Perspektif positif terhadap ujian dan MUSIBAH yang melanda adalah sabda Nabi Sallallahu álaihi wasallam beliau :
مَا يُصِيبُ الْمُسْلمَ مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلاَّ كَفَّرَ اللهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
“Tidaklah menimpa seorang muslim kelelahan, sakit, kekhawatiran, kesedihan, kesakitan dan kedukaan, sampaikan duri yang mengenai dirinya, kecuali Allah akan menghapus dengannya dosa-dosanya" ( Hadis sahih riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Syaratnya mestilah SABAR atas musibah yang menimpa itu. sebagaimana firman Allah swt
وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ. الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Ertinya : Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Namun jika musibah itu melanda secara hak dirampas dan dizalimi, digalakkan untuk menuntut keadilan dari pihak berkuasa. Jangan pula, redha dengan ujian itu dengan hanya dengan membiarkan terus diri dizalimi. Ia masih dalam erti sabar ketika musibah.
#DrZaharuddinAbdRahman