wanzex
CG Top Poster Club

- Messages
- 35,552
- Joined
- Jul 12, 2006
- Messages
- 35,552
- Reaction score
- 1,107
- Points
- 191
Yasmin Ahmad dapat sanjungan di Festival Filem Malaysia-Australia
24/09/2009 11:58am
MELBOURNE 24 Sept. — Yasmin Ahmad, pengarah dan produser filem Malaysia yang disanjung tinggi, mungkin telah meninggalkan kita namun beliau terus mendapat penghormatan.
Ini dapat dilihat melalui Festival Filem Malaysia Australia ke-3 yang akan diadakan di Australian Centre for the Moving Image (ACMI), mulai 4 hingga 7 Oktober di mana festival itu akan menayangkan filem beliau, “Talentime” dan “Muallaf"pada majlis pembukaan dan penutup.
“Ia bagi meraikan kerja-kerja beliau yang mencapai kelas dunia yang sentiasa kaya dengan bahan dan lebih kaya dalam integriti, kata Kate Stephens, salah seorang penganjur festival itu bersama dengan Ade Djajamihardja.
Yasmin, 51, yang meninggal dunia akibat strok dan pendarahan di bahagian otak pada 26 Julai sentiasa dianggap sebagai pengarah filem dan iklan terkenal kerana hasil karyanya sentiasa memenangi anugerah dan penghargaan khas pada beberapa festival filem antarabangsa yang berprestij di Berlin, Cannes, Tokyo, San Francisco dan Pusan.-Bernama
Add to Google