BTC USD 84,948.4 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Youtube YouTube Uji Ciri "Block" Penghalang Iklan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Iklan merupakan alternatif untuk menyokong pencipta kandungan sambil menonton YouTube secara percuma. Bagaimanapun, terdapat pelbagai aplikasi dan perisian untuk menghalang iklan di YouTube. Tidak lama lagi, perkara itu mungkin akan berakhir. Seorang pengguna di Reddit telah memuat naik imej dengan paparan pop-up yang mengatakan penghalang iklan tidak dibenarkan di YouTube dan video telah disekat daripada penstriman. Untuk meneruskan penstriman kandungan video di YouTube, pengguna perlu membenarkan YouTube Ads atau sebaliknya mendaftar YouTube Premium, iaitu perkhidmatan langganan yang membolehkan pengguna menonton kandungan di YouTube tanpa iklan.
​
YouTube-block-ad.png

Kakitangan YouTube telah mengesahkan perkara itu dan mengatakan ia masih dalam tempoh "percubaan". Buat masa ini, YouTube hanya menguji ciri sekatan penghalang iklan.

Sumber asal 9to5Google​
 
Back
Top
Log in Register