BTC USD 60,762.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zack Taipan dah tak larat

jutawan4u

Permanently Banned - Multiple Accounts
Messages
124
Joined
Apr 12, 2007
Messages
124
Reaction score
0
Points
10
ZT3_1484737940.jpg

Pelakon Zack Taipan yang masih dalam pemulihan akibat serangan angin ahmar tidak mampu lagi bekerja dan berharap dapat menyewa rumah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Zack atau nama sebenarnya, Zulkifli Isa, 53, pernah dimasukkan ke hospital Ampang pada Februari tahun lalu untuk menerima rawatan.


Isterinya Siti Ajar Amaran, 48, berkata, mereka kini hilang sumber pencarian dan hanya mengharapkan pendapatannya yang tidak seberapa sebagai kerani bagi menyara keluarga.

"Sekarang kami menyewa pangsapuri di Pandan Indah dengan bayaran melebihi RM1,000 sebulan dan ia amat membebankan.

"Ditambah dengan pelbagai kos lain serta seorang anak yang masih bersekolah di tingkatan lima membuatkan saya buntu memikirkan perkara ini.

"Mujurlah anak sulung dapat membantu membayar separuh sewa rumah tapi dia juga sudah berkahwin dan ada komitmen sendiri manakala anak kedua yang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti mengambil keputusan berhenti kerana tidak mahu membebankan kami," katanya.

Siti berkata, mereka sudah mengemukakan permohonan kepada DBKL serta menerusi Seniman dan masih menanti jawapan.

"Kami amat mengharapkan jawapan positif kerana ia dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

"Abang Zack sudah boleh berjalan mengunakan tongkat namun percakapannya kurang jelas.

"Saya minta semua pihak mendoakan dia cepat sembuh dan dapat meneruskan kariernya," katanya.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Norzulaiqha, 28, Muhammad Noor Fadli, 23, Nur Lisa Qamarina dan Nur Athinif Akasya, 17.
 
Harap seniman tolongla bantu,rumah dan bulanan...
Semoga beliau sabar dan tabah...
 
we have to have prudent personal financial management
 
Aku suka tengok dia berlakon jadi ketua gangster / mafia
 
10 anak lelaki pun belum tentu #:-S:p

Keyword dia cara didikan. Kalau dari kecik kita tak didik dengan roh islam bila dah tua kemungkinan tinggi dia akan abaikan parents dia tak kira lah naka lelaki atau perempuan.
 
Back
Top
Log in Register