BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zahid bercuti 2 minggu, kata Saifuddin

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866

Zahid bercuti 2 minggu, kata Saifuddin​

Minggu lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menafikan khabar angin timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi akan bercuti dua minggu.
22 Jun 2023, 10:12am

08520a03-zahid-hamidi-2-4623.jpg



Ahmad Zahid Hamidi akan menyelesaikan rundingan baki beberapa kerusi dengan Pakatan Harapan selepas pulang daripada cuti luar negaranya.

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi sedang bercuti dua minggu.

Setiausaha agung PKR itu berkata, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan menemui Zahid tidak lama lagi bagi memuktamadkan rundingan beberapa kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN di enam negeri.



“(Mereka akan berjumpa) apabila Zahid pulang dari cutinya. Zahid sedang bercuti,” katanya dalam wawancara di pejabatnya semalam.







Saifuddin turut mengesahkan Zahid bercuti dua minggu dan pengerusi BN itu dijangka pulang ke tanah air dalam masa beberapa hari lagi.


Minggu lalu, Anwar menafikan khabar angin Zahid bercuti selama dua minggu.
 

Razak Bidin

3h ·

Rakyat Malaysia Kena Kencing Lagi
2757.png

Minggu lalu ketika ditanya wartawan adakah Zahid Hamidi sedang bercuti di luar negara selepas mendapat passport antarabangsa, Anwar menjawab TAK.

Tapi semalam Saifuddin terlepas cakap mengesahkan Zahid memang sedang bercuti.

Saifuddin kata pengagihan kerusi akan dimuktamadkan bersama Zahid selepas Zahid pulang dari bercuti.
Ini jelas menunjukan Anwar berbohong. Tapi dikantoikan Saifuddin.

Anwar takut bercakap benar kerana Zahid bercuti selepas diberikan passport yang ditahan kerana kes rasuahnya.
Tuan-tuan, hina sangatkah kita sehingga diperbodohkan berulang kali.


(p/s. ada lagi ayat seterusnya cuma saya abaikan 😅 )


355509780_1904144369972549_6876641363370264659_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register