang pelajarnya menggunakan bahasa ibunda dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Korea, Jepun, Chinese Taipei, Singapura, England, US, Romania, dsb mencapai skor matematik dan sains yang tinggi.

Mungkin pada saat ini ada orang membangkitkan kes Singapura? Harus diingat bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa keluarga untuk kebanyakan pelajar Singapura. Semenjak 10 - 15 tahun kebelakangan ini, termasuk dalam komunikasi harian dalam masyarakat.

Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang begini, UNESCO mengeyorkan bahasa keluarga digunakan untuk pengajaran-pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bagi memudahkan dan mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik dan sains pelajar. Semua negara dalam European Union menerima dasar bagi mengajarkan mata pelajaran utama (seperti sains dan matematik) dalam bahasa ibunda. Bahasa kedua yang wajib boleh dipilih dari Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua misalnya diajar melalui pendekatan yang dipanggil pengajaran bahasa dalam konteks pembelajaran isi.

 
Last edited:
sambungannya...


Apakah kesimpulan atau inferens yang boleh kita buat dari dapatan Kajian TIMSS 2007 dalam pencapaian Matematik dan Sains pelajar Malaysia?

Haruslah diingat pada 2003 Malaysia belum melaksanakan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bagi pelajar Tingkatan 2 yang menjadi sampel kajian 2003 itu; tetapi bagi sampel 2007 pelajar Tingkatan 2 (8th Grade) mereka diajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris semasa mereka berada dalam Tingkatan 1 dan 2. Kajian-kajian (Isahak 2008, Juriah Long 2006) menunjukkan 70%-80% pelajar Tingkatan 2 menyatakan yang mereka sukar dan agak sukar mengikuti pengajaran guru Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Kesimpulan 1: Dalam konteks di atas bolehlah kita membuat inferens bahawa pertukaran penggunaan bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris (bahasa kedua/asing bagi kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu) mulai 2003 (untuk pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 dan seterusnya), telah menyukarkan dan melemahkan proses pengajaran-pembelajaran pelajar Malaysia untuk belajar kedua-dua mata pelajaran ini. Dengan itu prestasi pelajar Malaysia dalam ujian TIMSS (2007) merosot secara signifikan: bagi Matematik dari 508 (2003) jatuh ke 474 (2007); dan Sains dari 510 (2003) jatuh ke 471 (2007).

Kemerosoton ini adalah terbesar di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian itu. Kemerosotan ini menurun juga prestasi pelajar kita dalam PMR dan SPM. Ini adalah realitinya.

Kesimpulan 2: Prestasi dan tahap pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains dalam Kajian TIMSS 1999 dan 2003 boleh dibanggakan. (Bahkan YB Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin sendiri dengan bangganya melaporkan hal ini apabila dapatan TIMSS 2003 dikeluarkan dahulu). Ini menunjukkan yang pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia, iaitu bahasa keluarga bagi yang kebanyakan pelajar (terutama pelajar Melayu dan Bumiputera lain) telah membantu pencapaian Matematik dan Sains yang baik dalam TIMSS 1999 dan 2003. Bahasa Malaysia adalah bahasa pengantar yang pelajar mudah memamahi kosep matematik dan sains, berbanding dengan dalam bahasa Inggeris.


PPSMI sekolah rendah


Harus juga kita ingat pengajaran-pembelajaran matematik dan sains di Sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina diajar dalam bahasa Cina iaitu bahasa ibunda mereka, BUKAN dalam bahasa Inggeris.

Bagi Sekolah Kebangsaan, semua murid diajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, iaitu bukan bahasa ibunda mereka. Berdasarkan kajian kami pengajaran-pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini menjadi sukar kepada lebih daripada 70% murid di Sekolah Kebangsaan. Guru juga sukar mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris kerana mereka sendiri kurang lancar. Dengan itu proses pemahaman pelajar tentang konsep dan prosidur dalam Matematik dan Sains tidak dapat dibuat dengan mudah dan licin, walau pun dengan mengguna program komputer (yang sekarang sudah jarang digunakan kerana dianggap kurang praktikal dan kurang berkesan).

Dapatan ujian yang kami beri kepada murid Tahun 5 2008 menunjukkan lebih 70% lemah dalam matematik dan lebih 80% lemah dalam sains.

Keputusan Peperiksaan UPSR 2008, secara bandingan menunjukkan peratus murid Sekolah Rendah Cina yang mencapai gred cermerlang/baik meningkat dan prestasi murid Sekolah Kebangsaan merosot.

Oleh kerana kebanyakan murid Sekolah Kebangsaan itu lebih 90% terdiri daripada murid Melayu dan Bumiputera lain, maka murid yang bertambah lemah dalam Matematik dan Sains adalah murid Melayu dan Bumiputera lain.

