BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ZenithGold www.zenithgolds.com

nak tahu info lbh lanjut blh hubungi no yg diberi.
kalau zg ni tak ok, buat apa kami join...
saya tahu zg ni tahun 2015 lagi tapi sbb tak yakin dan takut sgt rugi rm380 tu saya tak join pun. bukan ribu-ribu pun utk kita mencuba...
org yg krik krik tu malas nak layan tu. saya pun jarang buka fb tu...
 
Zenith gold dah dalam Consumer Watchlist Bank Negara, itu tanda tak patuh undang2 dan syariah. Yg lain2 dah dibincang. Memang kalau kita tengok skim yg dapat duit mudah dan banyak, kita akan tertarik dan akan cuba cari jalan untuk halalkannya. Upline macam ni dah kabur halal haram untuk mereka kerana dah tenggelam dalam wang haram

-ustaz Abdul Aziz Mohd Nor ustaz lariba
 
Abis, yg tak tersenarai dlm bnm pun kantoi tu apa cer...
Tak sampai setahun beroperasi habis melingkup.
In sha allah, zg ni patuh syariah sbb keuntungan yg diberi secara tetap adalah haram. Zg tak bg keuntungan tetap pun...
 
Bos, zg ni syarikat yang buat investment dan jual beli ke camno? Syarikat buat untung dari jalan emas ke camno?
Den tak nampak dari aktiviti camno syarikat buat untuk nak maintai ROI client

******************
cantik soalan ni.

zg ni takde jual beli barang pun. sykt zg ni adalah sebuah sykt pengeluar emas terbesar dunia. mempunyai lombong emas sendiri. dia melabur di dalam saham emas dunia. jadi, ahli yang join zg ni menumpang melabur di dalam sykt zg. keuntunggan diberi secara harian di antara 0.50% - 2.0%. menggunakan sistem kompaunding selama 400 hari. kita bukan macam powergold beli emas pastu tggu harga emas naik kita jual balik emas tu. salah tu.
selepas akaun kita matang 400 hari, kita akan dibayar dalam 2 btk iaitu:
70% cash
30% emas zg (gold bar)emas tulen dari sykt zg sendiri

selain tu, sapa yang rajin menaja akan dibayar bonus iaitu:

bonus tajaan
bonus pairing
bonus placement
bonus matching
reward kereta bmw

sykt zg ni ada lesen sah berdaftar di uk dan telah beroperasi lbh 30 tahun pun. zg ni di bawa masuk ke malaysia pada sept 2014 dan sehingga kini tidak pernah gagal membayar.

info lanjut blh whatsapp 019-3001208



ZG nak menipu pun agak2 ler sam dol ...

rujuk https://www.facebook.com/groups/AntiPonziMalaysia/permalink/1775395019449313/

ZG: CARA MUDAH UNTUK BUKTIKAN SINDIKET ZENITH GOLD (ZG) MENIPU MENGENAI Zenithgold Limited, UK

Sindiket ZG kat Malaysia kata 'syarikat' Zenith Gold International Limited (ZGI), yang alamat laman webnya: www.zenithgolds.com KONONNYA terletak di kepulauan British Virgin Islands (BVI) menggunakan (sebenarnya: MENUMPANG) nombor pendaftaran HQ / ibu pejabatnya (KONON) iaitu Zenithgold Limited, UK.

Laman web rujukan yg disebarkan oleh sindiket ZG mengenai perkara ini (sebenarnya: PENIPUAN ini) adalah:

https://www.endole.co.uk/company/01593045/zenithgold-limited

Secara logiknya, jika betul la Zenith Gold International Limited (ZGI) kononnya WUJUD secara SAH di Kepulauan BVI, sepatutnya ZGI ada nombor pendaftaran syarikat yg tersendiri dengan pihak berautoriti di BVI dan tak sewajarnya MENUMPANG nombor pendaftaran HQ (KONON) di UK.

Sindiket ZG MENIPU & MEMPER*****KAN PARA 'PELABUR'NYA untuk turut menyebarkan info syarikat Zenithgold Limited seperti yang tertera pada laman web Endole di atas, TAPI MEREKA SENDIRI TAK MEMBACA DENGAN TELITI.

