BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YB UMNO Ustaz Khazan Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan PAS

abahmu

Legendary Member
gem
Messages
17,951
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
126
Points
123
Batu Rakit, 19 Feb – Banyak perubahan yang dilaksanakan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit oleh kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.(Foto: YB Ustaz Khazan)

Antara usaha yang memberi impak kepada sosio-ekonomi DUN Batu Rakit adalah pembangunan lading kelapa sawit yang diusahakan oleh Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd. Ladang seluas 1000 ekar itu terletak di dalam dua mukim, mukim Batu Rakit dan Merang. Pembangunan Ladang tersebut menelan belanja tidak kurang dari RM13 juta

Selain itu, ‘Dataran Bestari’ yang menjadi pejabat ADUN Batu Rakit sekarang, YB Ustaz Khazan Che Mat, adalah bekas tangan PAS yang diwakili oleh Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik. Beliau selaku Pengerusi(Exco) Jawatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar ketika itu, mengilhamkan kerja-kerja pembaikpulihan kawasan ‘Balai Pemeriksa Jabatan Hutan’ yang telah lama ditinggalkan untuk dijadikan Pusat Pembangunan Komuniti dan E-Tani(PuPKeT).The image “http://buletinonline.net/images/berita4/din.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

Penduduk DUN Batu Rakit juga tidak lupa jasa kerajaan PAS yang menyelesaikan banyak masalah tanah tempat tinggal dan juga tanah pertanian. Sebanyak tidak kurang 300 lot tanah tempat tinggal dan tanah-tanah pertanian yang telah diberi hak milik kepada penduduk Batu Rakit oleh kerajaan PAS yang lalu. (Foto: Hj Shamsudin Wahab)

Penduduk sekitar Kampung Mengabang Panjang, Mengabang Lekor, Kubur Timah, Batu Rakit Pantai, selain dari Pulau Redang beruntung kerana mereka kini telah mempunyai tanah tapak tempat tinggal sendiri dan mendirikan rumah tempat mereka sekeluarga berteduh.

Tanah-tanah pertanian yang lama termasuk tanah dusun dan tanah sawah antara anugerah yang tidak ternilai kerajaan PAS kepada rakyat. Umpamanya tanah pertanian dusun’Bukit Geduk’ yang telah diterokai tidak kurang dari 30 tahun, dapat diberi hak milik.

Selain tanah dusun, tanah untuk tanaman padi ‘Baruh Padang Kemunting’ yang telah diusahakan oleh penduduk setempat dan diangkat permohonan sejak tahun 1961, juga telah berjaya diberi hak milik semasa pemerintahan kerajaan PAS.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/pauzi.gif” cannot be displayed, because it contains errors.Justeru itu, YB Ustaz Khazan Che Mat pernah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PAS sewaktu beliau menerima suratan hak milik tanah(geran) Baruh Padang Kemunting bagi pihak ayahnya, yang telah diusahakan sejak 40 tahun yang lalu. Tanah beliau yang bernombor Lot 3518 adalah antara 40 lot tanah Baruh Padang Kemunting yang telah diserahkan geran hakmilik oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Tuan Guru Haji And Hadi Awang dalam satu majlis sekitar 2002 – 2003.
(Foto: Ustaz Pauzi Muda)|
Demikian dinyatakan oleh Hj Shamsudin Wahab, Bendahari bagi Majlis Tindakan DUN(MTD) PAS Batu Rakit didalam cermahnya dekat sini baru-baru ini.

Beliau yang pernah menganggotai Jawatankuasa Pembangunan DUN Batu Rakit menyatakan segala dokumen pemberian tanah kerejaan PAS lalu masih ada dalam simpanan pihak MTD DUN Batu Rakit.
Kenyataan Hj Shamsudin Wahab disahkan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Mohd Pauzi Muda ketika dihubungi oleh Buletin Online. Ustaz Pauzi yang juga sekampung dan mempunyai talian persaudaraan dengan YB Ustaz Khazan mengesahkan bahawa Khazan menerima geran hakmilik tanah tersebut.
 
Back
Top
Log in Register