BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ZUS Coffee Menerima Suntikan Dana Berjumlah RM250 Juta

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
ZUS Coffee, salah satu rangkaian kedai kopi yang turut mengintegrasikan teknologi dalam operasinya, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana berjumlah RM250 juta daripada beberapa pihak, termasuk KWAP dan juga Kapal Api Group. Suntikan dana ini dijangka akan digunakan dalam terus memperluaskan penawaran mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dirantau Asia Tenggara ini. ZUS Coffee pada hari ini mempunyai sekitar 600 kedai di Malaysia, dan turut telah membuka sekitar 50 kedai di Filipina. Selain kedua-dua pasaran ini, ZUS turut sedang melihat untuk memperkenalkan penawaran mereka di Singapura dan Brunei dalam tahun ini.
1725965983880.png

Bergerak kehadapan, ZUS turut menyasarkan untuk membuka di lebih negara baharu pada 2025 kelak. ZUS Coffee sebelum ini sedia menawarkan aplikasi mudah-alih yang mesra pengguna dalam menarik ramai menggunakannya dan setia dengan penawaran kopi berkenaan. Malah, baru-baru ini juga ZUS pernah bereksperimen dengan kaedah bayaran menggunakan imbasan wajah.​
 
24.04.2025 - Dalam masa kurang lima tahun, jenama kopi tempatan ZUS Coffee yang dimiliki oleh Zuspresso Sdn Bhd telah mencipta kejutan besar dalam industri F&B Malaysia – mengalahkan Starbucks dan muncul sebagai rangkaian kopi terbesar negara. Menurut The Edge, tahun ini ZUS mengorak langkah lebih jauh dengan rancangan untuk membuka hampir 200 cawangan baharu di Asia Tenggara. Mengikut kenyataan Ketua Pegawai Operasi, Venon Tian, ZUS akan;​
  1. Tambah 107 kedai baharu di Malaysia
  2. Buka 80 kedai di Filipina
  3. Tambah 6 kedai di Singapura
  4. Masuk pasaran baharu: Thailand dan Indonesia
ZUS Coffee kini mengendalikan 743 kedai di Malaysia, meninggalkan Starbucks jauh di belakang dengan hanya 320 kedai. Kemenangan ini turut didorong oleh boikot pengguna terhadap Starbucks, susulan kaitan syarikat itu dengan konflik di Gaza – yang telah menjejaskan pendapatan operator tempatan mereka, Berjaya Food Bhd. ZUS Coffee tidak terhenti di situ, di Filipina, mereka kini mempunyai 120 cawangan, disokong pelaburan daripada jutawan terkenal Frank Lao. Di Singapura, mereka sudah menapak dengan empat lokasi. Di Brunei, ZUS menggunakan model francais untuk beroperasi.
1745500494343.png

ZUS tidak hanya menjual kopi – mereka menjual pengalaman yang diadaptasi mengikut budaya tempatan. Di Malaysia, ZUS menawarkan kopi dengan perisa gula Melaka, manakala di Filipina, mereka tampil dengan inovasi seperti kopi perisa ubi ungu (purple yam). Pendekatan ini menjadikan jenama mereka lebih dekat di hati pelanggan. Ditubuhkan lewat 2019 sebagai kiosk penghantaran kopi melalui aplikasi mudah alih sendiri, ZUS melonjak naik ketika pandemik. Sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP), ramai bergantung pada penghantaran untuk keperluan harian – dan inilah masa ZUS benar-benar menyinar.
1745500528426.png

Kini, 70% daripada jualan ZUS datang dari atas talian, termasuk penghantaran dan pesanan untuk ambil sendiri (pickup). Fokus pada teknologi dan strategi penjimatan kos untuk kedai fizikal membolehkan ZUS menjual kopi pada harga lebih 20% murah berbanding Starbucks, tanpa mengorbankan kualiti.

