BTC USD 82,332.7 Gold USD 4,174.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Petrol naik RM 1.90 dalam beberapa hari lagi...

tomie

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
74,084
Joined
Dec 25, 2006
Messages
74,084
Reaction score
8,321
Points
886
RM175 satu tong tanda aras naik harga petrol

JOHOR BAHRU: Kerajaan mungkin menaikkan harga petrol kepada RM1.90 seliter, jika harga minyak mentah dunia mencecah AS$50 (RM175) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata Disember lalu, purata harga minyak mentah masih di sekitar paras AS$40 setong sekali gus membolehkan rakyat negara ini menikmati harga petrol RM1.80 seliter termasuk cukai RM0.58 sen.

Katanya, jika harga minyak mentah dunia terus mencatatkan peningkatan lebih AS$44 setong, kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol sebaliknya, mengurangkan cukai yang dikenakan kepada pengguna.

“Ini bermakna jika harga minyak terus meningkat, cukai yang kerajaan kenakan kepada pengguna kira-kira 55 sen seliter (ketika ini), akan dikurangkan kepada 50 sen dan seterusnya, bagi menampung kenaikan harga minyak mentah dan mengekalkan harga petrol RM1.80 seliter.

“Apabila harga minyak dunia mencecah dan melepasi AS$50, kerajaan tidak dapat mengenakan cukai, baru harga minyak akan dinaikkan semula kepada RM1.90 seliter.

“Pada peringkat itu, kerajaan tidak mengenakan cukai dan tidak memberi subsidi kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pemantapan Jati Diri anjuran Puteri Umno Johor Bahru, di Dewan Kampung Melayu di sini, semalam.

Katanya, jika harga minyak dunia mencecah AS$83 setong, kerajaan perlu memberikan subsidi sebanyak 30 sen kepada pengguna supaya kekal pada RM1.90 seliter.

Beliau berkata demikian menjawab kepada soalan wartawan mengenai kemungkinan penurunan harga minyak dalam tempoh terdekat.

Shahrir berkata, kementerian akan menimbang untuk menaikkan atau menurunkan harga minyak pada mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

"Jadi perkara ini harus dipertimbangkan kerana sekiranya kerajaan turun harga lagi esok, dan seterusnya dinaikkan kembali pada pertengahan bulan, rakyat tidak akan suka.

"Sebaliknya sebarang kenaikan atau penurunan harga petrol perlu dilihat dengan lebih teliti bagi kebaikan semua pihak," katanya.



a'ah la.. bila nak naik cepat plak.. klau nak turun macam2 citer.. :p

:(scam:(scam
 
Last edited:
subsidi apa lagi nieh...kita yang beri subsidi kat depa...
 
pergh...

naik lagi??

asal naik cepat sangat.???

tggu la 60 tahun akan datang baru naik..
 
tak perlu pangkah BN buang karen jer, hidup PAS,PKR dan DAP
 
...kena tunngu la lepas ari rabu..apa2x pon!
 
hampeh tul la
nak naik laju je mamat ni buat kenyataan :mad:
 
ayoyo yoyo... sikijap jer rasa nminyak murah... :(
 
a'ah la.. bila nak naik cepat plak.. klau nak turun macam2 citer.. :P
 
erm...
kena isi minyak full tank nie....
 
owh kiranya skang kita bg subsidi kat kera jaan 55sen la yek :-?:-?
 
Back
Top
Log in Register