BTC USD 84,611.2 Gold USD 4,141.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yen perlu kerusi roda elektronik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Muhammad Azreen ditemani ibunya, Aznun Mustafa menyusun surat khabar di gerai buku yang diusahakan keluarganya di Jalan Tasik, Tanah Merah.​

TANAH MERAH - Usia muda dan status orang kurang upaya (OKU) tidak menghalang seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Taman Barakah, di sini, membantu meringankan beban ibu bapanya menyara keluarga.

Walaupun dia sendiri perlu dibantu, Muhammad Azreen Zulkifli tidak menjadikan kekurangan itu sebagai penghalang untuk membantu keluarganya mengusahakan gerai buku di Jalan Tasik, dekat sini.

Bapa remaja berkenaan, Zulkifli Deraman, 51, berkata, Muhammad Azreen atau lebih mesra dengan panggilan Yen yang cacat sejak lahir hanya mampu merangkak dan perlu kerusi roda untuk bergerak.

"Dalam keadaan Yen susah nak bergerak begitu pun, setiap hari dia akan datang bantu saya di gerai buku kami ini.

"Kalau hari persekolahan, Yen datang selepas balik sekolah dan kalau hari cuti, awal-awal pagi lagi dia akan datang untuk bantu saya di gerai," katanya, kelmarin.

Dia sebelum itu menemani Muhammad Azreen menerima bantuan RM200 daripada kerajaan negeri yang disampaikan Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

Menurut Zulkifli, anak bongsunya daripada empat beradik itu kini belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ihsan, Jalan Pondok, dekat sini.

"Dua anak saya belajar di Kolej Bistari Setiu dan Politeknik Kok Lanas, manakala seorang lagi bekerja sebagai mekanik," kata pesara tentera itu.

Mengenai keperluan Muhammad Azreen, Zulkifli memberitahu, anaknya itu kini amat perlukan kerusi roda eletronik selepas kerusi roda yang digunakan sebelum ini rosak akibat banjir, akhir tahun lalu.

Jelasnya, kerusi roda elektronik yang rosak itu disumbangkan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika Muhammad Azreen berusia 7 tahun.

"Sekarang ini, Yen terpaksa guna kerusi roda biasa yang diberi jabatan kebajikan tetapi susah sebab tangan dia pendek dan tak sampai nak pusing roda, jadi kena ada orang tolong tolak," katanya.

Tambahnya, dia juga berharap ada agensi kerajaan tampil membantu belanja persekolahan Muhammad Azreen selepas bantuan kerajaan persekutuan diterimanya sebelum ini sudah ditamatkan.
 
Back
Top
Log in Register