BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zalimnya pada kucing!

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
RAKAMAN CCTV yang tular di media sosial. FOTO Tular


Kuala Lumpur: Lelaki berusia 36 tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menghempas seekor kucing di kawasan parkir kereta selepas berang haiwan itu memanjat cermin hadapan keretanya di Jalan Rejang, Setapak, di sini, tampil menyerah diri di Balai Polis Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, sebelum ini tular video kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.55 saat di laman media sosial berhubung kejadian menganiaya binatang itu semalam.

Menurutnya, hasil penelitian lanjut, kejadian didapati berlaku di lot parkir deretan kedai terletak di Jalan Rejang, Setapak di sini.

"Video yang tular ini memaparkan tindakan seorang lelaki yang menghempas seekor kucing yang pada ketika itu memanjat cermin hadapan keretanya.

"Tindakan lelaki itu ternyata mengundang kecaman warganet kerana perbuatan terbabit dilakukan secara sedar dan tindakan ini boleh menyebabkan kucing itu cedera serta mungkin mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai," katanya tadi.

Rajab berkata, susulan itu, pada 11.30 pagi ini, lelaki itu hadir ke Balai Polis Setapak untuk siasatan lanjut.

"Suspek tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah lampau dan kini dalam proses memberikan keterangan lanjut berhubung kejadian itu kepada pegawai penyiasat kes.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013)," katanya.

Beliau berkata, perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali.

"Polis menyeru kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

"Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta segera menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Siti Aisyah Mohd Nor di talian 013–9338214 atau Pegawai Penyiasat Kanan Asisten Superintendan Shahrizal Salleh di talian 017–7134705, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.


== hmetro
 
Suspek hempas kucing ke lantai beri keterangan kepada polis

7e419188ef408171c738587aa25279675f6a18cee47b4

Supt Rajab Ahad Ismail

KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Seorang lelaki yang bertindak menghempas seekor kucing ke lantai selepas haiwan berkenaan memanjat cermin depan keretanya, hadir memberi keterangan di Balai Polis Setapak di sini, pagi tadi untuk siasatan lanjut kes itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju zarberkata lelaki berumur 36 tahun itu didakwa melakukan tindakan tersebut di lot parkir deretan kedai di Jalan Rejang, Setapak, semalam.

Beliau berkata tindakan lelaki berkenaan mengundang kecaman orang awam susulan penyebaran satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 0.55 saat dalam laman media sosial.

"Suspek didakwa melakukan secara sedar dan susulan tindakan tersebut boleh menyebabkan kucing berkenaan cedera selain mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat ke lantai," katanya kepada Bernama.

Menurut Rajab Ahad, suspek hadir memberi keterangan pada 11.30 pagi, bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan kini dalam proses memberikan keterangan lanjut kepada pegawai penyiasat kes.

"Perbuatan menzalimi haiwan apabila disabitkan oleh mahkamah akan dikenakan denda RM50,000 atau penjara untuk tempoh satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau berkata polis masih menyiasat motif kejadian sementara kes disiasat mengikut Seksyen 29 (1) (a) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013).


== BERNAMA
 
banggang tul..halau je la...bukan susah pun..
 
Back
Top
Log in Register