BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'YB Lompat' mula kepanasan

'YB Lompat' mula kepanasan

harakahdaily.
A. Nuri

Politik Malaysia dijangka akan bertambah panas berikutan kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempunyai cukup bukti bahawa ahli parlimen yang melompat disogok RM 2 juta dan ganjaran saham bernilai jutaan ringgit sebagai 'saguhati' kerana sudi menjadi wakil rakyat 'bebas'.

Semalam YB Bayan Baru, Dato Seri Zahrain Hashim melenting tak pasal-pasal dengan berkata akan menyaman DSAI jika namanya dikaitkan dengan mereka yang menerima habuan seperti yang dimaksudkan.

Mengapa Zahrain nak melenting dan mengelabah tak tentu pasal? Pepatah Melayu ada mengatakan siapa makan cili dia terasa pedasnya.

Kegelabahannya sekaligus seperti mengesahkan bahawa beliau antara mereka yang mendapat habuan. Jika Zahrain tak makan rasuah beliau tak perlu takut dan mengelabah.

Dia sepatutnya maklum akan hal itu. Jika pendedahan itu nanti tak berasas atau fitnah, dia mempunyai pelbagai saluran sama ada mahkamah atau boleh menggunakan media yang dianggap penipu dan pengampu sebelum ini.

Nafikan secara terbuka sebagai anak jantan dengan bukti dan fakta bukan merapu tak tentu hala.

Saya yakin pendedahan DSAI sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia yang bakal menjadi pukulan maut kepada Umn0-BN.

Cuma saya berharap pendedahan ini nanti disertakan bukti dan maklumat sahih bukannya maklumat sipi-sipi yang akan menyebabkan rakyat kurang percaya dan hilang keyakinan.

Kita tunggu apa respon SPRM dan pihak polis. Jika semua ini menjadi kenyataan maka rakyat Malaysia dijangka akan berhadapan lagi dengan pilihan raya kecil parlimen dalam tempoh terdekat.

Pastinya ia sesuatu yang menjadi fobia kepada Umno-BN dalam pergolakan dan krisis yang melanda mereka sekarang.

p/s > sapa makan cili rasa podesss...:))

kalau menang saman tu leh ler bayar balik duit2 stokis NSSP dulu tu ye :)):)):))
 
dulu isu APCO orang hentam DSAI kerana bercakap tanpa bukti mula2.. then bila dah diberi ruang.. nahhh satu2 DSAI kemuka bukti pasai APCO ni.. sekarang kita tunggu kes RASUAH MP melompat ni.. DSAI takkan cakap benda yang auta.. semua berfakta.. :)paid:)paid

eh.. dah dedah eh...
baru tau nih...
ada link???
nak tau jgk nih...
tq2...:)cgrock
 
Nuar sibuk nak dedahkan...PM misai putih plak guna pembenteng kuat..hehe apakah Nuar berjaya kali ni? sama2 tgk gelagat mereka bermain..
 
hehehe...zahrain...ko rasekanllaa skrg..hehehe...padan mukaa
 
Cakap jee tuuu....!!!! bukan nak dedah pun.... gimik politik....
 
kalau xsalah dedah pun kena tangkap...:D
dah ada rujukan dah...:p
 
Back
Top
Log in Register