BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nasihat utk pelabur pelabur tegar Bitcoin dan segala bentuk Cryptocurrency

Dann

Administrator
gem
Messages
3,572
Staff member
Joined
Nov 19, 2005
Messages
3,572
Reaction score
2,187
Points
111
Apa itu bitcoin
Ramai rakyat Malaysia (khususnya masyarakat Melayu) keliru apa itu bitcoin dan fungsinya. Kita tak perlu kupas dengan lebih complicated apakah bendanya bitcoin ni. Secara mudahnya Bitcoin adalah satu matawang digital baru yang terhasil dari formula penyelesaian algorithm oleh sesuatu komputer di dalam satu network yang selamat (encrypted) antara satu komputer dgn komputer yang lain (P2P). Formula algorithm ni dicipta oleh satu org atau mungkin satu group yang menggelarkan dirinya Satoshi Nakamoto. Bitcoin kemudiannya dipanggil salah satu CryptoCurrency, yang mana adalah berbeza sama sekali dengan e-currency (Paypal, Skrill, Neteller, Perfect Money, e-Gold, Liberty Reserve, Webmoney etc etc) dimana kesemua entiti ini dikawal oleh tauke tauke nya sendiri. Bitcoin tidak dikawal oleh sesiapa pun (decentralized) dan itulah sebab sesiapa saja boleh take advantage dengan kewujudan matawang digital ini. Cukup untuk info ini coz skopnya terlalu besar utk diterangkan. Kita ada isu yang lebih besar utk diketengahkan di sini.


Bitcoin Mining
Memiliki bitcoin bermakna dapat ditukar ke wang. Oleh sebab utama inilah seluruh dunia berlumba lumba utk memiliki bitcoin. Cara utk mendapatkan bitcoin ialah melalui 'Mining' yang mana ia melibatkan penggunaan hardware & sumber tenaga elektrik yang tinggi. Mining bermaksud kita mempunyai satu/atau lebih mesin yg menyertai satu network yang merekodkan berjuta juta transaksi Bitcoin, network ini dipanggil 'blockchain'. Oleh sebab itu sejak bermulanya bitcoin diperkenalkan seluruh dunia di Barat sudah mula 'mining' sementara kita di sini (kebanyakannya masyarakat melayu) sibuk dengan program cepat kaya dan pelaburan Forex. Ada pihak sudah buka bisnes baru dengan mencipta mesin utk mining yang lebih efisien. Dan banyak pihak yang buka servis mining menggunakan hardware & sumber elektrik mereka sendiri , dan di sinilah bermulanya scam scam program yang 'claim' depa buat mining sdgkan sebenarnya menjalankan skim ponzi saja.

Kekeliruan menyumbang penipuan dan seterusnya kerugian
Ini adalah isu utama yang ingin kita ketengahkan di sini. Sejak setahun dua yang lepas kita sedari ramai yg sudah mula minat dengan perkataan BITCOIN ini. Tanpa due diligence, tanpa byk membaca asasnya apa itu bitcoin, sooo suddenly begitu bersemangat dengan pelaburan pelaburan mining, yang kononnya program ini buat mining pung pang sana sini. Bila mana bitcoin ini mula meletup di kampung kampung, luar bandar seperti mana tsunami MLM skim cepat kaya & pelaburan forex sebelum ni, maka byklah org kampung yg terkena.

Pada Aidilfitri yang lepas terlalu byk saya mendengar cerita sedara mara & rakan2 yang bergadai tanah , meminjam along etc etc kesan dari keyword BITCOIN ini.

Ingin kita nasihatkan di sini Bitcoin itu tidak salah, tetapi pihak yang memanipulasi bitcoin itulah penyangak sebenar, jadi anda sendiri pilih adakah anda happy tergolong dlm kelompok ini dgn skim-skim yang anda sendiri tak pasti semata mata utk mendptkan komisen dan referral dari sesuatu program?

