BTC USD 84,590.5 Gold USD 4,311.03
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kisah Cinta Anda....

Episod 5 - Cinta Di Ipt

EPISOD 1
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1337046&postcount=336


EPISOD 2
http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1340679&postcount=376

EPISOD 3

http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1341747&postcount=466

EPISOD 4

http://carigold.com/portal/forums/showpost.php?p=1343053&postcount=527



Dah 2 bulan aku menyendiri sejak berpisah dengan Mas. Tenang rasanya bila single ni. Tak lagi perlu menyimpan rase sakit di hati. Tak perlu mengharap pada kasih yang tak pasti. Aku bebas untuk keluar dengan teman-temanku yang lain.

”Weh korang nak pegi karaoke tak. Aku dah lama tak test suara ni.”
”Biler? Malam ni ker...kitaorang no hal. Ko ambik kami kat blok.”

Malam tu, kami ke Angsana melayan karaoke. Sarina and the geng Ezord, Nadia, Huda sungguh meriah malam itu. Aku merasa puas bila keluar dengan kanak-kanak ribena ni, sporting abis. Hilang segala tensen aku belajar. Setelah melayan karaoke, kami pegi ke City Square untuk layan movie ‘Rempit’. Ceritanya ringkas namun penuh dengan aksi yang …… . Alahai dahla aku sorang lelaki dalam group tu. Aku pandang Sarina. Sarina pandang aku. Haha...sume buat muka tak bersalah.


Rupanya dalam diam hati aku mula sukakan seseorang. Dia adalah rakan dalam group kanak-kanak ribena. Huhu, sebenarnya aku dah lama minat dia ni. Sejak mula-mula dia muncul di depan mata aku. Tapi masa tu, aku dah berpunya, so aku lebih selesa berkawan sahaja. Dia pun nampaknya selesa berkawan denganku. Sarina, gadis kecil molek berketurunan melayu cina memang seorang yang baik dan peramah. Sifatnya yang sentiasa hepy go lucky membuatkan aku suka berkawan dengannya. Namun setelah aku putus cinta, aku merasakan kehadiran dirinya begitu bermakna dalam hidupku. Sehinggalah pada suatu malam.....

”Sarina, aku nak ajak ko kuar makan la. Boring la plak.”
Makan? Yeyeyeye...wan banje.” sahut Sarina yg bersifat keanak anakan.
”Kita makan kat depan kolej je la.Aku tunggu ko kat sana,” kataku lagi.


” Haaa, ada apa nak jumpa aku sorang-sorang di malam yang indah ni.” sinis Sarina.
”Hehehe, takdelah. Ntahlah, aku terasa sejak akhir-akhir ni aku nak cakap something la dengan ko. Walaupun aku segan nak beritahu, tapi aku kena bagitau jugak. Tak larat dah nak pendam. Apa nak jadi jadilah. ” aku tersenyum sorang.
”Hurm, ko suke kat aku yer.” Sarina cuba mengagak.
”Ades....apa yang tersirat dah pun tersurat kat mulut ko. Terer tul ko ni. Bolehker, Sarina?” aku memandang di wajahnya yang chubby itu.

”Aku! Aku baru je la kapel bulan lepas. ” terang Sarina.
” Hah, ko dah kapel, tak tau plak aku.” aku terkejut dengan kenyataan dia. Selama berkawan dengannya, belum pernah aku tahu dia mempunyai insan istimewa.

”Aku ni dah nak masuk 21 tahun la, risau gak takde pakwe. Tu aku carik pakwe tu. Ko plak dah ada awek. ” terang Sarina lagi.

”Owh kalu gitu, takperla. Aku ingat ko single.”
”Ala wan, aku nak ko janji dengan aku ok, kita akan tetap berkawan sampai bila-bila. Jangan tak kawan dengan aku plak lepas ni.” terang Sarina.

”Takyah risau la, aku ok la...kita kawan.” aku mula akur dengan jawapan itu.



Seperti biasa, aku dengan rutinku menghabiska masa di bilik komputer fakulti sains komputer. Ntahla, hari ni aku datang awal pagi la pulak. Kehadiranku di sini disambut mesra oleh kakitangan kat sini. Maklumla asyik muka ni jer yang datang. Friendster. Laman pertama yang ku capai apabila memegang mouse. Hah, ada mesej ni. Aku mula membuka mesej tersebut. Datangnya dari Mastura, kekasih lamaku dahulu. Sejak pertemuan terakhir aku dengannya, aku langsung tak pernah bertegur sapa dan menghubungi dia. Tetapi hari ini, dia dia cuba memberitahu sesuatu.....ku baca satu persatu .....


10/4/2006 4:26 am
akum..
dah lama benar aku tak bercakap ngn ko
aku nak minta maaf sangat2
aku tau aku banyak sangat buat salah kat ko
aku tau aku banyak sakitkan hati ko
aku tau aku banyak buat ko tensen
selama kita kenal ko banyak tolong aku
minta maaf ye
aku minta maaf sangat2
ikhlas maafkan aku yer
​


Apakah yang terjadi selepas ini? Adakah Mastura ingin kembali? Adakah aku memaafkan dirinya?

