BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

menarik seperti bunyinya

  • Author Author reymereyz
  • Create date Create date
  • Last update Updated
  • Blog entry read time Blog entry read time 2 min read
Menarik seperti bunyinya, tapi kelebihannya adalah
untuk semua umat Islam seluruh dunia sebagai satu
lambang perpaduan. Jika dilihat dari peta dunia kita
akan mendapati bahawa Indonesia berada di sebelah
timur bumi. Bahagian besar Indonesia adalah
kepulauan Jawa, Sumatra, Borneo dan Saibil.

Apabila Subuh menjelang tiba di bahagian Timur
Saibil pada 5.30 pagi mengikut masa tempatan, azan
Subuh berkumandang. Ribuan Muazzin di Indonesia
mula melaungkan seruan azan. Proses ini
berlanjutan sehingga ke barat Indonesia. Sejam
setengah selepas azan di keseluruhan Saibil selesai,
ia akan mula bergema di Jakarta. Azan di Sumatra
pula akan mengikuti proses ini secara berperingkat-
peringkat dan sebelum azan di keseluruhan Sumatra
berakhir, gema azan sudah mula berkumandang di
sebahagian tempat di Malaysia. Persempadanan
seterusnya adalah Burma selepas setengah jam
bermula di Jakarta yang menjangkaui Dacca, ibu
negara bagi Bangladesh. Selepas itu, kita akan
mendapati bahawa azan ini telah mula kedengaran di
bahagian barat India iaitu dari Calcutta ke Srinagar. Ia
kemudian diikuti oleh Bombay dan di persekitaran
keseluruhan India. Srinagar dan Sialkot (Bandar di
utara Pakistan) mempunyai masa yang sama untuk
azan. Perbezaan masa antara Sialkot, Quetta dan
Karachi adalah empat puluh minit dan pada waktu ini
Azan subuh kedengaran ke seluruh pelusuk Pakistan.

Sebelum ia berakhir di sana, ia telah bermula di
Afghanistan dan Muscat. Masa perbezaan antara
Muscat dan Baghdad adalah sejam. Azan terus
bergema diantara masa sejam itu di persekitaran
Hijjaz-e-Muqaddas (Kota suci Makkah dan Madinah),
Yaman, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Iraq.

Perbezaan masa antara Baghdad dan Inkandariah di
Mesir adalah sejam. Azan terus bergema lagi di
Syria, Mesir, Somalia dan Sudan pada masa itu.
Masa perbezaan antara timur dan barat Turki adalah
satu setengah jam. Pada masa itu, azan subuh akan
terus bergema untuk memanggil semua umat Islam
menunaikan solat.

Iskandariah dan Tripoli (Ibu Negara Libya) pula
mempunyai perbezaan waktu selama sejam. Proses
melaungkan azan akan terus berkumandang di
seluruh kawasan Afrika selepas itu.

Oleh itu, seruan Tauhid yg telah bermula di Indonesia
menjangkaui pantai timur lautan Atlantik selepas
sembilan setengah jam.

Terlebih dahulu Azan akan melalui pantai Atlantik,
proses azan Zohor pula sudah bermula di Timur
Indonesia dan sebelum ia melalui kawasan Dacca,
azan Asar bermula lagi di Timur Indonesia. Sejam
setengah kemudian pula Maghrib menjelma dan
apabila maghrib melalui kawasan Sumatra, masa
seruan azan di Saibil pun bergema. Apabila Muazzin
di Indonesia mula melaungkan azan Subuh semula
pada hari berikutnya, Muazzin di Afrika sedang
melaungkan Azan Isya.

Jika kita fikirkan mengenai fenomena ini dengan teliti,
kita akan dapat merumuskan satu keajaiban yang
mana tidak ada masa sedikit pun Muaazzin di
seluruh dunia tidak melaungkan azan. Walaupun
semasa kita membaca artikel ini sekali pun, anda
dapat memastikan bahawa ribuan manusia di luar
sana sedang mendengar dan melafazkan azan. Di
situlah kitamendapati bahawa setiap detik ada saja
azan bergema menjangkau persempadanan dunia.

Ya, hanya Allah yang kita sayangi. Allah jualah
penulis bagi kehidupan kita dan penyelamat kita.
Allah membenarkan kita hidup siang dan malam.
Tanpa kasih sayang Allah siapalah kita. Tapi dengan
kasih sayang-Nya, segala-galanya dipermudahkan
untuk kita. Allah lah kekuatan kita.

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
reymereyz
Read time
2 min read
Views
701
Last update

More entries in Others

More entries from reymereyz

Back
Top
Log in Register