BTC USD 82,917.4 Gold USD 4,104.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yang Sudah Tu Sudah La..

2618918

Super Active Member
gem
Messages
5,274
Joined
Aug 8, 2012
Messages
5,274
Reaction score
3,139
Points
211
Yang Sudah Tu Sudah La..

Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkan kesan negatif dalam diri kita kian hari..

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. melancong kesana kesini, upload gambar..anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang tidak seberapa..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..

Yang Sudah Tu Sudah La..
 
Last edited:
perah susu cap gantung pun ada orang share juga kat fb:-?
 
ada org tgkap gambar makanan upload kt fb..

bknye berdoa dulu ni tgkap gambar lps tu terus upload..
 
Selama ni kita hendak sangat mencari sahabat yang baik...sampai kita melayari internet dengan berpegang pada harapan tsb...

Saya ada terbaca dalam kitab Imam Ghazali Bidayatul Hidayah m/s 162 cara memilih sahabat...dan seterusnya m/s 166 bersahabat dengan orang yg benar dan seterusnya ada menyebut Ber'uzlah,iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai,kerana disitulah letaknya keselamatanmu.

Maaf kerana Off topic...#:-S
 
Terbaiklah tuan.. Thumbs up..

Susah, senang, biar diri sendiri je yg tau..
 
setuju dengan pendapat tt..
kadang2 bila upload gambar2 macam ni tanpa kita sedar boleh menimbulkan rasa riak dalam diri sendiri
 
Back
Top
Log in Register