Bersambung…..

------semua cerita dan watak dalam kisah ini adalah kisah benar yang dilalui penulis---------​
 
hehehe bawak bersabar.. skrg aku tgh keje ni sambil cilok2 kejap sebab dh x brp bz.. nnti mlm kt rumah aku sambung lg ok?? lgpun tgh cari idea gak nk mengarang ni walaupun nmpk mcm spontan jer tulisanku.. Anyway thanx sebab bg support...:)paid

Okie dokie...janji ko sambung cite ko...hehehe :D
 
sory geng ..pendek je kali ni...xde masa nak mengarang....
 
Cerita Nemo bersambung la lagi...hahaha. Tak sabar lak nak tahu apa kesudahannya...:D
 
ala nk segan apa plaknya.. gunakan ajer nama samaran confirm org x tau kan?? Ni sambil2 tgh tunggu nemo sambung kisah cinta dia.. tp memandangkan beliau yg hensem itu teramat sibuk so ada baiknya ada org lain plak yg bercerita utk memeriahkan sket thread ni..:)cgrock

Eeheheh nemo tu laki ke pmpuan?
Konfius lak!

Ala kesah2 biasa je!
~ dihalang parents
~ bf curang
~ bf kaki kikis

itu aje la.. akkekke! :p
 
akhirnya nemo elah berjayan mengubat kerinduan penggemar setia kisah cinta beliau.. makin bertambah hensem plak beliau encik nemo ni..hehehehehe..
 
Cerita Nemo bersambung la lagi...hahaha. Tak sabar lak nak tahu apa kesudahannya...:D

hehee..tunggu.....:p


akhirnya nemo elah berjayan mengubat kerinduan penggemar setia kisah cinta beliau.. makin bertambah hensem plak beliau encik nemo ni..hehehehehe..

malangnya tidak:((
 
hehehe...ak kembali...nk sambung cita...
bila ak da abis skola...ak igt dapatla selalu jumpa awek ak.rupanya makin teruk...hehehe...awek ak cemerlangla pulak utk pmr dia.n dia mohon masuk mrsm.dapatla dia g mrsm serting,n9. sekali lagi ak sendiri...huhuhu...ak pulak dapat masuk kolej.sbb xbape nk pandai bab blaja,asik main je...hehehe...sebab da makin berjauhan,kami pun hanya sekadar sms n callin2 je. utk pengetahuan korg gak, ak n dia ni ttp xdapat kuar sama2 sbb parent dia x bagi kuar bersama.xbagi jumpa sbb dia masih budak sekolah.itu alasan parent dia.tp itu tak jadi penghalang wat ak...sbb time tu mmg ak da lock target dalam kepala ak...diala isteri ak kalo ak kawen satu hari nnt...hee...tp,nk dijadikan cita mmg dasar laki.xcukup satu(aku ngakula...) time ak blaja kat kolej nie ak adala terpikat dengan sorg pompuan ni. ekin namanya.budak satu aliran dengan ak tapi lain group.tp x menghalang ak dari nk berkenalan...dia tgl kat asrama pompuan time tu n ak plak slalu aktif dgn bdk2 teater. jadi, budak2 teater pun duduk berdekatan dengan dorm bdk2 pompuan. time tu la ak usya2 dia. smpila satu hari masa pementasan teater tu ak ajak dia dtg tgk n ms yg sama ak nekad nk luahkan perasaan ak. time tu bukan main gemuruh ak. yer la...takot2 gak kena rejek....ak tahan,tgu smpi abis teater. lupa ak nk cita...daya penarik kat ekin ni pun xdela apa2 sgt...sekadar sedap mata memandang, orgnya pun kurus keding,kulit je putih.tp sbb dia pki bj kurung n innocence tu yg wat ak terpikat. akhirnya teater pun tamat malam tu...n dia pun nk balik da...mlm tu ak tgu time dia kuar, ak luahkan perasaan ak kat dia. "ekin, sbnrnya...sy pgl ekin ni sbb nk jmpa ekin in pvt. sy nk bagitaw yg saya mmg da suka sangat tgk ekin mmg minat gila2 n rasa nk kenal sangat2 dengan ekin. blh x?" dia diam membisu...wat ak nervous...lama dia diam... "minta maaf nage...sbnrnya ekin da ada bf" pergh!!! sedih ak...ayat yang ak xnk dengar...akhirnya kuar...huhuhu...ak kena rejek nie...sedey sangat.... apa ak nk wat, control macho? biarkan saja? tunggu je awek ak yg kat mrsm??? hmmm....da dekat2 pukul 5...ak nk balik da...papai...
 
ni boring nemo ni..
asyik bersambung jer..lama lak tu nak bersambungnye...

masih setia menunggu..hehe...
 
Back
Top
Log in Register