BTC USD 60,726.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Yana mohon maaf

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Tetamu Datang Di Luar Jangkaan Sehingga Makanan Tak Cukup, Yana Samsudin Mohon Maaf

yana%20samsudin%201.ashx

Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz. Foto dari Instagram Yana Samsudin.

PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputannya yang tidak dapat menikmati makanan kerana kehabisan pada hari resepsi persandingannya pada 14 Februari lalu.

Yana atau nama sebenarnya, Norliana Samsudin, 31, berkata, jumlah tetamu yang hadir pada majlis tersebut di luar jangkaan dan terlalu ramai.

"Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

"Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

"Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.


fe6d301bd0ed489d8fa0309d259910c8.ashx

27e651a777214b568b21df34dc1f43bc.ashx

Beginilah keadaan pengantin yang terpaksa berasak-asak kerana tetamu yang datang menyaksikan persandingan mereka terlalu ramai. Foto dari Instagram Yana Samsudin.

Yana berkata demikian ketika diminta mengulas apabila ada yang tetamu yang datang ke majlis resepsi persandingannya tidak dapat menikmati makanan apabila juadah yang dihidangkan habis.

Majlis persandingannya diadakan di Dataran Gemilang, Yong Peng Johor.

Mengikut kad jemputan, jamuan makan bermula dari pukul 4.30 petang sehingga 10.30 malam manakala ketibaan pengantin pula pukul 8 malam.

Terdahulu sehari sebelum itu Yana dan pasangannya pelakon Fadzil Zahari, 32, selamat bernikah dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Kota Impian, Yong Peng.

Yana menerima mas kahwin sebanyak RM10,000, manakala wang hantaran sebanyak RM50,000.

Dalam pada itu Yana turut meminta maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat tempat duduk dan bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu.

Katanya, tempat duduk VVIP turut dirempuh oleh beberapa peminat yang bertindak di luar kawalan pihaknya.

"Kami menyediakan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi ia tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP.

"Ketika itu memang keadaan sudah tidak dapat dikawal," ujarnya.

Bagaimanapun Yana berkata, dia bersyukur dengan kehadiran pengunjung dan peminat yang meraikan hari bahagia tersebut.


http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/02/25/yana-mohon-maaf/
 
tudia TT, dah la kawin dengan orang lain,pergi kenduri, makanan pulak habis :))
 
satu kad bawak lebih dari 10 org...

haram hukumnya makan jika pergi kenduri org tak jemput..

dunia akhir zaman. semua sebat ja
 
satu kad bawak lebih dari 10 org...

haram hukumnya makan jika pergi kenduri org tak jemput..

dunia akhir zaman. semua sebat ja

tu la bro..kdg rasa segan jgk..mbr ajak kita sorg ja..anak.bini..mak mentua...cm.ne..

tmbh sllu kdg bwk diorg...
 
satu kad bawak lebih dari 10 org...

haram hukumnya makan jika pergi kenduri org tak jemput..

dunia akhir zaman. semua sebat ja

Amboi cantiknye lenggok bahasa

Mcm org bo.do sgt hukum hakam

Mcm org kebulur sgt gaya ckp nak sebat

Aku ada terbaca dlm fb yana dia jemput semua peminat
 
Ingat mohon maaf pd tt td..

Betul lah bro, hamba pun ingat memang mohon maaf dengan TT.

Takpe TT ada coming soon. :D

Rasa peminat yang datang pun nak tengok je, bukan nak makan pun.
 
aku dulu x kenal yana nie.. bila member aku kata tek lawa dalam adnan sempit baru aku tau nie yana.. aku fokus yang tu ja..
 
Back
Top
Log in Register