Antara perkara yg mereka TAK BACA DENGAN TELITI / TAK PERASAN / TAK MAHU BERFIKIR:

1) LOGO

- Zenithgold Limited di UK yang KONONNYA HQ kepada ZGI di kepulauan BVI menggunakan logo yg jauh BERBEZA. Bandingkan logo berwarna MERAH & bertulisan PRIOR dengan logo ZGI yang menggunakan singkatan ZG dan berwarna EMAS.

2) LATEST FINANCIALS

- Cuba lihat graf di sebelah kanan yang menunjukkan Net Worth syarikat Zenithgold Limited yang semakin naik tetapi JELAS Net Worth syarikat TAK SAMPAI £200k PUN. Di bawah graf tu tertera:

Cash in Bank hanya £94.2k (atau GBP94,200)

Total Assets hanya £159.04k (atau GBP159,040)

Net Worth yang lebih tepat hanya £157k (atau GBP157,000)

(semua dalam nilai £ / British Pound Sterling / GBP).

- BERDASARKAN LATEST FINANCIALS tersebut, jelas bahawa Zenithgold Limited bukan syarikat besar. Tak mungkin ia adalah syarikat yg berkait dengan EMAS.

- Master Dealer Sabbri & upline2 TERAWAL di puncak skim piramid ZG yg masuk 'pelaburan ZG' pun dah dapat duit juta2 (walaupun dalam RM, bukan Pound Sterling), takkan la syarikat 'HQ' kepada ZGI buat bisnes TAK SAMPAI PUN NILAI SEJUTA POUND STERLING???

- Nampak sangat Zenithgold Limited SEBENARNYA BUKAN HQ kepada ZGI di BVI bahkan Zenithgold Limited di UK tu hanya sebuah syarikat kecil.

3) GROUP STRUCTURE

- Group Structure: No parent company or subsidiaires reported
(ejaan subsidiairies tu Endole mungkin salah taip, ejaan yg betul: subsidiaries).

- Maksudnya, Zenithgold Limited kat UK ni memang syarikat kecil sebab No parent company or subsidiaries (Tiada syarikat induk ataupun anak syarikat).

4) CLASSIFICATION

- Classification: Letting and operating of own or leased real estate (other than Housing Association real estate and conference and exhibition services) n.e.c. (68209)

- Ini menjelaskan lagi mengapa Zenithgold Limited sebuah syarikat kecil, meniaga pun tak sampai nilai juta2.

- Sindiket ZG cuba SPIN kononnya perniagaan Zenithgold Limited dalam 'real estate' tu termasuk galian (emas) di bawah / dalam tanah 'real estate' tersebut.

- Ok la, kalau betul la Zenithgold Limited, UK yg KONONNYA HQ kepada ZGI kat BVI ni betul ada meniaga EMAS / CARIGALI EMAS / PASARAN SAHAM EMAS / VENDING MACHINE EMAS, sila cari TANG MANA ada sebut benda berkaitan dengan EMAS kat laman web Zenithgold Limited tu yg beralamat seperti di bawah (berdasarkan info syarikat dalam laman web Endole di atas):

http://www.priorestates.co.uk

Cuba la cari kalau jumpa dalam senarai Service syarikat tu yg ada berkaitan dengan EMAS:

http://www.priorestates.co.uk/services

KEPADA GENG SINDIKET & 'PELABUR' TEGAR ZG,
SELAMAT MEMBACA & MENGKAJI SEMULA DENGAN LEBIH TELITI INFO DALAM LAMAN WEB ENDOLE YG ANDA RUJUK & SEBARKAN SELAMA INI.

NOTA:

Hubung kait antara Zenithgold Limited dengan Prior Estates Limited & mengapa syarikat Zenithgold Limited menumpang laman web Prior Estates Limited kurang jelas & sangat meragukan.

Selain info syarikat Zenithgold Limited, dalam laman web Endole juga ada info syarikat Prior Estates Limited. Kedua-duanya menggunakan logo yg sama (PRIOR) & alamat syarikat yg hampir sama.