Berita asal https://theedgemalaysia.com/node/752759
 
Kalau Starbucks perlukan RM500k untuk buka satu outlet, ZUS Coffee hanya perlu RM100k tapi hasil boleh sama atau lebih hebat.” - Venon Tian Tian, Group COO ZUS Coffee (Sesi: Gamuda Land Appreciation x Networking Luncheon)
.
.
Kawan aku Mr Bryan Lau sendiri hadir sesi ni. Duduk depan. Dengar terus daripada Venon Tian, orang kuat belakang kebangkitan ZUS Coffee.
.
.
Dan apa yang dia share dan aku belajar, bukan pasal kopi. Tapi pasal system, bold execution, and precision-engineered strategy powerful enough to rival Starbucks without ever becoming Starbucks
.
.
1. Kopi hanyalah tools. Yang kami jual ialah sistem.”
.
ZUS tak berlawan dari segi design kedai atau glam. Tapi dari segi Operational cost optimization coupled with strategic behavioral customer management. (Pengurusan kos dan kawalan behavior pelanggan).
.
🚀
Mereka capai profit dalam 10 bulan.
🚀
60 outlet jadi 365 outlet dalam masa 2 tahun.
🚀
Target tahun 2025 ini: 800 outlet, 4 negara.
.
Untuk bisnes SMEs?
.
Produk kita bukan satu-satunya yang best. Tapi sistem marketing, data customer, rutin pembelian, cashflow itu yang buat bisnes kita boleh tahan dan naik. Produk bagus tak cukup kalau sistem kita bocor.
.
.
2. Kami hanya perlu 20% dari kos setup Starbucks.
.
ZUS pilih lokasi kecil, fokus pickup dan delivery, bukan ruang mahal untuk dine-in.
.
High Value, Low Overhead.
.
Analogi:
.
Jangan bazir duit setup showroom besar atau influencer mahal gila tanpa jaminan ROI. Gunakan platform yang dah ada (Shopee, TikTok, Agent, reseller) + kawal repeat customer dari sistem sendiri.
.
Contoh: Tak perlu RM20K untuk booth mall. Guna RM2K untuk test iklan dan onboarding reseller, sama result, less risiko.
.
.
3. ZUS App = “Organ otak” bisnes mereka.
.
App ZUS bukan sekadar untuk order kopi.
.
+ Ia cipta profil rasa pelanggan (taste profile)
+ Simpan habit, timing, lokasi, repeat cycle
+ Beri recommendation ikut behavior
+ Dan semuanya: dibina in-house bukan beli dari vendor!
.
Untuk skincare:
.
Kalau kita tahu:
– Si A suka serum, beli 2 bulan sekali
– Si B suka travel pack sebab selalu ke luar negeri
– Si C beli bila gaji je masuk
.
kita boleh buat iklan, automation, voucher ikut habit tu.
.
Kita boleh guna:
.
Google Sheet + WhatsApp Automation + Notion atau CRM ringan macam Bigin by Zoho / Hubspot Free.
.
.
4. Customer tak datang sebab nak kopi. Tapi sebab mereka ada ‘hubungan’ dengan brands.
.
ZUS cipta flywheel loyalty:
+ Beli → Dapat point → Naik tier
+ Naik tier → Dapat promo personalized → Repeat
+ Repeat → Data → Lagi tajam targeting
.
CRM mereka bukan hantar ‘blast general’. Tapi auto-trigger ikut behavior.
.
Untuk skincare?
.
Bayangkan sistem macam ni:
.
+ Beli 2x cleanser → Unlock promo untuk toner
+ Birthday: Auto reminder + voucher + gift idea
+ 3 bulan tak beli? Reminder + reason untuk comeback
.
Itu baru engagement. Belum masuk retention hack macam:
.
+ Referral bonus
+ Bundling offer ikut jenis kulit
+ Eksklusif voucher untuk repeat customer sahaja
.
.
5. Semua produk kami dibina atas data. Bukan founder yang decide. Tapi data yang decide.
.
+ SKU mana paling popular?
+ Rasa mana paling dicari ikut lokasi?
+ Apa yang customer skip?
+ Bila customer start order semula?
.
Dalam bisnes kita tak boleh syok sendiri.
.
Formulasi produk + warna + packaging + size semua kena test dulu kecil-kecilan.
.
Jual 100pcs → Ambil review → Ubah → Baru scale 1,000.
.
ZUS buat benda yang sama. Tapi laju sebab data tu mereka pegang sendiri.
.
.
6. Kedai kami ada 3 jenis. Tapi semua ada sebab.
.
+ Kiosk – Grab & go, mall & office
+ Retail – Ada dine-in, standalone
+ Shop – Outdoor, full seating
.
Mereka bukannya tembak semua tempat. Tapi match dengan target & cost.
.
Untuk skincare:
+ Online = main pipeline
+ Agent/reseller = micro distribution
+ Booth/event = branding & lead gen
.
Kita kena tahu mana nak guna untuk jual, mana nak guna untuk branding.
.
.
7. Kami bukan nak jadi Starbucks. Kami nak jadi sistem paling cekap jual kopi yang orang nak ulang tiap minggu.
.
ZUS bukan cuba jadi hipster. Tapi jadi scalable, data-driven, community-based.
.
Untuk founder SMEs, ini pelajaran paling besar:
.
Jangan kejar nak jadi ‘famous’ dulu. Kejar nak jadi boleh ulang, boleh scale, boleh dikawal.
.
.
Penutup:
.
.
ZUS bukan jual kopi. Mereka jual sistem + emosi + data. Dan itu semua lahir dari keberanian untuk simplify dan fokus.
.
.
Apa yang aku dengar dari Venon Tian bila kawan aku share ;
.
+ bukan teori.
+ bukan retorik founder.
+ Tapi strategi orang yang pernah pegang 3 syarikat, dan tahu beza antara nak nampak gah dan nak kekal berniaga.
.
.
Btw : Slot sabtu dan ahad ni masih available, siapa nak boleh roger sini https://www.facebook.com/share/p/12JZzAqfpMd/
.
.
Hariz Rosli
Jangan Biarkan Esok Menyesal Dengan Hari Ini.
May be an image of 6 people and text that says EOLA GL BUSINESS GET SET, GETSET, ॐ GAMUDA GAMUDALAND LAND Appreciation X Networking Luncheon A JOINT COLLABORATION JOINTCOLLABORATIONWI WITH nystartr eam tory


Muhd Azrie Mohd Ali and others

sumber - https://www.facebook.com/share/p/1AMUyyUQGJ/
 
Back
Top
Log in Register