BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DIY Tali Hati

  • Author Author Pelamin2u
  • Create date Create date
  • Last update Updated
  • Blog entry read time Blog entry read time 1 min read
diy-tali-hati.jpg



Terdapat banyak cara yang berbeza untuk anda menghias pada perkahwinan anda sendiri, salah satu cara hiasan yang senang adalah DIY tali hati ini. Jumlah kos yang diambil untuk DIY ini adalah sangat rendah. Tetapi bahagian kos yang paling mahal dalam projek ini adalah kayu. Selain itu, DIY ini boleh dilakukan hanya dalam beberapa jam sahaja. Jom ikuti kami cara untuk melakukannya.

Barang yang perlu ada:

- Sekeping kayu.
- Kertas besar bewarna putih.
- Pensil.
- Semburan cat untuk cat pada kayu.
- Benang atau tali.

Cara-caranya:

1) Spray cat kayu anda dengan menggunakan warna latar belakang yang anda pilih.

2) Setelah cat kering, tape kayu anda dengan menggunakan kertas putih dan lukiskan bentuk hati diatas kertas itu. Besar bentuk itu terpulang pada diri anda.

3) Kemudian, pakukan sekitar atas keseluruhan bentuk hati anda. Anda dinasihatkan untuk memaku dengan jarak kira-kira satu inci antara satu sama lain.

4) Setelah anda selesai paku, anda boleh menanggalkan kertas putih.

5) Sekarang anda boleh mendapatkan benang atau tali anda dengan mengikat simpulan di kepala salah satu paku anda dan matikan ia pada mana-mana paku anda. Tidak ada cara yang betul atau salah, anda hanya perlu berterusan mencorakkan ia sehingga anda suka corak yang anda buat.


Untuk menyewa persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Pelamin2u.com

Comments

There are no comments to display.

Blog entry information

Author
Pelamin2u
Read time
1 min read
Views
167
Last update

More entries in Others

More entries from Pelamin2u

  • DIY Kasut Pengantin
    Adakah anda seorang yang kreatif? Anda inginkan kelainan pada kasut persandingan anda dan ingin...
  • DIY Guest Book 1
    Guest book merupakan salah satu cara untuk pasangan pengantin memperoleh ucapan tahniah daripada...
  • DIY Lilin Bercorak
    Anda ingin menggunakan lilin sebagai hiasan untuk majlis perkahwinan anda tetapi lilin yang ada...
  • DIY Huruf Berkilau
    Bagi anda yang inginkan kelainan untuk dihias di bahagian photobooth, anda boleh la mencuba idea...
  • DIY Bunga Kertas
    Jika anda inginkan kelainan untuk hiasan sewaktu majlis perkahwinan dan anda berminat untuk...
Back
Top
Log in Register