Utk pengetahuan, 99% program program pelaburan bitcoin adalah Internet Money Game @ HYIP. Ia hanya menjalankan skim ponzi semata - anda akan untung di awal program kerana penganjur ingin testimonial bagus, anda akan rugi bilamana penganjur decided utk stop program. Ini adalah normal. Dan pada yg muslim tu fikir byk kali utk gunakan hasil tersebut selain dari buat tandas & menderma (anda boleh fikir sendiri makna ayat ini). Kalau nak promot pun jgnla sesekali bg info ini adalah pelaburan sah, tegaskan bahwa ini adalah money game saja dan risiko tanggung sendiri bila program bermasalah.

Mining Bitcoin cara betul
Jikalau betul berminat utk dptkan income dari Bitcoin dengan cara telus dan paling selamat ialah pertamanya gunakan wallet sendiri , bukan register di mana-mana online wallet di luar sana. Contoh standalone wallet ialah Bitcoin Classic, atau rujuk di Bitcoin.org utk senarai wallet yang ada. Kesemua wallet ini dibangunkan oleh programmer yg mana mereka tak ada kepentingan langsung dengan aset bitcoin kita.

Untuk jana bitcoin dgn cara yg betul hanya dari dua cara. Selain dari dua cara ini 99% kesemuanya adalah SKIM PONZI semata mata :-

i)Hardware mining - Beli harware mining sendiri dan hostkan samada dirumah (kalau equipment cukup) atau di datacenter.

ii) Monitor pergerakan harga bitcoin. Jual pada harga yg tinggi, beli pada harga yg rendah.


CariGold forum telah buka satu subforum baru khas utk perbincangan Bitcoin dan kesemua Cryptocurrency yg lain. Oleh itu kita mintak kerjasama tolong jangan memandai mandai promosi apa jenis program Bitcoin di dalam thread perbincangan. Jika ingin promosi, buka thread di seksyen sepatutnya supaya tidak ada pihak yg terkeliru.

Kita galakkan perbincangan CryptoCurrency ini melalui forum terbuka seperti CG coz semua ahli boleh berkongsi ilmu secara lebih terbuka, tanpa perlu ada group group wassap @ telegram yg mana hanya beri kepentingan tertentu utk sesuatu individu/group sahaja. Tolong jgn hanya jadikan forum ini semata mata magnet utk tarik ahli/viewers ke group anda atas kepentingan peribadi anda kerana online forum adalah tempat yang lebih luas utk perkongsian ilmu.

Thx.
 
Banyak je ponzi scam sekarang ni guna nama blockchain. Contoh ethtrade, bitclub. Nak spot senang je, dorang ada janjikan pulangan tetap sekian2 dan pulangan tu tak masuk akal, takde maklumat jelas pulangan tu datang dari mana. Ponzi scam la tu. Projek/kompeni blockchain betul jarang ada janjikan pulangan tetap, sebab nilai harga cryptocurrency memang volatile, berubah sekelip mata je. Hati2 la. Due diligence tu penting.

Kat subforum hyip tu besepah guna nama bit itu bit ini :)) :)) :))
 
bleh sapa kt sini sembg psl bitkingdom. skang pkai cryptocurrency aureus...
 
dCy1CaY.jpg
 
buat masa skrg kalau nak berjual beli bitcoin di malaysia
boleh refer localtbitcoin, luno atau remitano

atau boleh berjual beli dengan mereka yang dipercayai dan mempunyai track rekod urusniaga yg baik


yang berjual beli ni biasanya guna utk menyimpan dan akan jual semula bila harga crypto currency tu naik

elakkan yg jenis suh cari orang ye...




.
 
untuk currency currency lain cam ripple, ethereum, dogecoin, litecoin masih belum terlalu meluas dan option untuk jual beli masih kurang di malaysia

nak mudah hanya boleh jual dalam komuniti yg anda ada join atau carik exchanger yang dipercayai utk cashout crypto anda

selain tu anda juga boleh convert crypto yang anda ada ke bitcoin atau ke jenis jenis crypto lain dan boleh berurusan di changeelly atau poloniex( ada lagi beberapa medium yang tidak saya nyatakan)
 
Back
Top
Log in Register