Inilah kesan negatif yang ketara akibat dari dasar PPSMI ini ke atas Sekolah Kebangsaan. Dasar ini tidak menjejaskan pembelajaran dan prestasi murid SRJK Cina, kerana mereka terus belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Cina (dan ditambah dengan istilah Inggeris).

Berdasarkan kajian kami, dan trend yang dipaparkan di atas, kami menjangkakan yang kebanyakan (lebih 70%) pelajar Melayu dan Bumiputera lain di Sekolah Kebangsaan, terutama dari gologan sosioekonomi rendah di bandar dan di luar bandar akan terus menghadapi masalah dan kepayahan belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana asas di peringkat rendah ini lemah, maka kelemahan ini secara kumulatif dibawa ke peringkat menengah dan tinggi. Golongan ini, yang telah menghadapi kepayahan belajar sejak enam tahun yang lalu, akan terus terjejas pembelajaran mereka di peringkat menengah.

Yang mendapat faedah dan untung dari dasar PPSMI adalah 20% -30% pelajar dari keluarga profesional, menengah dan di bandar. Dan kebanyakan ibu bapa mereka ini tentulah ingin mempertahankan dasar yang menguntungkan mereka. Dan nampaknya pemikiran pembesar dan pentadbir tinggi pendidikan memihak golongan yang beruntung ini.

Perkembangan dan latihan modal insan dalam sains, teknologi dan profesional akan terjejas, terutama di kalangan bangsa Melayu dan Bumiputera lain, kerana dasar PPSMI akan terus mengecilkan peratus dan bilangan pelajar Melayu yang mempunyai asas kukuh di peringkat rendah dan menengah dalam sains dan matematik. Dan ini seterusnya mengecilkan lagi peratus pelajar Melayu dan Bumiputera lain layak untuk pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Ertinya strategi perkembangan modal insan dalam matematik, sains dan teknologi melalui dasar PPSMI telah dan akan melemahkan keupayaan pembinaan modal insan anak-anak Melayu dan Bumiputera lain terutamanya. Ini akan membantut keupayaan ekonomi mereka: perkembangan ekonomi Melayu akan merosot, menambahkan jurang antara kaum dan golongan sosioekonomi dan boleh menjejaskan kestabilan negara.

Strategi yang munasabah dan realistik

Strategi yang munasabah dan realistik bagi menyediakan pendidikan yang berkualiti dan bermakna bagi pelajar kita adalah kembali semula kepada dasar mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia kerana hasil Kajian TIMSS 1999 dan 2003 membuktikan prestasi pelajar kita dalam Matematik dan Sains dalam kohort yang diajar dalam Bahasa Malaysia itu tinggi. Sebaliknya kohort yang diajar dalam bahasa Inggeris (PPSMI) 2007 itu prestasi ujian Matematik dan Sains TIMSS 2007 mereka merosot dengan ketara, kerana kebanyakan mereka sukar belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

Perlaksanaan dasar kembali menggunakan Bahasa Malaysia untuk Sains dan Matematik tidaklah sesukar seperti yang cuba digemburkan. Berikut adalah alasan saya.

1. Semua guru Matematik dan Sains sudah pun terlatih dan cekap untuk mengajar dua mata pelajaran ini dalam Bahasa Malaysia (dari peringkat rendah, menengah dan matrikulasi), kerana mereka telah pun mengajarnya dalam BM sebelum ini. Mereka tidak perlu dilatih semula dalam Bahasa Malaysia.

2. Hanya yang perlu disediakan ialah buku teks (dan buku kerja) dalam Bahasa Malaysia. Dan ini tidaklah bagitu sukar dibuat: iaitu dengan mengadaptasi saja buku teks dalam bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka boleh menjalankan ini dengan bantuan ramai pendidik dan guru pakar.

3. Program dan modul DVD dan komputer yang sedia ada dalam BI tidak perlu diganti atau ditukar ke dalam Bahasa Malaysia. Dalam keadaan sekarang pun alat-alat ini kurang digunakan di kebanyakan sekolah. Tetapi bahan yang sedia ada itu boleh terus digunakan sebagai rujukan tambahan. Guru dan pelajar perlu terus membuat projek sains dan matematik mereka mengguna komputer, misalnya dalam BM. Bahkan pelajar akan lebih kreatif membuat projek kerana bahasa tidak lagi menjadi kepayahan untuk mencatat dan menulis.

4. Peperiksaan Matematik dan Sains sudah pun dibuat dalam dwi bahasa (BM & BI) di peringkat UPSR, PMR, SPM dan Matrikulasi sekarang. Dan sebahagian besar pelajar UPSR (2008) Sekolah Kebangsaan memilih untuk menjawabnya dengan merujuk Bahasa Malaysia.

