BTC USD 60,506.0 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yuran Tuala Wanita!

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SUNGAI BULOH-Kalau di Johor, yuran tandas dikenakan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra di sini pula mengenakan caj tuala wanita.

Percaya atau tidak, bayaran sebanyak RM26 setahun itu dikenakan dan ia termasuk di dalam caj keseluruhan yang berjumlah RM112.50 bagi setiap pelajar perempuan yang mendaftar bagi tingkatan satu.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan kehairanan, caj tuala wanita itu tidak disenaraikan dalam senarai pakej yang diberikan kepada ibu bapa sebelum itu.

Malah resit yuran tuala wanita itu juga diberi secara berasingan daripada resit yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) dan yuran sekolah.

Seorang suri rumah, Rahimah Abnu Hajar, 37, berkata, bayaran itu hanya disedarinya ketika diminta oleh guru di sekolah terbabit ketika membuat bayaran pada hari pendaftaran anak
keduanya di sekolah berkenaan, kelmarin.

"Saya berasa pelik apabila cikgu kata RM26 itu untuk tuala wanita sedangkan keperluan itu sememangnya disediakan oleh ibu atau pelajar sendiri.

"Saya tanya pula, tak akan selama setahun duit itu akan diguna untuk tuala wanita pelajar? Dia (guru) terdiam tidak tahu alasan apa yang patut diberi lagi,"katanya ketika ditemui KOSMO! di rumahnya di sini semalam.

Selain tuala wanita, Rahimah juga hairan dengan beberapa butiran yang terdapat pada senarai yuran yang diberi kepada untuk ibu bapa.

"Kami (ibu bapa) hanya tahu dalam senarai itu ada pakej A, B, atau C, tapi apa butiran dalam pakej itu kami tidak tahu dan sesetengah ibu bapa membayar tanpa banyak soal kerana malas memikirkannya, "katanya.

Tidak mahu terus terkeliru, Rahimah akan membawa masalah itu ke mesyuarat PIBG tidak lama lagi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai caj tambahan yang dikenakan.

Sumber : Jundullah - Kosmo Online

:eek: :eek: :eek:
MAKIN LAWAK NEGARA KU INI
:eek: :eek: :eek:
 
Sekolah sekarang dah jadi institusi perniagaan... semua dikenekan `charge'...

Malaysia boleh...:D :D :D
 
da makin ngarut skola2 ni .. guru besar @ pihak pengurusan skolah desperate cari duit agaknya .. sakit ati betul tgk isu ni tiap2 ari kt akhbar .. skolah ni da jd institusi cari profit ke skrg ni ... apa nk jd laa

tu tak termasuk lg yg kena beli baju , alat tulis suma masuk dalam yuran skolah .. pihak pengurusan skola sub kt kontraktor yg supply benda2 tu , pastu ada komisen @ bwh table dpt untuk diaorang .. bodo gila la .. siyes sakit ati perangai cmni
 
xlame lagi, nak masuk tandas sek pun kne bayar 20sen.. hehe :D
 
nak kena cari pip hijau bebnyk le camnih ~X(
 
1st time dgr ade isu camni, *Yuran ntuk tuala wanita* . kesian...
 
buduss punya sekolah, bila ditanya tkde alasan plak untuk apa duit tu, main kutip yuran je
 
Cikgu kene tak utk yuran nih...:D :D
 
Back
Top
Log in Register