BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zulfadli 'diprogram' jadi juara Olimpik

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
KUALA LUMPUR - Banyak kebimbangan disuarakan peminat dan pemerhati badminton Malaysia tentang bakat besar Zulfadli Zulkifli sama ada mampu dimanfaatkan dan dijadikan sehebat jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Ketegasan bapa yang juga jurulatihnya, Zulkifli Sidek untuk meneruskan karier tanpa menyertai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengundang persoalan, apakah mereka mempunyai program yang benar-benar mampu mengangkat Zulfadli untuk memberi cabaran di peringkat tertinggi.

Ia bukan saja soal latihan, tetapi seorang pemain itu memerlukan sokongan penuh daripada pakar kecergasan, fisioterapi, motivasi, malah psikologi untuk menjadi juara dunia, dan sudah tentu dengan menyertai BAM, Zulfadfli mampu mendapat segala kemudahan yang diperlukan.

Zulfadli bagaimanapun bertuah kerana sekalipun tidak menyertai badan induk, dia dijanjikan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada KLRC, kelab yang dinaungi sejak 2007.

Pemilik kelab, Datuk Seri Andrew Kam memberi jaminan, bakat pemain itu tidak akan dipersiakan dan KLRC sedia menawarkan apa saja yang diperlukan untuk membantu.

Malah, tegas Andrew, biarpun sekadar berstatus kelab, KLRC tetap memiliki sasaran, menjadikan Zulfadli juara Olimpik dengan tumpuan adalah Temasya 2016 di Rio, Brazil.

"Saya tahu, bukan mudah hendak menghasilkan emas. Hendak melahirkan seorang pemenang pingat emas Olimpik adalah sama sukarnya dengan hendak menghasilkan emas yang sebenar.

"Bagaimanapun saya hanya pandai menghasilkan emas... bukan perak atau tembaga. Jadi, berapa mahal dan sukar sekalipun pelaburan yang dikeluarkan, saya sanggup melakukannya,'' kata Andrew, yang melakukan semua ini kerana minat yang mendalam terhadap badminton.

Katanya, biarpun menjadikan Zulfadli juara dunia dan Olimpik adalah misi utama KLRC ketika ini, namun kelab itu juga serius dalam melahirkan lebih ramai bakat muda.

Ditanya mengapa beliau sanggup berbelanja besar untuk badminton, sedangkan beliau hanyalah seorang ahli perniagaan biasa, Andrew berkata: "Denmark dan Korea Selatan pernah memenangi emas Olimpik, manakala England, malah Amerika Syarikat pernah memiliki juara dunia tetapi negara kuasa badminton seperti Malaysia belum pernah mengecapi semua itu,'' tegas Andrew.
 
bapak dia pon dari keluarga sidek gak tp bkn jaguh sidek la hehehe
 
Back
Top
Log in Register