5. Di peringkat matrikulasi, sebenarnya mata pelajaran sains seperti Fizik, Kimia, Biologi, Matematik juga diajar dalam dwibahasa (BM dan BI) dan ujian dan peperiksaan diberi dalam dwibahasa bagi membantu pelajar Melayu dan Bumiputera lain memahaminya.

Pada anggaran saya tidak ada penambahan kos yang besar untuk kembali menggunakan BM bagi pengajaran Matematik dan Sains di sekolah. Kos yang terlibat hanya dalam penyediaan buku teks (dan buku kerja) matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia.

 
Sambungannya...

Betulkan anggapan yang silap

Beberapan kesilapan anggapan perlu dibetulkan. Sepanjang 50 tahun yang lalu, Bahasa Melayu sudah berkembang menjadi bahasa moden dari segi istilah, tatabahasa, cukupnya penerbitan buku–buku pelajaran, dan cukupnya bilangan guru yang cekap untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam BM di peringkat rendah, menengah dan matrikulasi. Adalah sesuatu yang silap atau serong anggapan oleh setengah pembesar, pentadbir dan golongan tertentu bahawa Bahasa Malaysia (termasuk Bahasa Indonesia) tidak cukup moden untuk digunakan bagi pengajaran matematik dan sains, terutama di peringkat rendah dan menengah. Mereka seolah-olah masih beranggapan bahawa Bahasa Melayu adalah seperti pada zaman 1950-an semasa mereka bersekolah Inggeris dahulu.

Penggunaan Bahasa Melayu untuk pengajaran Matematik dan Sains sebelum 2003 telah menghasilkan pembelajaran yang berkesan, pengetahuan dan pencapaian yang baik bertaraf antarabangsa bagi kebanyakan pelajar kita, seperti yang diterbukti dalam Kajian TIMSS 1999 dan 2003. Apabila pelajar kita diajar math dan sains dalam Bahasa Inggeris prestasi mereka merosot teruk seperti yang terbukti dalam Kajian TIMSS 2007. Secara bandingan dengan 59 negara lain, kemerosotan skor negara Malaysia adalah tertinggi.

Pengetahuan yang kukuh dalam sains dan math (sebelum terlaksana PPSMI) telah membolehkan pelajar kita menyambung pelajaran tinggi mereka dengan mudah di berbagai-bagai negara luar seperti di UK, US, Perancis, Jepun, Korea, Jerman, Russia, selain dalam Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia itu sendiri.

Asas yang kukuh dalam math dan sains di peringkat rendah dan menengah (SPM) amat penting untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat tinggi.

Adalah menjadi satu kekhilafan (fallacy) atau ’anggapan palsu’ apabila kita menganggap kecepakan dalam bahasa Inggeris itu menjadi prasyarat untuk membolehkan pelajar meneruskan pelajarannya dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Yang sebenarnya adalah sebaliknya. Pengetahuan yang kukuh dalam math dan sains menjadi prasyarat untuk pengajian dalam pelbagai bidang sains dan teknologi, bukan bahasa Inggeris.

Ertinya jika pelajar lemah dalam pegetahuan Matematik dan Sains maka kelemahan ini menjadi masalah besar untuk mereka melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi dalam bidang sains dan teknologi, bukan kelemahan dalam bahasa Inggeris.

Dalam keadaan sebelum dasar PPSMI, oleh kerana asas pengetahuan sains dan matematik pelajar kita kukuh, maka mereka mudah belajar bidang sains dan teknologi seterusnya dalam bahasa kedua di peringkat tinggi. Kebanyakan pelajar kita dengan mudah menambah lagi kecekapan dalam Bahasa Inggeris (atau belajar bahasa asing) bagi meneruskan pelajaran tinggi dalam sains dan teknologi dalam bahasa kedua ini.

Tentu sekali penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar itu penting. Tetapi untuk meningkatkan penguasaannya bukan melalui pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mengikut kajian kami, peningkatan prestasi Bahasa Inggeris akibat dari PPSMI pelajar Tahun 5 dan Tingkatan 2 (2008) adalah minimal saja. Ertinya dasar PPSMI sepanjang yang dilaksanakan sejak enam tahun lalu gagal bagi meningkatkan prestasi bahasa Inggeris secara bererti selain Sains dan Matematik.

Apa yang perlu dibuat bagi memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar adalah memperbaiki kurikulum dan pendekatan pengajarn bahasa Inggeris di peringkat rendah dan menengah.

