pubin. beberapa persoalan aku nak bg.
ni sekali lalu ikut logik akal aku lah.
ko berpegang pada quran. andaikata ada org tersadai sorg2 di tgh2 pulau lepas kapalterbang yg dinaiki terhempas, kitab quran takda. apatah lagi terjemahan. tambah pulak lagi mamat tu buta huruf. apa lagi yg boleh dia berpegang utk dia mendapatkan kebenaran itu?
sampai tahap ke situ perumpamaan nko...

)
takyah pakai pulau pun, sekarang pun dah berbillion yang dilahirkan sebagai orang kafir dan orang asli..
dan ada tujuan tertentu Allah bagi keadaan mereka sebegitu ...
selanjutnya, Islam itu agama "keadilan"...
tak perlu label Islam pun takpa... as long menegakkan "keadilan"...
jadi manusia yang matang dalamannya akan belajar, daripada "
keseimbangan dan keadilan alam"...
sebab tu kalau semua orang Islam bergegang pada Islam yang betul dan sebenar
semua orang Kristian berpegang pada ajaran yang betul dan sebenar
semua orang Yahudi berpegang pada ajaran yang betul dan sebenar
semua orang Buddha berpegang pada ajaran mereka yang betul dan sebenar
semua orang atheist berpegang pada ajaran mereka yang betul dan sebenar
semua orang daripada apa-apa agama berpegang pada ajaran mereka yang betul dan sebenar
maka .. seluruh dunia akan hidup aman
malahan semua mereka akan mendapat hidayah kepada Pencipta sebenar..
masalahnya.. semua tak berpegang pada ajaran masing2 yang sebenar.. telah disekularkan melalui pelbagai cara... hehe
Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik
Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali
kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang yang berkata:
“Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani”
yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat
dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
[Al-Maidah:82]
"
orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik" << sifat pendusta agama dan ahli kitab...[
Ar-Rum:30-32]
semua orang Islam tak semestinya orang beriman
semua orang beriman tak semestinya orang Islam...
Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik
kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah:
“Kami beriman kepada yang diturunkan kepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu
dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu
dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”
[Al-’Ankabut:46]
sedangkan kaedah ko skrg ni mengaji terus quran tanpa berguru. jadi utk org baru nak join kelab ko ni. adakah dia perlu berguru dgn ko?
sapa kata aku guru, dan siapa kata aku nak ambil murid?

)
nko pergi ler baca Quran... aku pun tak suruh ikut aku..
ada ker aku berhemah ngan nkorang???
dan kalau nko tak suka ayat2 yang aku refer, nko pergi semak sendiri apa al-Quran cakap...
takda aku suruh percaya bulat2.. hehe

)
sedangkan proses itu memerlukan akal utk mentafsir dan had akal setiap sorg2 adalah berbeza mengikut tahap masing2. sudah menjadi fitrah dalam dunia ni ada yg pandai ada yg kureng. kalu kat skolah pun ada budak belajar sikit dah dpt straight A, ada yg studi 20 jam sehari tapi dapat 3A je.
andaikata dia mentafsir sndiri mengikut tahap kepandaian akal dia, then last2 faham dia tak sama dgn faham ko. jadi antara kau dan org tu mcmmana ko nak tentukan mana benar mana salah sedangkan dua2 sudah berpandukan terus pada quran?
jadi bila berlaku kes macam tu adakah dia perlu berguru jgk dgn org yg bijak pandai dalam kumpulan kamu?
gilo ker aper baca al-Quran boleh jadi sesat..
berani pula nko fitnah Allah, takda rasa apa2 dalam hati nko?
tulah tanda "
hati yang dah mati".... hehe
merujuk pada al-Quran tak pernah menyesatkan
tapi "
niat dan perbuatan" nkorang yang menjadikan nkorang sesat....
buktinya bersepah, dan di antaranya....
Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang CUKUP LENGKAP
[Al-Jathiyah:11]
Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia
dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini
[Al-Jathiyah:20]
Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan dalam bahasa asing
tentulah mereka akan berkata:
“Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)?
Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?”
Katakanlah (wahai Muhammad):
“Al-Quran itu, menjadi petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman
dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman
(AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar)
dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa mereka (bukan cahaya yang menerangi)
Mereka itu – (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti)
orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh
(masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)”.
[Fussilat:44]
so... aper yang buat nkorang sesat bila baca al-Quran?
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman
padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri
sedang mereka tidak menyedarinya.
[al-Baqarah:9]
Dan Kami tidak menjadikan pengawal-pengawal neraka itu melainkan (dari kalangan) malaikat
dan Kami tidak menerangkan bilangan mereka melainkan dengan satu bilangan
yang menyebabkan kesesatan dan kesengsaraan orang-orang kafir itu
supaya orang-orang yang diberi Kitab boleh percaya dengan yakin
dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya
dan juga supaya orang-orang yang diberi Kitab dan orang-orang yang beriman itu tidak ragu-ragu
dan supaya orang-orang (munafik) yang ada penyakit (ragu-ragu) dalam hatinya dan orang-orang kafir berkata:
“Apakah yang di maksudkan oleh Allah dengan menyebutkan bilangan ganjil ini?”
Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya
dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya
dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja.
Dan neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia.
[Al-Muddaththir:31]
Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi
dengan tiada alasan yang benar dari ayat-ayatKu
dan mereka jika mereka melihat sebarang keterangan
mereka tidak beriman kepadanya
dan jika mereka melihat jalan yang hidayah petunjuk
mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan
mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui
Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
[Al-A’raf:146]
Biarkanlah Aku sahaja dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini
Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan)
dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.
Dan Aku akan melanjutkan tempoh untuk mereka
sesungguhnya rancangan sulitKu
amatlah kuat kukuh.
[al-Qalam:44-45]
Dan sesiapa yang disesatkan Allah
maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
[Ghaffir:33]
so.. nkorang berani kan? buatlah... sebesar zarah pun aku tak kesah
memang pun Allah dah tetapkan "
amatlah sedikit" yang beriman... (
rujuk sini)
kalau dah jadi ketetapan Allah, maka mustahil ler sapa2 boleh ubah...
dan perangai nkorang yang membantah al-Quran lah sebagai "
bukti kebenaran" al-Quran
kalau ler nkorang ramai2 beriman
aku pun tak nak follow al-Quran.. tipu ler al-Quran tu...
cakap macam lain, tetapi fakta kehidupan jadi macam lain... hehehe
so .. aku buat apa kat sini?
saja jer, permainan aku... hehe

)
bukti daripada jawapan Rasulullah SAW pada Hari Akhirat (
rujuk sini)
Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya sambil berkata:
“Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku
Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia”.
Dan berkatalah Rasul:
“Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
satu Perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.
[Al-Furqan:27-30]
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar
tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
[Ar-R’ad:1]
Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
[Yusuf:103]
Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan
setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!
[Sad:24]
Katakanlah; “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat
ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka
(dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):
“Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya
maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik
sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman):
“Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan
(memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing)
nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya
(sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat)
tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu:
Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan SEMUA jin dan manusia
maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini
Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi
dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami
hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh)
dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka
dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
[as-Sajdah: 11-15]