BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zayn Malik cetus kontroversi

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
Zayn Malik cetus kontroversi

hi_05.1.jpg

DARI kiri: Zayn Malik, Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Liam Payne anggota Kumpulan One
Direction ketika menghadiri tayangan perdana filem Men In Black 3 di Ziegfeld Theatre, New York pada 23
Mei lalu. - AFP​


LOS ANGELES 20 Jun - Anggota kumpulan One Direction, Zayn Malik dituduh cuba mempengaruhi peminat muda kumpulan itu memeluk Islam.

Seorang pengulas anti-Islam Amerika Syarikat (AS), dilaporkan memberi amaran kepada orang ramai supaya 'menjauhkan anak perempuan mereka' daripada kumpulan remaja popular di Britain itu.

Debbie Schlussel dalam blognya menuduh, Zayn, 19, 'menyebarkan Islam' di kalangan golongan remaja.

Ayah Zayn ialah rakyat Britain berketurunan Pakistan, manakala ibunya pula ialah wanita Inggeris.

Namun, Zudhi Jasser, rakyat AS yang sering menentang radikalisme Islam, menolak tuduhan itu, lapor akhbar Daily Star.

"Apa yang dilakukannya adalah sebagai tanda dia menghormati dan bangga dengan agama yang dianutinya," katanya.

Debbie turut menuduh tatu tulusan Arab dan media sosial Zayn digunakan untuk mempromosi agama itu kepada peminatnya.

"Dia bukan sahaja tweet mengenai puasa di bulan Ramadhan, tetapi juga memberitahu peminat bahawa Allah adalah satu-satunya Tuhan dan Muhammad nabi sebenar.

"Jauhkan anak-anak anda daripada Zayn Malik," kata Debbie dalam amarannya kepada orang ramai dalam blognya. - AGENSI



sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm
 
org islam jadi star kat US kena kritik,yg dlm movie US dok tunjuk lambang salib tu xpe plak..hmmm..
 
Uuuu...bagus ni...go zayn malik....kongsikan apa yg anda ada...
 
ada tarikan jugak ni rasanya
 
sentiasa ade penentangan dari golongan kuffar ni,teruskan perjuangan anda.
 
teruskan selagi anda berada di landasan yg betul.....di jalan yang benar....:D:D
 
Back
Top
Log in Register