1. Tambahkan masa untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Rendah, terutama dalam Tahun 1 -3.
2. Ubah atau pinda Kurikulum Bahasa Inggeris supaya lebih sesuai untuk dilaksana bagi pelajar berbagai-bagai aras kebolehan
3. Pelbagaikan program dan pendekatan mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar pelbagai kebolehan dan latar belakang, di bandar dan di desa.
4. Saya syorkan ini boleh dibuat secara modular.
5. Dalam program pengajaran-pembelajaran Bahasa Inggeris boleh dimasukkan istilah-istilah dan unsur-unsur sains dan matematik. Persembahannya boleh dipelbagaikan dalam bentuk cerita, nyanyian, lakonan dan sebagainya.
6. Pendekatan sama (standardised) yang sedia ada sekarang kurang berkesan dan perlu diubah. Dan boleh diubah, jika Kementerian Pelajaran lebih bersikap terbuka bagi menerima dan melaksanakan pendekatan alternatif. Pendidik dan guru Malaysia rata-rata kreatif. Kementerian Pelajaran harus lebih terbuka untuk menerima idea dan pendekatan dari luar, tidak semestinya dari luar negara!

Sumber:
International Science and Mathematics Report: Findings from IEA’s Trends in International Mathematics and Science Study at Fourth and Eightth Grades (TIMSS 2007). TIMSS & PIRLS International Study Center, Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, USA, 2008.

-Tamat-
 
Bukti PPSMI Gagal​

Kajian​
No.3​


Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendan diterbitkan oleh Universiti Pendidikan sultan Idris, April 2008​
Profesor Emeritus Dato’ Isahak Haron​



Kajian Isahak Haron dan rakan-rakan
​


Di bawah adalah ringkasan dapatan, kesimpulan dan syor berdasar kajian kami (Isahak Haroh et al.). Pembaca boleh membaca Laporan Kajian kami yang lengkap bertajuk Kesan Dasar Pengajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris di Sekolah Rendan diterbitkan oleh Universiti Pendidikan sultan Idris, April 2008. Laporan tersebut menghuraikan analisis dapatan dan kesimpulan yang lebih terperinci.

Soalan 1: Sejauh manakah guru menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik?

Analisis data daripada kajian tiga sampel yang berlainan pelajar sekolah rendah dan menengah menunjukkan lebih 85% pelajar menyatakan guru mereka menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi mengajarkan Sains dan Matematik. Daripada temu ramah dan pemerhatian kami dalam bilik darjah, sebahagian besar guru menggunakan campuran kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris kerana mereka ingin membantu murid yang sebilangan besarnya adalah lemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka dapat memahami perkara yang diajarkan. Malah ada guru sendiri yang lemah dalam bahasa Inggeris dan tidak dapat menghuraikan konsep dan proses sains dan matematik dengan panjang lebar dalam Bahasa Inggeris.

Hanya kira-kira 10% saja guru yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya; dan 5% dilaporkan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Daripada pemerhatian kami, penggunaan CD dan komputer bagi mengajarkan Sains dan Matematik Sains dalam bahasa Inggeris kurang dilaksanakan di kebanyakan sekolah, kerana guru sukar menggunakannya dalam bilik darjah. Guru yang menggunakannya pun mendapati murid kurang berminat melihat ‘tayangan’ pelajaran sains dan matematik; tidak ada interaksi atau perbincangan yang aktif tentang pelajaran kerana penguasaan bahasa Inggeris mereka terhad. Pembelajaran menjadi pasif, lebih ke arah menghafal fakta daripada memahaminya dengan bermakna.

Kesimpulan: Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya; dan komputer sebagai alat pengajaran-pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak dapat digunakan dengan berkesan.



Kajian Zainudin Bikum​

Dapatan kajian Zainudin Bikum di kalangan sampel murid Tingkatan 1 (2004) di dua buah sekolah menengah di Kuala Kubu Baru menunjukkan purata hanya 5% - 15% pelajar yang dapat menjawab soalan-soalan ujian Sains dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana mereka ‘sukar/kadang-kadang sukar’ memahami pengajaran guru Sains dalam Bahasa Inggeris.


Kajian Juriah Long​


Kajian Juriah Long (2005), sampel Tingkatan 2 di seluruh negara, pula menunjukkan purata skor Sains pelajar Melayu adalah lebih rendah daripada bukan Melayu; dan purata skor pelajar sekolah SMK lebih rendah dari Sekolah Menengah lain.

Kajian kami (2008) menggunakan data soal selidik dan ujian Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris Tingkatan 2 (N = 2,824 dari 25 buah sekolah menengah) menunjukkan pelajar lemah dalam ketiga-tiga mata pelajaran itu. Min skor Matematik 10.23 daripada skor maksimum 18; min skor pelajar Melayu 9.85. Min skor Sains lebih rendah iaitu 12.22 daripada skor maksimum 40.0; min skor pelajar Melayu 10.28. Min skor Bahasa Inggeris 13.84 daripada skor maksimum 22.0; min skor pelajar Melayu 13.94.

 
Last edited:
Back
Top
Log in Register