Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tuan Pubin,
Jawapan saya terhadap soalan Tuan diatas
2) Saya tak kata pun apabila sesudah 250 tahun Rasulullah wafat, Ianya lebih "reliable" berbanding zaman sekarang. Bukankah kenyataan pasal jarak masa ini Tuan yang mulakan dahulu? Tuan yang mempertikaikan jarak kehidupan Pengumpul hadith terlalu jauh dengan Baginda S.A.W. Maka Tuan menganggap gap itu terlalu jauh dan pasti banyak yang berlaku pada selang masa tersebut. Maka saya memegang teori Tuan bahawasanya jarak kehidupan yang jauh mengakibatkan ianya boleh dipertikaikan.
Maka saya pun cuba untuk membuang zaman pengumpul hadith tersebut bagi mengaplikasikannya dalam teori Tuan. Jadi bukankah jarak kehidupan Rasulullah S.A.W dengan kita bertambah lah jauh. So, Macam mana Tuan boleh dakwa usaha zaman ini lebih reliable mengikut teori yang Tuan sendiri ciptakan itu?
3) Ya, kalau mengikut pemahaman Tuan atau kawan kawan Tuan yang ingin membuang semua kenyataan dalam kurungan (kerana menyangka ianya andaian penterjemah semata mata), maka jadilah ayat ayat Mutasyabihat (samar samar) melebihi ayat ayat Muhkamat (terang). Ini kerana kebanyakkan dalam kurungan adalah bersandarkan hadith hadith atau cerita cerita yang dikumpulkan oleh pengumpul hadith dahulu kala. Perlu ke saya bagi contoh? Tak perlu kot..
Jawapan saya diatas adalah pendapat peribadi saya sendiri, Ianya masih boleh dibidas dan dipertikaikan.. Insyaallah..
Jadi saya tanya balik satu soalan untuk Tuan Pubin. Kalau apa yang Imam Bukhari himpunkan itu benar benar datangnya dari Rasulullah S.A.W sendiri, tetapi Tuan menyangkalnya.... Apa yang bermain dalam fikiran Tuan ketika ini?
Sekian terima Kasih
Salam,
Tuan, kini saya menyentuh berkaitan perkara 2 dan 3 di atas, berserta persoalan akhir Tuan.
Tuan menimbulkan isu pemahaman isi al-Quran (melalui hadis atau selainnya). Secara khususnya dan apabila dikaitkan dengan hadis, ianya berkaitan "
kaedah" memahami isi al-Quran.
(a) Samada Allah menyediakan kaedah untuk memahami isi al-Quran?
(b) Samada penggunaan karya-karya termasuk di dalam kaedah memahami isi al-Quran?
(a) Samada Allah menyediakan kaedah untuk memahami isi al-Quran?
Allah telah pun memberikan kaedah terperinci bagaimana untuk memahami isi al-Quran. Namun itu kaedah ini tidak popular kerana kaedah yang susah dan perlu menekan nafsu, menggunakan akal, serta kajian mendalam dan pergantungan 100% kepada Allah Taala. Kaedah ini akan menjadikan mereka yang tidak beriman terkeluar daripada mempengaruhi dan mengubah ayat-ayat Allah.
Perbezaan orang Islam dan orang beriman:
"...Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara
iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”..." (49.14)
"...Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan
kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah..." (8.2)
(Adakah mana-mana ulama yang kita kenal pada hari seperti gambaran orang beriman di atas? Jika tidak mengapa kita mengikuti mereka?)
Kini saya merujuk kepada ayat al-Quran bagi melihat sebahagian daripada perintah Allah berkaitan kaedah memahami al-Quran.
Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab
supaya kamu
memahaminya
(Az-Zukhruf:3);
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid
dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat;
dalam pada itu,
penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar
(Al-Israa’:41)
Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa,
dari sebelah atas kamu,
atau dari bawah kaki kamu,
atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak
dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain
Perhatikanlah
bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan dengan berbagai cara
supaya mereka memahaminya
(Al-An’am:65)
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia
yang
mempunyai hati tidak mahu memahami dengannya
dan yang
mempunyai mata tidak mahu melihat dengannya dan
yang
mempunyai telinga tidak mahu mendengar dengannya
mereka itu seperti binatang ternak
bahkan mereka lebih sesat lagi
mereka itulah orang-orang yang
lalai
(Al-A’raf:179)
"...Indeed,
the worst of living creatures in the sight of Allah are the deaf and dumb
who do not use reason..." (8:22)
Ayat-ayat di atas adalah beberapa contoh bagaimana Allah memerintahkan kepada kita kaedah bagi memahami isi al-Quran. Oleh itu juga Sunnah yang sebenarnya adalah sentiasa terpelihara dan berada dikeliling kita, hanya yang membezakan ialah orang yang buta, pekak dan bisu, dan orang diberi hidayah dan petunjuk untuk memahaminya. Biarlah beribu tahun pun, ianya tetap berada disetiap kita.
"...Mereka pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)..." (2.18)
Ianya tiada langsung dengan "meniru bulat-bulat" apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Tetapi berkaitan dengan "objektif" yang hendak dicapai daripada perlakuan Rasulullah saw. Inilah Sunnah sebenar. Jika kita berpegang kepada meniru bulat-bulat, maka ini bermaksud Sunnah itu sendiri akan menjadi ketinggalan zaman dan kepupusan pada masa akan datang. Ianya bermaksud "kita tidak menggunakan akal" (the worst of living creatures).
(b) Samada penggunaan karya-karya termasuk di dalam kaedah memahami isi al-Quran?
Kaedah yang diguna-pakai sekarang ini adalah tidak terkandung di dalam al-Quran. Kaedah ini lebih popular kerana tidak perlu menekan nafsu, tidak perlu menggunakan akal (sekadar analogi fakta) dan tanpa memerlukan keimanan dan nur Allah untuk menafsirkan ayat-ayat al-Quran.
"..Dan ada di antara manusia orang yang mempergunakan HADIS (cerita dongeng) yang tidak masuk akal untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa sebarang pengetahuan dan menjadikannya agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; Merekalah orang-orang yang akan memperolehi azab yang menghinakan.." (Luqman:6)
"..Itulah ayat-ayat Allah yang Kami bacakan kepadamu kerana menegakkan kebenaran; maka dengan HADIS (cerita dongeng) yang manakah lagi mereka hendak beriman, sesudah penerangan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya..." (al-Jathiyah:6)
"..Maka kepada HADIS (cerita dongeng) manakah ini mereka akan beriman?.." (al-Mursalat:50)
Maksud Mengikuti Rasulullah saw
Jawapan ini adalah bagi persoalan jika hadis adalah benar. Pertamanya saya tidak diperintahkan untuk beriman dengan cerita-cerita ini. Keduanya dan berdasarkan larangan Allah di atas, maksud hadis sebenar adalah merujuk kepada al-Quran itu sendiri. Ini kerana Rasulullah saw menerima wahyu dan setiap ayat al-Quran itu adalah ucapan yang terbit daripada mulut Rasulullah saw semata-mata. Oleh itu adalah mustahil untuk kita membezakan di antara "ucapan Rasulullah saw" dan "firman Allah Taala", kecuali sekadar menyakininya secara bulat-bulat.
Maka itu dan berasaskan pemahaman ini,
tuntutan ke atas umat Islam untuk mengikuti Rasulullah saw adalah bermaksud mengikuti al-Quran itu sendiri. Ini kerana setiap ayat al-Quran itu adalah disampaikan melalui ucapan Rasulullah saw semata-mata. Ianya tiada langsung berkait dengan beriman kepada karya imam-imam hadis. Jika ini benar, maka sesiapa sahaja dapat mencipta kaedah selainnya bagi mengubah maksud ayat-ayat Allah. Maka itu ianya akan bercanggah dengan ayat Allah akan melindungi al-Quran.