BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ziarah kubur ketika hamil

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
SAYA mempunyai empat anak. Anak keempat meninggal dunia ketika berumur 10 bulan. Kami sekeluarga selalu menziarahi kubur anak saya ketika hari cuti.

Namun baru-baru ini beberapa rakan dan ibu memberitahu saya tidak digalakkan bagi perempuan mengandung selalu menziarahi kubur. Adakah ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan saya?

FAZIDAH
Kuala Lumpur

Menziarahi kubur dituntut pada semua umat Islam sebagai tanda ingatan kepada yang sudah pergi dan peringatan kepada yang masih hidup.

Pernah disebut dalam hadis mengenai wanita yang menziarahi kubur pada zaman jahiliah dulu dilarang seketika oleh Rasulullah SAW menziarahi kubur kerana mereka tidak dapat menahan emosi sehingga keterlaluan meratapi mayat.

Ada juga yang sampai peringkat mengoyak baju dan pelbagai kerenah melampau.

Bagaimanapun selepas kedatangan Islam, wanita semakin dibimbing dan mereka dapat menahan emosi, lalu Rasulullah membenarkan mereka berziarah dan larangan itu dimansuhkan.

Tidak ada badi atau apa-apa kesan buruk jika wanita mengandung menziarahi kubur. Jagalah akhlak dan banyakkan berdoa, insya-Allah akan dipelihara Allah.
 
Back
Top
Log in Register