BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

berapa % keyakinan kita pada Allah SWT

tergadai tu nnti bergantung pada brape % keyakinan pada Allah waktu perang tu nnti kalau malaysia kene tempias. hehe

offtopic jap. dah takde ke thread haji yang cara mengingati mati tu:-?

saya masuk kan dlm thread ni kisah ttg mengingati mati... starting post 373 - 376
 
saya masuk kan dlm thread ni kisah ttg mengingati mati... starting post 373 - 376

betul tu.. ingat mati lebih sikit
buat2 sat lagi mati ker.. kena langgar ker
takda dah peluang patah balik
public holiday pun takda
nak rasa minum teh tarik pun takda
nak rasa karipap secubit pun dah tak boleh dah.. hehe :))



amatlah sedikit bersyukur = amatlah sedikit orang beriman

tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan (agama) Allah itu
itulah ugama yang betul lurus
tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui

[Ar-Rum:30]

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.
Patutkah kamu bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?
Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu?

[Al-Waqi’ah:80-82]

Sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan
setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!

[Sad:24]

Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (al-Quran)
dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan

[Al-A’raf:3]

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu di bumi
dan Kami jadikan untuk kamu padanya penghidupan
amatlah sedikit kamu bersyukur.

[Al-A’raf:10]

Katakanlah: “Allah yang menciptakan kamu
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[Al-Mulk:23]

Kemudian Ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya
Dan Ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur

[As-Sajdah:9]

Dan Dia lah jua yang mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
amatlah sedikit kamu bersyukur.

[Al-Mu’minun:78]

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran)
dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu adalah benar
tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

[Ar-R’ad:1]

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran
supaya mereka berfikir
dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.

[Al-Furqan:50]

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam Al-Quran ini
dengan berbagai-bagai contoh perbandingan
dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.

[Al-Israa’:89]

Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
[Yusuf:103]

Oleh itu, janganlah engkau menaruh perasaan ragu-ragu terhadap Al-Quran
kerana sesungguhnya Al-Quran itu adalah perkara yang benar dari Tuhanmu
tetapi kebanyakan manusia tidak percaya kepadanya.

[Hud:17]

Katakanlah; “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat
ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka
(dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):
“Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya
maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik
sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman):
Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan
(memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing)
nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya
(sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat)
tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu:
Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan SEMUA jin dan manusia
maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini
Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi
dan rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami
hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh)
dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka
dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.


[as-Sajdah: 11-15]



Apakah pula jawapan Rasulullah SAW pada Hari Akhirat?

Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya
sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?
“Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!
“Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku
Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia”.

Dan berkatalah Rasul:

“Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
satu Perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.​

[Al-Furqan:27-30]
 
Last edited:
tq pubin...penerangan yg sangat jelas bagi org-org yg mahu berfikir.
 
yakin 100% maknanya ikut al quran 100%, kalau dah ikut ikut kitab hadis ( yg ditulis 200tahun selepas nabi wafat dan ditulis berdasarkan cerita cerita dari mulut ke mulut sahaja,) dah kurang dari 100%.
 
sekiranya laungan jihad dilaungkan.. apakah kita sudah bersedia utk menghadapinya...??

errmmmmm......
 
Kene percaya 100%, kalau kurang percaya, masuk NERAKA..bole rujuk kat ceramah UAI..
 
Back
Top
Log in Register