BTC USD 61,682.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yunalis - Dan Sebenarnya, Kenal Ke Tak?

Dah TT.... jenuh dah....:)):)):)):))
 
Sedikit tentang yunalis
Lagu Ini Telah Menjadi Lagu Kegemaran Saya Tatkala Ini. Bukan Sahaja Saya Tetapi Juga Dia Dan Dia. Berbezanya Entri Saya Dengan Mereka Adalah Kerana Saya Mengenali Penyanyi Dan Pencipta Lagu Ini - Yuna @ Yunalis. Saya Telah Diperkenalkan Dengan Video Lagu Ini Oleh Salah Seorang Rakan Saya Sewaktu Bersekolah Di Utara Semenanjung Iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis Suatu Ketika Dahulu. Dan Sudah Pastinya Saya Masih Ingat Lagi Akan Diri Penyanyi Lagu Ini Tatkala Namanya Di Sebut & Riak Wajahnya Dipertontonkan.

Yunalis Adalah Junior Saya Setahun. Tapi Yang Uniknya Saya Tidak Terlalu Rapat Dengan Beliau. Tetapi Saya Lebih Rapat Dan Lebih Mengenali Bondanya Yang Pada Ketika Itu Turut Mengajar Di Sekolah Yang Sama. Subjek Kimia. Gaya Dan Pembawaan Puan Anum (Bonda Yuna) Membuatkan Saya Lebih Bersemangat Untuk Mempelajari Kimia Jika Dibezakan Dengan Guru Sebelumnya Yang Berbangsa Cina. (Tak Paham Sepatah Pon… Huhu). Puan Anum Juga Seorang Yang Sangat Kool. Rasanya Beliau Adalah Guru Feveret Kami Semua. Puan Anum Lebih Lewat Masuk Mengajar Ke Sekolah Itu Berbanding Saya. Namun Banyak Pembaharuan Yang Beliau Canangkan Untuk Sekolah. Terutamanya Dalam Penubuhan Kelab Boling Sekolah. Yaa.. Beliau Adalah Jurulatih Boling Juga. Hebat Kan Wanita Ini. Dan Yang Sedihnya Beliau Adalah Guru Terakhir Menghubungi Saya Dan Berbual-bual Tatkala Saya Berpindah Kembali Ke Kajang Apabila Ayahanda Saya Menamatkan Tugas Di Perlis Dan Saya Juga Telah Selesai Peperiksaan SPM. Puan Anum Memang Kool Walaupun Saya Selalu Buat Lawak **** Dengannya. Haha..

Kembali Kepada Cik Yuna Kita. Beliau Yang Saya Kenali Dahulu Merupakan Seorang Yang Agak Pendiam. Mungkin Kerana Mengalami Perubahan Budaya Apabila Beliau Terpaksa Mengikuti Keluarganya Berpindah Ke Perlis Dari Kehidupan Kota Di USJ. Imbauan Perlis - Sebuah Negeri Yang Terperosok Ke Utara Dan Dihamparkan Dengan Hamparan Padi Yang Luas. Juga Sebuah Negeri Yang Tenang, Aman Dan Damai Jauh Dari Kesibukan Hiruk-Pikuk Kota. Sesuai Untuk Mereka Yang Inginkan Kehidupan Harmoni Kerana Kurangnya Hiburan Di Sana. Tiada Panggung Wayang (Tak Pastila Sekarang) Dan Juga Hiburan Lain Yang Melalaikan. Cik Yuna Juga Dahulunya Dikenali Dengan Nama Alis Dan Mempunyai Blog Sendiri Menggunakan Nama Pena Aleese. Saya Tidak Pasti Sekarang Samada Beliau Masih Lagi Aktif Menulis Blog. Saya Pernah Bersama-sama Dengan Beliau Dalam Menjayakan Sebuah Projek Sekolah Dalam Pertandingan Berunsurkan Teknologi Maklumat Peringkat Negeri Perlis. Beliau Juga Pemain Boling Profesional Pada Kategorinya. Itu Sahaja Yang Boleh Saya Ungkapkan..

Dan Kini Dikhabarkan Beliau Berada Di UiTM Shah Alam Dalam Meneruskan Pengajiannya Dalam Undang-Undang. Mungkin Mengikuti Jejak Langkah Ayahandanya. Dan Dengan Wujudnya Video Lagu Ini Di YouTube Menunjukkan Beliau Mempunyai Band Sendiri Dan Statusnya Pastilah Independent Artist Yang Belum Menerbitkan Sebarang Album Lagi. Suaranya Memang Menawan. Kebanyakkan Lagu² Yang Dimainkan Mereka Adalah Lagu Ciptaan Mereka Sendiri. Sila Tonton Video Di Bawah Dan Kalau Anda Rajin Cari Lagi Di Laman YouTube. Dan Yang Paling Menarik, Apabila Saya Melihatkan Kehebatan Beliau Bermain Gitar, Makanya Saya Kini Juga Telah Bergiat Aktif Untuk Menuntut Ilmu Bermain Gitar Dari Rakan Serumah Saya, Bro Azrin. Hahaha..

Akhir Kata Selamat Maju Jaya Diucapkan Kepada Saudari Yuna Dalam Menempuhi Kehidupannya Dan Kepada Cikgu Anum, Anak Muridmu Ini Sangat Merinduimu. Sesiapa Kenalan Saya Atau Sebarang Watak Yang Saya Kisahkan Di Dalam Entri Ini Yang Ingin Membantu Saya Untuk Kembali Menghubungi Cikgu Anum Mahupun Saudari Yuna, Silalah Bantu. Macam Jejak Kasih Pulak.

Sumber : http://qaiyum.net/2008/02/13/yuna-dan-sebenarnya/
 
best jugak sore dia.. kat M`sia xde lagi.. ada x-factor .. :D
 
kat mana nk download mp3 lagu2 yuna ni GT...
leh bg link....?
 
Back
Top
Log in Register