BTC USD 63,127.0 Gold USD 4,289.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

YasMIn AhmaD Dapat Nama Kat GooGle?

ayiem676

Super Active Member
gem
Messages
7,967
Joined
May 12, 2011
Messages
7,967
Reaction score
1,568
Points
156
Smalam Google menghormati hari lahir allahyarhamah yasmin ahmad dan jadi doodle kat page diorang. First time nampak doodle org malaysia kat google page.. korunk bila lak?.. ekkekeke :)cgrock .. kat google semua org yg da mati jer dia letak.. :">:">

yasmin-kosmo.jpg


ximage.jpg.pagespeed.ic.TZtpgHEszv.webp


ni Link : http://www.nst.com.my/latest/google-s-doodle-remembers-yasmin-ahmad-1.456874



GEORGETOWN: Enjin carian popular dunia, Google Inc. dalam lakaran terbarunya memberi penghormatan kepada pengarah dan penerbit iklan terkenal PETRONAS, Allahyarham Yasmin Ahmad sempena tarikh lahirnya, hari ini.

Beliau dilahirkan pada 7 Januari 1958.


Penerima Anugerah Pengarah Filem dan TV Komersial yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan iklan PETRONAS itu meninggal dunia pada 25 Julai 2009 pada usia 51 tahun.

Lakaran berkenaan memaparkan wajah Yasmin menerusi lukisan warna air yang turut digayakan bersama perkataan Google berdasarkan kepada tulisan yang terdapat pada poster filem ‘Sepet’.

Sepet adalah filem arahan beliau pada 2004 yang menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kisah cinta antara seorang budak lelaki Cina dan gadis Melayu.

Ini bukan kali pertama yang enjin carian itu menghasilkan lakaran bagi menghormati acara di Malaysia.

Bagaimanapun, ia adalah penghormatan pertama kepada seorang tokoh dari Malaysia pada enjin carian www.google.com.my.
Baru-baru ini, Google turut mewujudkan lakaran 'pilihan raya' ketika Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

Lakaran adalah satu perubahan menyeronokkan, mengejutkan dan kadang kala spontan yang dibuat ke atas logo Google bagi meraikan hari cuti umum, ulang tahun, kehidupan artis, perintis dan ahli sains.

Menurut laman web Google Doodles, sebelum syarikat ini ditubuhkan pada 1998, konsep lakaran ini sudah lama digunakan apabila pengasasnya, Larry dan Sergey menggunakan logo korporat syarikat itu bagi menghormati tetamu yang hadir pada festival ‘Burning Man’ di Nevada.

Sejak itu, pasukan ‘Doodler’ syarikat itu sudah menghasilkan lebih 1,000 lakaran pada laman web Google di seluruh dunia. - NST
 
Last edited:
x bangga pn.....ehh...dia ni laki ke pompuan??
 
cer teka..Yasmin Hamid dan Yasmin Ahmad tu org yang sama ke tak?
 
Back
Top
Log in Register