Bandingkan antara dua info syarikat tersebut:

1) Zenithgold Limited

Alamat:
First Floor Leonard House 7, Newman Road, Bromley, Kent

https://www.endole.co.uk/company/01593045/zenithgold-limited

2) Prior Estates Limited

Alamat:
7 Leonard House, Newman Road, Bromley

https://www.endole.co.uk/com…/01874154/prior-estates-limited

Lihat pada LOGO syarikat yg sama & ALAMAT yg hampir sama antara kedua-dua syarikat.

SUNGGUH MERAGUKAN!!!

Anda boleh tengok sendiri peta & foto 360 bangunan / kawasan Leonard House, Newman Road, Bromley, Kent, UK yg SIMPLE & TIADA BANGUNAN PENCAKAR LANGIT melalui Google Maps / Street View untuk lebih jelas & faham mengapa Zenith Gold Limited / Prior Estates Limited hanyalah sebuah syarikat kecil & tidak meniaga juta2 pun:

GOOGLE MAPS:




 
nak tahu info lbh lanjut blh hubungi no yg diberi.
kalau zg ni tak ok, buat apa kami join...
saya tahu zg ni tahun 2015 lagi tapi sbb tak yakin dan takut sgt rugi rm380 tu saya tak join pun. bukan ribu-ribu pun utk kita mencuba...
org yg krik krik tu malas nak layan tu. saya pun jarang buka fb tu...


saya tanya pasal saham emas tu macam mana. Nak tau apa yang dimaksudkan dengan saham emas ni.

Ada pulak tanya suruh contact no tu. Tak menjawab soalan ni boss.
 
lagi pulak saya bukan nak tahu okay tak okay dari sudut pandangan tuan dan mereka yang dah join. Dan bukan soal RM380 tu kalau habis pun tak rugi ke apa.

Saya jumpa beberapa orang yang promote ZG ni dan sebut pasal saham emas dunia. Apa dia saham emas dunia ni??
 
cakaplah apa pun ttg zg. zaman skrg ni zaman fitnah berleluasa tanpa sempadan. fitnah dihujung jari. semua boleh diedit atau boleh diputar belitkan fakta. buatlah apa yang anda suka janji bahagia. zg pun tak paksa org join sbb kami tetap dapat keuntungan 7-8 kali ganda selepas 400 hari tanpa ada org bwh join. dah masuk tahun ketiga pun zg di malaysia ni. nak join jom, tak nak takde paksaan. kami ahli zg tak rugi apa-apa pun.
 
lagi pulak saya bukan nak tahu okay tak okay dari sudut pandangan tuan dan mereka yang dah join. Dan bukan soal RM380 tu kalau habis pun tak rugi ke apa.

Saya jumpa beberapa orang yang promote ZG ni dan sebut pasal saham emas dunia. Apa dia saham emas dunia ni??

ASNB MELABUR DI DALAM BURSA SAHAM (BSKL)

ZG MELABUR DI DALAM BURSA SAHAM (DUNIA) SAHAM YANG MENGAWAL TURUN NAIK HARGA EMAS DUNIA (BOLEH TGK MELALUI www.kitco.com)
 
aku susah nak percaya ZG ni.
emas ni beli 1g sebulan je.
 
aku susah nak percaya ZG ni.
emas ni beli 1g sebulan je.

BILA MASA PULAK ZG NI JUAL BELI EMAS...
ZG NI PELABURAN MCM ASB TU...

ASB
*KEUNTUNGAN DAPAT SLPS 365 HARI
*MELABUR DI BURSA SAHAM (BSKL)
*KEUNTUNGAN 7.5% - 10%
*KALAU BUAT LOAN KENA BAYAR BULAN-BULAN
*DIBAYAR 100% TUNAI

ZG
*KEUNTUNGAN DAPAT SLPS 400 HARI
*MELABUR DI BURSA SAHAM DUNIA (SAHAM YANG MENGAWAL TURUN NAIK HARGA EMAS DUNIA) www.kitco.com
*KEUNTUNGAN DI BAYAR HARI-HARI GUNA SISTEM KOMPAUNDING DI ANTARA 0.5% - 2.0%
*MODAL SEKALI SAHAJA
*DIBAYAR DALAM 70% TUNAI DAN 30% EMAS ZG (GOLD BAR)
 
Back
Top
Log in Register