TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,197
- Points
- 2,836
MOHD. ZAQHWAN semakin berani untuk mencuba sesuatu yang baru dalam karier sukan pemotoran.
Dia kini mahu mencuba bersaing dalam kategori Supersports 600cc pada Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Zhuhai, China hujung minggu ini.
Sebelum ini, pelumba berusia 16 tahun itu beraksi dalam kategori Underbone 115cc.
Dia akan menggantikan tempat Mohd. Suhadi Ali Rahmat dalam pasukan Boon Siew Honda Racing Malaysia dan akan bergandingan dengan rakan sepasukan baharunya, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd. Emir Firdaus Hasan.
Zaqhwan ketika ini menghuni tangga ke-19 keseluruhan bagi kategori Underbone 115cc dengan 19 mata namun dia tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi dalam kategori SuperSports 600cc.
"Sememangnya sudah menjadi impian saya untuk beraksi dalam SuperSports 600cc dan saya tidak menyangka peluang itu datang secepat ini," kata Zaqhwan.
Sementara itu, pengurus pasukan Zaqhwan, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini dari Pachie Yuzy Honda Racing berterima kasih kepada Boon Siew Honda Racing Malaysia kerana memberi peluang buat pelumba muda itu beraksi di Zhuhai dan juga pusingan akhir di Qatar nanti.
"Kami benar-benar menghargai peluang yang diberikan kepada Zaqhwan untuk dia menimba pengalaman di peringkat Asia.
"Saya dapat melihat bakat yang ada padanya dan dengan didikan dan tunjuk ajar yang betul serta pendedahan yang luas, saya percaya dia mampu untuk pergi lebih jauh dalam karier perlumbaannya," katanya.
Yuzy kemudiannya menambah: "Ini merupakan perlumbaan pertama Zaqhwan dalam kategori SuperSports 600cc dan juga kali pertama dia beraksi di Litar Antarabangsa Zhuhai. Berlumba dalam suasana yang baharu bukan satu masalah baginya namun kami memberi masa untuk dia menyesuaikan diri dengan jentera yang bakal digunakannya. "Saya percaya dia mampu melakukan yang terbaik.
"Kami telah menjalani dua sesi latihan iaitu pada Jun lepas di Litar Johor dan juga di Litar Sepang, Ogos lepas.
"Hasil daripada sesi latihan tersebut, saya melihat Zaqhwan menunjukkkan peningkatan yang positif dan catatan masa yang dilakukannya di Sepang amat memberangsangkan. Dengan itu, saya berharap dia akan sentiasa mempamerkan peningkatan," tambah Yuzy yang tidak meletakkan sebarang sasaran buat Zaqhwan pada perlumbaan di Zhuhai kelak.